MILESTONES

SKUADRON PEJUANG CEMERLANG: KELEBIHAN MENANG SQN 143

22 Jun 2021

Perasaan yang seronok sekali apabila menerima berita baik lebih-lebih lagi dalam keadaan yang mencabar seperti sekarang. Bayangkan kegembiraan Skuadron 143 (SQN) apabila mendapat tahu mereka telah memenangi Skuadron Pejuang Cemerlang semasa menjalani latihan detasmen di luar negara.

22jun21_news3_photo1

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN 143 SQN


English 华文
English 华文
Yang Unggul: (dari kiri) 3SG NG, MAJ Teo, ME3 Hoo dan LTA Wan di Guam, di mana skuadron itu kini menjalani latihan detasemen.

Ini adalah anugerah kelima bagi SQN 143, dan kemenangan kedua berturut-turut dalam Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura.

"Kami menerima berita kemenangan kami semasa berada di Guam! Kemenangan ini mendorong skuadron untuk berlatih lebih gigih (dan) tetap memfokuskan usaha untuk mencapai kecemerlangan dengan berlatih secara selamat dan berkesan, dan memenuhi tugas kami bagi mempertahankan langit Singapura," kata Pegawai Pemerintah (CO) Mejar (MAJ) Norman Teo.

Sebuah pesawat F-16 bersiap untuk berlepas di Pangkalan Udara Tengah untuk sorti.

Skuadron, yang mengendalikan jet pejuang F-16, kini dalam pertengahan latihan dua bulan mereka. Apa lebih menyukarkan anggota kerahan perkhidmatan negara adalah langkah-langkah pengurusan keselamatan ketat yang harus mereka patuhi

Pakar Ketenteraan (ME) 3 Donus Hoo, yang berada dalam skuadron selama 18 tahun, berasa sungguh gembira melihat skuadron itu mencapai kejayaan sekali lagi.

"Kami telah menang sebanyak tiga kali dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Ini merupakan suatu penegasan yang kuat berkat usaha keras dan dedikasi skuadron; kami bertungkus lumus sepanjang tahun untuk memenuhi keperluan latihan dan tuntutan operasi," kata Jurutera Tentera Udara.

PIONEER bertemu MAJ Teo, ME3 Hoo, juruterbang F-16 Leftenan Wan Kean Sing dan Pakar Operasi Udara (AOS) Sarjan ke-3 (3SG) Ng Wei Liang untuk mengetahui sifat-sifat yang diperlukan untuk menjadi skuadron pejuang yang berjaya.

Beroperasi semasa pandemik memerlukan seseorang anggota yang serba boleh dan boleh menyesuaikan diri dengan baik apabila terdapat perubahan dalam latihan dan langkah-langkah pengurusan keselamatan. Di sini, Jurutera Angkatan Udara skuadron di Pangkalan Udara Tengah memuat peluru berpandu ke dalam pesawat untuk persiapan penerbangan.

1) Menyesuaikan diri dengan pantas

Untuk sentiasa sedia beroperasi bukan sesuatu perkara yang mudah bagi skuadron terutamanya dalam keadaan pandemik ini, lebih-lebih lagi kerana ia adalah Unit Operasi Kritikal.

"Sekiranya seseorang tercedera, ia akan menjejaskan keseluruhan unit. (Selain) mematuhi langkah-langkah pengurusan keselamatan negara, kami juga diperkenalkan langkah-langkah tambahan di dalam unit, yang memerlukan personel untuk membuat penyesuaian terhadap gaya hidup mereka," kata MAJ Teo, 37.

Salah satu daripada langkah tersebut adalah bagi anggota kerahan perkhidmatan negara untuk mengasingkan daripada keluarga dan menetap di pangkalan untuk tempoh masa yang panjang, yang telah diaturkan sejak bermulanya pandemik ini.

LTA Wan percaya bahawa komitmen skuadron untuk mempertahankan langit Singapura telah mendorong mereka untuk melalui latihan yang menjerihkan dan tempoh masa yang panjang berjauhan dari rumah kediaman mereka.

LTA Wan, 26 mengimbas kembali peringkat awal yang mencabar: "Memang sukar untuk menyesuaikan diri pada awalnya, tetapi sekarang kami telah menyesuaikan diri dengan langkah-langkah baharu. Adalah penting bagi kami untuk bertindak balas dengan cepat terhadap keadaan COVID-19 yang semakin menular. Kami semua berjuang bersama dan amat komited terhadap tujuan yang sama."

2) Kekal tabah dan terus berlatih dengan gigih

Walaupun dalam pandemik, skuadron telah meneruskan latihan detasemen di Guam. Mereka akan menghabiskan dua bulan latihan dengan rakan sejawat F-15SG mereka dari Angkatan Tentera Udara Republik Singapura untuk mengasah kesediaan operasi dan taktikal mereka.

Ini adalah untuk memastikan agar skuadron ini mengekalkan kelebihan pertempuran mereka dalam mempertahankan langit Singapura.

"Para pejuang memainkan peranan penting dalam pertahanan udara Singapura 24/7. Peranan pertahanan udara ini tidak pernah tidur, tanpa mengambil kira COVID atau tiada COVID. Inilah mandat yang diamanahkan kepada kami dan kami tidak boleh gagal," kata MAJ Teo.

