MILESTONES
PENYERAHAN WARISAN NS DENGAN RASA BANGGA
30 Oct 2017
Akan terdapat sebuah medan baru di tengah-tengah bandar.
Akan terdapat sebuah medan baru di tengah-tengah bandar.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan pada 30 Oktober lalu bahawa Pentas Terapung Teluk Marina (MBFP) dan galeri tempat duduknya akan dibangunkan semula kepada satu struktur kekal serta dinamakan semula sebagai Medan Perkhidmatan Negara (NS). Beliau berucap ketika Majlis Makan Malam Perkhidmatan Negara yang ke-50 (NS50) yang diadakan di MBFP.
Sebagai satu simbol komitmen Singapura dan sumbangan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara terhadap NS, medan baru itu akan menjadi tempat utama untuk Perarakan Hari Kebangsaan di masa hadapan dengan perluasan kapasiti tempat duduk yang telah diuar-uarkan adalah untuk membenarkan lebih banyak rakyat Singapura merasai perarakan itu. Sebuah galeri NS juga akan turut dibina di sana untuk mempamerkan evolusi NS melalui pelbagai pameran dan acara-acara yang diaturkan.
Dengan memberikan penghormatan kepada generasi-generasi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara, Encik Lee berkata: "SAF (Angkatan Bersenjata Singapura), Pasukan Polis Singapura, dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura mungkin tidak wujud tanpa NSF (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa) dan anggota NS (Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi) yang berkhidmat dengan rela dan berlatih dengan serius serta menjalankan tugas-tugas operasi hari demi hari. Singapura telah menikmati keamanan dan keselamatan. Rakyat Singapura juga berasa selamat dan yakin."
Beliau juga menggesa generasi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara akan datang supaya memainkan peranan mereka dengan rasa bangga. "Pada dasarnya, NS adalah berkenaan dengan melakukan pengorbanan yang perlu untuk melindungi negara dan keluarga kita. Ini adalah semangat biasa NS yang bertahan sepanjang generasi (dan) ini adalah warisan yang kita serahkan ‘dari generasi saya ke generasi kamu'."
Sebagai pengiktirafan dedikasi mereka terhadap NS, Encik Lee menyampaikan Anugerah Tahunan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara kepada 28 anggota NS daripada SAF dan Home Team. Beliau juga melakukan kemasan terakhir ke atas sebuah lukisan peringatan NS50 yang merupakan sebahagian inisiatif bermula dari bawah oleh Angkatan Seni Singapura dan ST Engineering dalam memperingati NS50.
Antara penerima-penerima Anugerah Tahunan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara ialah Master Sarjan (MSG) (NS) Muhammad Sa'adiq bin Abdul Majid yang sangat bersyukur apabila mendapat sokongan kuat keluarga apabila dia terlibat dengan Latihan Dalam Kem (ICT).
Contohnya, isteri atau ibunya bergilir-gilir menghantar anak lelakinya yang berumur tiga tahun ke pusat jagaan kanak-kanak apabila Mejar Sarjan Syarikat yang berumur 32 tahun daripada Batalion Pengangkutan Sokongan Umum Yang Pertama menjalani ICT.
Dia mengambil serius dengan komitmen NSnya. Dia juga adalah seorang lelaki yang mementingkan keluarga dan penyayang serta bertanggungjawab, kata isterinya.
Puan Nurul Nadia binte Junaidi yang berumur 29 tahun itu berkata: "Semasa saya sarat mengandung anak lelaki saya, suami saya akan sentiasa memastikan yang dia menghantar saya ke rumah ibu saya sebelum pergi ke ICT. Dia juga akan selalu menelefon saya hanya untuk memastikan saya dijaga dengan baik."
Ditanya mengenai pandangannya apabila menerima anugerah itu, ahli teknologi IT syarikat semi-konduktor berkata: "Anugerah ini mengiktiraf semua Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang telah berkhidmat dan memberikan yang terbaik semasa ICT mereka. NS ialah satu tanggungjawab dan komitmen. Saya mahu memberikan yang terbaik."
Dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, Majlis Makan Malam NS50 menjadi penutup dalam peringatan terhadap sumbangan dan pengorbanan selama satu tahun yang dibuat oleh generasi-generasi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.
Bagi Sekretariat Pengarah jawatankuasa eksekutif iaitu Kolonel (COL) Clifford Keong, makan malam itu adalah kemuncak atas kerja keras yang telah dilalui oleh dia dan pasukannya sepanjang tahun lepas. Lelaki yang berumur 44 tahun itu berbesar hati apabila melihat keluarga-keluarga rakyat Singapura datang meraikan NS50 dan begitu juga sokongan kuat daripada peruncit-peruncit yang datang untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara.
Kolonel (COL) Keong juga merasakan bahawa menamakan dan membangunkan semula MBFP menjadi medan NS adalah tepat kerana ia adalah tempat yang perlu dilalui oleh NSF ketika berkawat mengikut laluan perbarisan terakhir dalam Latihan Asas Tentera.
"Pentas terapung terletak betul-betul di tengah bandar. Apabila rekrut-rekrut berkawat melepasi Pusat Kewangan Teluk Marina, ia mengingatkan mereka akan apa yang mereka pertahankan dan saya berharap warisan mempertahankan negara dengan rasa bangga akan disampaikan dari satu generasi ke generasi yang lain."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).







