MILESTONES

SAF DIIKTIRAF ATAS AMALAN HR TELADAN DALAM CSR

14 Jul 2017

14jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Tan Jun An 

// Gambar oleh Chai Sian Liang


Untuk tahun ketiga berturut-turut, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menggondol Anugerah Amalan Sumber Manusia (HR) Terkemuka (Leading Human Resource (HR) Practices Award) bagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Ia merupakan salah satu anugerah yang diterima oleh SAF pada Majlis Gala Penyampaian Anugerah HR Singapura 2017 yang telah dilangsungkan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands (Marina Bay Sands) pada 14 Jul.

Mengulas mengenai pencapai hatrik tersebut, Komander Perintah Personel (PERSCOM), Kolonel (COL) Lee Yem Choo, berkata: "Persaingan bertambah sengit setiap tahun dan hakikat bahwa kami masih berupaya memenangi anugerah ini adalah bukti amalan HR yang telah bertapak kukuh dalam SAF. 

"Memenangi anugerah ini juga memberikan saya motivasi untuk terus melonjakkan standard HR dalam SAF ke tahap lebih tinggi."

Dua anugerah lain yang dimenangi oleh SAF adalah anugerah Pendokong HR dan Pengurus HR Terkemuka. Anugerah Pendokong HR diberikan kepada organisasi yang telah menunjukkan sokongan yang konsisten dan kecemerlangan dalam meningkatkan aspek yang tertentu dalam HR.

Pada majlis tersebut, Presiden Institut Sumber Manusia Singapura (SHRI), En Erman Tan bercakap mengenai kepentingan Sumber Manusia (HR): "Di tengah-tengah persaingan global yang semakin sengit, penstrukturan semula ekonomi dan gangguan digital, semakin penting bagi HR untuk merungkai potensi warga kerja dalam mendorong pertumbuhan perniagaan."

Bagi kakitangan PERSCOM, di bawah bidang kuasa COL Lee, moto mereka iaitu "Cemerlang untuk Berkhidmat " mengingatkan mereka untuk sentiasa berusaha sedaya-upaya bagi menambah baik amalan HR supaya mereka dapat menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada anggota pasukan.

Namun begitu, COL Lee bukan sahaja mahu kakitangan beliau bersemangat dalam kerja mereka, malah berkembang secara holistik dan belajar untuk memberikan sumbangan kepada komuniti. Pemikiran inilah yang membawa kepada pelaksanaan beberapa inisiatif CSR, seperti program membersihkan 15 taman negara di Singapura.

Mengenai kepentingan amalan HR yang baik, Timbalan Pengarah (Sektor Latihan Profesional HR) Stephanie Foo, yang menerima Anugerah Pengurus HR Terkemuka, menyatakan mereka juga "membuktikan bahawa kami menghargai warga kerja kami dan membuktikan bahawa kami mengiktiraf dan menghormati pekerja atas sumbangan dan maklum balas mereka ".

Memberikan contoh amalan HR yang telah memanfaatkan pekerja beliau, Cik Foo berkata: "Kami telah mencetuskan idea menganjurkan seminar berkaitan HR bagi menyediakan kemas kini yang berkaitan dan tepat pada masanya kepada kakitangan HR dalam SAF. Idea tersebut telah tercetus semasa penglibatan bersama rakan pengamal HR mengenai trend HR di peringkat global."

Beliau mengulas lanjut: "Setiap seminar juga akan menampilkan ketua-ketua Sumber Manusia (HR) yang terkenal dengan pencaapai dalam amalan HR terkemuka sebagai penceramah utama. Ini memastikan bahawa kakitangan HR kami mengetahui amalan HR yang terkini dan paling berkesan dalam sektor swasta dan juga awam."

Sejumlah 72 anugerah telah disampaikan dalam 29 kategori kepada organisasi-organisasi daripada sektor awam dan swasta pada majlis anugerah tahun ini. Di samping itu, kategori-kategori anugerah baru seperti "Baru mula " dan "Menggunakan Media Digital dalam HR" telah dipertandingkan.

Majlis anugerah tahunan tersebut dianjurkan oleh Institut Sumber Manusia Singapura (SHRI) dan berusaha untuk mengiktiraf individu dan organisasi yang telah melaksanakan amalan HR yang inovatif dan cemerlang dalam bidang HR.

COL Lee (jauh di sebelah kanan) menerima Anugerah Pendokong HR (HR Advocate Award) daripada Tetamu Kehormat Menteri Negara bagi Tenaga Kerja iaitu Sam Tan sementara En Tan memerhatikannya.
Cik Foo percaya bahawa amalan Sumber Manusia (HR) yang baik adalah penting untuk mencungkil bakat yang terbaik dalam diri pekerja beliau.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story