MILESTONES
SKUADRON 142 TERUS CEMERLANG
25 Jun 2019
Memenangi gelaran Skuadron Pejuang Terbaik hanya tiga tahun selepas dirasmikan bukanlah perkara yang mudah, tetapi Pasukan Skuadron 142 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura telah berjaya membuktikan yang mereka terbaik dalam Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura tahun ini.
Memenangi gelaran Skuadron Pejuang Terbaik hanya tiga tahun selepas dirasmikan bukanlah perkara yang mudah, tetapi Pasukan Skuadron 142 Angkatan Tentera Udara Republik Singapura telah berjaya membuktikan yang mereka terbaik dalam Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura tahun ini.
Leftenan Kolonel (LTC) Shewan Goh, Pegawai Pemerintah Skuadron 142, menyifatkan kemenangan tahun ini adalah kerana komitmen, kepercayaan dan kesediaan anggota-anggota skuadron F-15SG.
"Dalam skuadron, kami mempunyai sistem komunikasi yang sangat penting, dan mempunyai keupayaan untuk bercakap secara terbuka, sangat bermanfaat untuk semua orang," kata LTC Goh. "Jika seseorang membuat kesilapan, mereka perlu tahu bahawa mereka berada dalam persekitaran yang boleh dipercayai, supaya setiap orang dapat mendapat manfaat daripada kesilapan seseorang."
LTC Goh juga menyatakan tentang latihan yang sukar dan selamat yang perlu dilalui oleh setiap pejuang udara, untuk mendukung sikap bersedia yang tinggi untuk mempertahankan udara Singapura.
"Keselamatan adalah yang paling utama dalam semua perkara yang dilakukan dalam Skuadron 142. Kami mahu menyediakan latihan yang realistik, dan kami ingin mewujudkan persekitaran untuk semua orang bersedia melakukan operasi," jelas LTC Goh. "Bagaimanapun, keselamatan tidak boleh dirunding dan tidak dikompromikan."
Dalam tahun yang lalu, 142 SQN telah bertindak balas terhadap dakwaan serangan bom di atas pesawat awam sebanyak dua kali, dan Kapten (CPT) Chong Qiu Wei, seorang Pegawai Pakar Senjata (Pejuang), terlibat dalam kedua-dua ancaman bom itu.
CPT Chong menyatakan bahawa mereka terlatih dan bersedia untuk kejadian tersebut dan bahawa "setiap individu melakukan tugas mereka dengan baik, dan memastikan pemintasan pesawat selamat pada dua-dua keadaan".
Jurutera Tentera Udara Pakar Tentera (ME) 3 Shyam Rohitkumar dan Juruteknik Tentera Udara Lans Koperal (LCP) Jovon Lim terlibat dalam ancaman bom yang baru berlaku pada 2 Jun yang lepas dan ia merupakan pengalaman tidak dapat dilupakan bagi kedua-dua mereka.
"Apabila berita dikeluarkan kepada kami bahawa terdapat ancaman bom, semua orang segera melaksanakan peranan mereka, dan dalam beberapa minit, pesawat itu dilancarkan," kata LCP Lim. Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa itu adalah salah seorang ketua kru yang bertugas pada hari tersebut, dan dia harus melakukan pemeriksaan pra-penerbangan dan mengeluarkan pesawat dari hangar itu.
ME3 Shyam menegaskan bahawa anggota-anggota yang berada di sarat adalah sama pentingnya dengan pejuang yang menerbangkan jet pejuang. Beliau menambah: "Krew darat dilatih untuk melakukan apa yang sepatutnya dilakukan, dan mereka sangat berbangga dalam apa yang mereka lakukan ... Mereka mempunyai disiplin tinggi dan standard yang tinggi, dan itulah yang membuat kami cekap dalam bidang ini . "
Ketika ditanya bagaimana perasaan beliau selepas memenangi gelaran itu, ME3 Shyam berkata: "Saya sangat bangga kerana kami berjaya meraih anugerah Skuad Terbaik Pejuang Skuadron tahun ini, ketika kami telah menetapkan sasaran untuk memenangi anugerah ini, dan kami berusaha arah itu. Untuk saya dan anggota-anggota lain daripada Skuadron 142, ini pasti pencapaian yang akan diingati selamanya"
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).




