TECHNOLOGY
TEKNOLOGI NEUROMORFIK: PERKARA UTAMA YANG SETERUSNYA?
26 Jul 2022
Dalam siri terakhir "DSO 50 Tech" kami, kami mengetahui bagaimana DSO meneliti masa depan melalui penyelidikan mereka dalam bidang Pengkomputeran Neuromorfik, alam AI seterusnya.
Andaikan fungsi komputer – semua kuasa pemprosesan, keupayaan pengkomputeran dan keupayaan penyimpanan data - boleh dimampatkan ke dalam cip 3cm dengan 3cm. Itulah janji Pengkomputeran Neuromorfik - dan evolusi ke arah Kecerdasan Buatan (AI) yang seterusnya.
Pengkomputeran neuromorfik meniru struktur neural dan operasi otak manusia– cara kami memproses data daripada persekitaran kami, mentafsirnya dan membuat keputusan autonomi.
Makmal Kebangsaan DSO (DSO) sudah mula mengusahakan bidang ini, menulis algoritma untuk penderiaan dan pendengaran neuromorfik yang cekap.
Salah satu projek mereka membuat kajian tentang Kamera Neuromorfik – peranti merah kecil yang terletak di tapak tangan. Di dalam ruang yang kelihatan biasa adalah Cip Pengkomputeran Neuromorfik.
Tidak seperti kamera konvensional yang menangkap imej setiap kali pengatup dibuka, Kamera Neuromorfik berfungsi tanpa pengatup. Sebaliknya, ia hanya merasa dan menangkap perubahan dalam persekitaran, sama seperti otak manusia.
Ini bererti dalam misi seperti pengawasan, ia boleh mengesan pencerobohan tanpa menangkap dan memproses maklumat yang tidak penting apabila tiada perubahan dalam tempat kejadian.
Kelajuan pemprosesannya adalah sangat tinggi, dan ia mampu mengesan dan menangkap peluru yang sedang bergerak.
Pengarah Makmal Makmal Eksploitasi Maklumat di DSO, Encik Tan Yuan Sin, menjelaskan bagaimana kuasa pengkomputeran yang tinggi itu mampu wujud dalam cip kecil yang hampir 1,000 kali lebih kecil daripada stesen kerja biasa:
"AI sekarang menyalakan semua neuronnya untuk melengkapkan sesuatu tugasan. Tetapi otak manusia kami tidak berfungsi seumpama itu. Pengkomputeran Neuromorfik meniru otak di mana hanya neuron yang berkaitan menyala dan menghantar isyarat kepada neuron lain.
"Ini menjadikan Pengkomputeran Neuromorfik hampir 10,000 kali lebih cekap kuasa daripada komputer hari ini. Dan ia banyak membantu mengurangkan berat dan saiznya secara drastik."
Lelaki berusia 46 tahun itu telah membuat kajian tentang teknologi ini di DSO semenjak 2016.
Pasukannya telah menulis algoritma yang membolehkan Kamera Neuromorfik mengenali pemandangan dengan mengesan dan mengelaskan objek seperti kenderaan.
Apabila Encik Tan mula menyelidik tentang AI yang diilhamkan oleh manusia, mula sekali beliau perlu memahami tentang otak manusia dengan lebih baik.
"Halangan pertama merupakan halangan yang terbesar – saya tidak ada latar belakang biologi. Oleh itu, saya terpaksa cepat memahami tentang otak manusia untuk menerapkannya ke dalam algoritma kami," kata Encik Tan, yang merupakan jurutera muda yang mengetuai penyelidikan pada masa itu.
Pasukannya segera berunding dengan pakar universiti tempatan dan juga menjalani kursus kilat dalam bidang neurosains daripada seorang profesor yang terulung dari Jerman.
Hari ini, DSO telah mengorak langkah kemajuan ke dalam bidang itu, walaupun secara "langkah demi langkah", kata Encik Tan.
Satu lagi projek oleh pasukan mereka ialah penggunaan Cip Pengkomputeran Neuromorfik dalam Pemproses Telinga Bionic, peranti pengelasan bunyi yang diilhamkan oleh pendengaran manusia.
Pasukan itu telahpun mula menulis kod untuk pengelasan bunyi – contohnya, membezakan di antara trak, manusia atau anjing – dan berharap untuk menyepadukannya ke dalam pemproses telinga.
Walaupun teknologi itu masih mula tumbuh, ia boleh membuka banyak kemungkinan untuk aplikasi pertahanan, kata Encik Tan.
"Memandangkan teknologi Neuromorfik adalah lebih cekap tenaga, ia boleh meningkatkan mobiliti, kemudahalihan dan ketahanan teknologi yang boleh dibawa oleh askar-askar kami ke medan lapangan."
Menurut beliau lagi: "Ini akan merevolusikan AI dan cara kami mengguna komputer."
Kenapa Pengkomputeran Neuromorfik begitu cekap kuasa? Saksikan penerangan Encik Tan di sini:
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