Peluang latihan luar negara seperti latihan detasemen di Guam adalah amat berharga bagi para pejuang kerana mereka dapat memanfaatkan ruang udara yang luas untuk mengasah kelebihan tempur mereka, kata MAJ Teo.

Inilah sebabnya kenapa detasmen Guam penting bagi skuadron, jelasnya. "(Disebabkan kekangan ruang udara di Singapura,) kami perlu memanfaatkan peluang latihan bermutu tinggi di luar negara ... untuk mengasah kelebihan tempur kami.

"Di Guam, kami boleh melakukan pengerahan yang meluas dengan berbilang platform. Ini membolehkan kami berlatih dalam keadaan persekitaran yang realistik dan kompleks, dan kami boleh memberi tumpuan terhadap semua kecekapan teknikal dan operasi di samping mengasah kemahiran kami."

LTA Wan bersetuju: "Kami dapat mengendalikan pelbagai jenis kerumitan misi dan kelainan bilangan aset yang terlibat. Ini menganjakkan prestasi latihan kami ke tahap yang lebih tinggi, berbanding dengan apa yang dijalankan di Singapura."

Juruterbang sedang menjalankan pemeriksaan pra-penerbangan pada pesawat F-16 di Pangkalan Udara Tengah. Pandemik atau tidak, latihan akan tetap diteruskan.

3) Sokongan padu daripada keluarga

Menjauhkan diri daripada keluarga untuk menjalani latihan di luar negara bukanlah suatu perkara yang mudah. Kali ini, latihan detasemen skuadron selama dua bulan di Guam menjadi lebih sukar dengan adanya langkah-langkah keselamatan yang ketat.

"Semasa kami (mengasingkan) di Singapura (dalam tempoh pemutus litar), disebabkan oleh pembatasan pergerakan, keluarga kami terpaksa lebih berdikari apabila kami tiada bersama mereka," kata MAJ Teo, yang sudah berumahtangga dan bapa kepada anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.

Itulah sebabnya skuadron bersetuju bahawa keluarga yang amat menyokong dan memahami adalah penting sekali demi menjayakan latihan dan operasi mereka, kata ME3 Hoo.

Untuk memberi ketenangan kepada orang kesayangan di rumah, bapa berusia 47 tahun kepada empat anak ini akan sering memberi perincian yang kemaskini kepada mereka. "Sebelum dikerahkan, saya telah menjelaskan keadaan yang dijalani kepada keluarga saya. Semasa di luar negara, saya berkomunikasi dengan mereka setiap hari. Dengan cara ini, saya tahu bagaimana keadaan mereka di rumah dan mereka juga tahu keadaan saya di sini," tambahnya.

ME3 Hoo, seorang ayah kepada empat anak, telah menganggotai skuadron ini selama 18 tahun, dan selalu akan menjelaskan tentang pengerahan luar negaranya kepada ahli keluarga agar mereka memahami dan menelefon mereka setiap hari untuk menceritakan tentang keadaannya.

Bagi 3SG Ng, 21, anggota tentera udara yang muda, panggilan secara tetap ke rumah memberi ketenangan minda kepada ibu bapanya: "Saya buat panggilan video dengan ibu bapa saya untuk memberitahu mereka tentang keadaan kesihatan saya. Dengan langkah-langkah keselamatan yang sedia ada, mereka tahu kami berada dalam persekitaran yang selamat dan dijaga dengan rapi.”

MAJ Teo mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga pasukannya: "Saya amat berterima kasih, bukan sahaja kepada keluarga saya sendiri, tetapi juga kepada keluarga anggota tentera yang telah menjadi tonggak sokongan dan saling memahami kepentingan peranan dan tugasan kami, tanpa menghiraukan sama ada kami berada dalam pandemik atau tidak."

3SG Ng melanjutkan tempoh NSnya untuk menyertai skuadronnya untuk latihan detasemen di Guam, di mana dia membantu menguruskan operasi harian.

4) Berbekalkan "Senjata Rahsia" - Anggota Perkhidmatan Negara Bulanan yang Cemerlang

3SG Ng, penerima anugerah Anggota Perkhidmatan Cemerlang dijadualkan untuk melengkapkan Perkhidmatan Negaranya (NS) dalam Mei, tetapi memilih untuk melanjutkan perkhidmatannya selama tiga bulan supaya dia boleh menyertai skuadronnya untuk menjalani latihan di Guam.

"Salah satu sebabnya adalah kerana saya ingin belajar bagaimana juruterbang menjalankan latihan mereka di luar negara. Ini adalah pengalaman baru bagi saya, bertugas di pangkalan udara asing, bersua muka dengan juruterbang dan melihat perbezaan dalam latihan yang dijalankan di Singapura dan luar negara.”

Sebagai AOS, tanggungjawabnya melibatkan membantu mengendalikan operasi skuadron, seperti menempah ruang udara untuk latihan dan menyusun waktu penerbangan juruterbang.

Kata pemenang anugerah April 2021: "Saya amat berterima kasih kepada CO dan Pegawai Pemerintah saya kerana mencalonkan saya. Walaupun perjalanannya tidak mudah, tetapi saya bersyukur kepada mereka kerana menghargai usaha saya, sikap positif dan keseluruhan prestasi saya dalam skuadron."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story