MILESTONES
SAMBUTAN RSAF50 DILANCARKAN DENGAN SKIM CAT KHAS F-15SG
07 Feb 2018
Pesawat yang sebelum itu berwarna kelabu kusam kini berwarna biru yang menarik perhatian. Logo RSAF50, d mana nombor 50 telah direka untuk menyerupai simbol infinti, dicat di bahagian atas dan pada ekor F-15SG yang berasaskan warna biru.
Pesawat yang sebelum itu berwarna kelabu kusam kini berwarna biru yang menarik perhatian. Logo RSAF50, d mana nombor 50 telah direka untuk menyerupai simbol infinti, dicat di bahagian atas dan pada ekor F-15SG yang berasaskan warna biru.
Pameran udara RSAF pada Singapore Airshow (SA) 2018, menampilkan F-15SG dengan skim cat khas bersama-sama dua buah F-16C.
Presiden Halimah Yacob, yang melancarkan sambutan RSAF50 pada SA 2018 di Pusat Pameran Changi pada 7 Feb, juga melancarkan F-15SG bertemakan RSAF50 apabila tiga buah F-15SG membuat terbang lintas hormat di ruang udara.
Semasa ucapan beliau, Puan Halimah memuji anggota lelaki dan wanita RSAF kerana membantu Singapura berkembang dari pasukan yang hampir tidak memiliki keupayaan pertahanan udara hingga menjadi kuasa menggerunkan yang boleh bertindak dengan pantas dan tegas terhadap spektrum penuh ancaman. Secara khusus, beliau berterima kasih kepada perintis RSAF yang telah membentangkan asas yang kukuh.
Beliau menyatakan: "Kepada semua kakitangan lelaki dan wanita yang menyumbang kepada kejayaan RSAF, saya mengucapkan terima kasih atas profesionalisme dan komitmen anda yang tidak berbelah bahagi. Saya yakin bahawa RSAF akan terus memastikan ruang udara kita bebas dan selamat."
Puan Halimah juga melawati pameran statik RSAF dan melancarkan Mural RSAF50 di Astaka RSAF50. Apabila lengkap nanti, mural tersebut akan menampilkan 50,000 gambar yang disumbang oleh warga Singapura yang dikumpul semasa pelbagai acara sambutan RSAF50.
Di sepanjang beberapa bulan yang akan datang, RSAF akan mempamerkan aset-aset mereka di lima lokasi kawasan tengah. Menjelang hujung minggu Hari Kebangsaan, warga Singapura juga akan dipersembahkan dengan terbang lintas hormat oleh lebih daripada 20 aset udara dan juga pameran di udara oleh F-15SG, F-16C/D dan AH-64D.
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan tersebut, sila lawati www.mindef.gov.sg/RSAF50.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).








