MILESTONES
SAFSA MERAIKAN PENCAPAIAN SUKAN
07 Jul 2017
Seratus dan sembilan tujuh anugerah Warna dan tujuh anugerah terbaik telah disampaikan pada majlis Anugerah Persatuan Sukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFSA) 2017 yang dilangsungkan di Kelab Temasek pada 4 Jul untuk mengiktiraf pencapaian sukan atlet-atlet dan pasukan-pasukan SAF sepanjang tahun lepas.
Di kalangan atlet terbaik adalah penembak kebangsaan iaitu Pegawai Waran Ke-2 (2WO) Poh Lip Meng yang telah menggondol anugerah Ahli Sukan Terbaik atas pencapaian beliau dalam sukan Menembak.
Apabila ditanya apa yang mencetus semangat beliau untuk sukan tersebut, Komando menyatakan: "Menembak adalah sejenis sukan yang unik. Ia adalah sukan yang memerlukan ketahanan mental dan juga fizikal. Anda perlu ketahanan mental kerana anda akan diletakkan di bawah tekanan yang hebat bagi setiap tembakan dan tembakan anda perlu konsisten dan tepat."
2WO Poh rasa bahawa menembal bukan sahaja membolehkan beliau kekal cergas, bahkan pengajaran dan nilai yang dipelajari daripada sukan tersebut boleh diterapkan ke dalam aspek kehidupan beliau yang berbeza-beza, malah boleh diguna pakai di tempat kerja.
Beliau menyatakan: "Saya menganggap setiap tugas yang diberikan kepada saya sebagai satu cabaran yang akan saya laksanakan apabila menembak, jadi saya akan berusaha untuk memastikan bahawa kerja saya kekal konsisten dan kualiti yang tertinggi."
Pada usia 47 tahun, 2WO Poh tidak terfikir untuk meninggalkan sukan menembak. Beliau bercadang untuk terus mengasah kemahiran menembak beliau supaya dapat melayakkan diri dalam Sukan Olimpik 2020.
Memenangi pingat Gangsa dalam kategori Berpasukan Pistol Standard 25m pada Sukan Asia 2014 yang dilangsungkan di Incheon, Korea Selatan, telah menyemarakkan cita-cita beliau untuk bertanding dalam Sukan Olimpik. Beliau menyatakan: "Saya akan terus bekerja keras dan mengambil bahagian dalam pertandingan di peringkat kebangsaan dan serantau bagi meningkatkan kemahiran saya."
Bercakap pada majlis tersebut, Ketua Leftenan Jeneral Angkatan (LG) Pertahanan (LG) Perry Lim menyatakan: "Penting untuk ditekankan bahawa, di sebalik pencapaian dan prestasi ini, terdapat sebuah pasukan wira yang tidak didendang yang dianggap oleh para atlet sebagai lebih daripada sekadar jurulatih atau pegawai, malah sebagai mentor dan kawan.
"Dan apabila kami meraikan kepentingan pencapaian (atlet), mari kita juga mengingati bahawa sukan bukan hanya menyediakan saluran untuk persaingan yang sihat, malah ia membina semangat setiakawan dan kesukanan."
Pakar Tentera (ME) 5 Kuah Liap Hoe, yang merupakan Sarjan Mejar Bahagian dan Pegawai Sukan Bahagian Komand Sokongan Perkhidmatan Kombat (CSSCOM), bersetuju dan menyatakan: "Saya percaya SAFSA boleh menjadi tulang belakang kepada pembangunan sukan dalam pelbagai formasi, kerana ini menyediakan pelbagai peluang untuk anggotan pasukan bermain sukan sementara bertugas sepenuh masa, supaya dapat menghasilkan generasi askar yang perkasa dan cergas."
Bagi menghasilkan askar yang kuat dan cergas dalam CSSCOM, sebuah program Gaya Hidup Sihat sedang dilaksanakan untuk menggalakkan anggota pasukan bersenam setiap minggu dan meningkatkan tahap kecergasan mereka untuk sukan kompetitif.
ME5 Kuah menambah bahawa CSSCOM telah mempelawa pegawai atasan dan rakan sekerja anggotan pasukan ke sesi latihan bagi membuktikan sokongan mereka terhadap ahli sukan.
Mungkin kombinasi semangat kompetitif dan persekitaran yang menyokong inilah yang membawa kepada kejayaan CSSCOM memenangi anugerah Formasi Terbaik bagi kali kelima berturut-turut.
ME5 Kuah menyatakan: "Tiada rahsia bagi kejayaan ini. Kami hanya memastikan bahawa ahli sukan kami kekal bermotivasi dan bersedia dengan secukupnya untuk pertandingan. Kami juga memastikan bahawa ahli sukan yang menunjukkan potensi didedahkan kepada pelbagai peluang untuk bersaing dan berlatih."
Apabila ditanya tentang harapan beliau untuk maklumat pada masa akan datang, pegawai yang berumur 52 tahun itu menyatakan: "Saya amat bangga dengan ahli sukan saya kerana memberikan yang terbaik dan menggondol anugerah tersebut tahun ini. Prestasi mereka sangat baik dari tahun ke tahun dan saya percaya bahawa pencapaian mereka dan etika kerja akan memberikan contoh yang baik untuk ahli sukan masa depan dalam formasi kami, jadi kami boleh terus memenangi anugerah untuk tahun keenam dan seterusnya."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).




