TECHNOLOGY
PENJIMATAN MELEBIHI $159J MELALUI INOVASI
26 Jul 2022
Inovasi dan usaha penambahbaikan kerja daripada warga SAF membawa kepada penjimatan melebihi $159 juta pada tahun kewangan lalu – melebihi $6 juta sasaran yang ditetapkan.
Inovasi dan usaha penambahbaikan kerja daripada warga SAF membawa kepada penjimatan melebihi $159 juta pada tahun kewangan lalu – melebihi $6 juta sasaran yang ditetapkan.
Setiap Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), beribu-ribu tembakan 21 peluru kosong SAR (Serangan Rifle Singapura) dilepaskan semasa Pengawal Kehormatan Feu De Joie (atau Api gembira).
Semasa Pakar Tentera (ME) 2 Joyce Yip yang menyandang jawatan Timbalan Penjaga Peluru (IC) untuk NDP 2020, dia mendapati pengiraan peluru kosong yang dilepaskan setiap kali adalah proses yang amat menjemukan.
"Sekiranya ada sesiapa yang mengganggu saya semasa pengiraan tersebut atau saya perlu menguruskan tugasan lain semasa saya sibuk mengira, saya terpaksa memulakan seluruh pengiraan sekali lagi (jadi) ia sangat meletihkan."
Apabila dia mengambil peranan yang sama untuk NDP 2021, ME2 Yip memutuskan untuk mencari cara untuk memudah dan mempercepatkan pengiraan peluru kosong.
Jurutera tentera udara berusia 37 tahun dari Skuadron 817 di bawah Kumpulan 7 Kejuruteraan Udara & Logistik Angkatan Tentera Udara Republik Singapura itu mula-mula bereksperimen dengan sensor logam, mengguna bateri untuk mensimulasikan peluru kosong, pada Mac tahun lepas.
Walaupun berjaya pada awalnya, sensor logam tidak dapat mengesan apa-apa apabila dia menguji kaunter dengan peluru kosong kerana bahannya agak berbeza daripada bateri.
Kemudiannya, dia berjaya memperoleh sensor yang sesuai dari sebuah kedai di Sim Lim Square, dan membina kotak kaunter peluru kosong automatik yang merangkumi bekas, sensor dan paparan LED.
Apabila peluru kosong dimasukkan ke dalam bekas melalui titik kemasukan, sensor akan mengesannya. Isyarat kemudian akan dihantar ke kaunter automatik, dan peluru kosong akan dikira pada paparan LED.
Kotak kaunter kosong automatik juga hanya memerlukan satu orang untuk membuat pengiraan, bukannya sepasukan 10 anggota seperti biasa.
ME2 Yip menguji kotak kaunter kosong automatik semasa NDP 2021 dan ia terbukti berjaya. Kaunter itu juga sedang digunakan di NDP tahun ini.
Menerima semangat inovasi
ME2 Yip memenangi Anugerah Berani Buat MINDEF atas ilham dan reka bentuk kotak kaunter yang diusahakannya dengan sendiri. Beliau adalah di kalangan 11 individu dan pasukan yang menerima anugerah ini sebagai sebahagian daripada Simposium Inovasi IGNITE 2022 (IIS22).
Berlangsung di Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada 26 Jul, IIS22 bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan unit dan warga kerja dalam inovasi. Ia juga menyediakan platform untuk pembelajaran serta perbincangan bermakna merentasi MINDEF, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan rakan kongsi untuk mencipta bersama idea yang baharu.
Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam ucapannya di majlis tersebut, menyerlahkan keertian memupuk semangat inovatif dalam SAF dan mengucapkan tahniah kepada para pemenang anugerah.
"Semangat untuk berinovasi adalah penting bagi MINDEF dan SAF untuk menangani sebarang cabaran keselamatan baik yang diketahui mahupun tidak diketahui. Sebagai pemenang, anda memberi contoh dan memenyerlahkan etos inovatif yang penting untuk kejayaan misi."
Sejumlah 88 anugerah disampaikan kepada individu, pasukan dan unit daripada MINDEF dan SAF sebagai mengiktiraf inovasi dan usaha penambahbaikan tugasan mereka, yang telah membawa kepada penjimatan melebihi $159 juta pada tahun kewangan lalu.
Kebebasan untuk bereksperimen
Dr Ng turut menyampaikan anugerah kepada lapan penerima Anugerah Menteri Pertahanan (MDA). Antaranya ialah Markas Peluru Angkatan Bersenjata Singapura (SAFAC).
Untuk mengatasi cabaran operasi dan kekangan sumber, SAFAC menubuhkan Ekosistem AmmoZone pada 2019 untuk menyediakan ruang yang selamat bagi warga kerja SAF untuk bereksperimen dan menguji idea baharu.
Salah satu inovasi utama yang terhasil ialah inisiatif menukar amunisi atau "Projek Segar Semula 155 TNT", di mana pengehad atau komponen peluru cacat diganti daripada dibuang kesemuanya. TNT merujuk kepada bahan letupan yang kuat.
"Apabila mencapai tempoh hayatnya, isian dalam TNT 155mm perlu dibuang. Daripada membuang keseluruhan TNT seperti yang dilakukan sebelum ini, kami kini hanya membuangkan isian lama, dan menggantikannya dengan TNT yang lebih berkualiti dan mengguna semula kelongsongnya," jelas ME5 Chia Cheow Wee, 39.
ME5 Chia ialah ketua pasukan AmmoZone 3, sebuah kumpulan di bawah Ekosistem AmmoZone.
Katanya lagi, isian TNT lama dicairkan untuk dilupuskan secara mesra alam. Penggunaan semula kelongsongnya juga selaras dengan usaha SAF ke arah mesra alam.
Melalui " Projek Segar Semula 155 TNT ", SAFAC telah menjimatkan hampir $7.6 juta melalui pengurangan perolehan dan pelupusan TNT.
Meningkatkan realisme latihan
Idea lain yang muncul daripada Ekosistem AmmoZone adalah mengguna pencetakan 3D untuk mencipta tripwayar permukaan e-suar, untuk menambah realisme latihan.
Dahulu, pelatih berlatih mengguna amunisi gerudi untuk menyediakan tripwayar permukaan.
Dengan cetakan 3D, SAFAC dapat memasukkan elektronik ke dalam peluru cetakan 3D, membolehkan suar dan penggera berbunyi apabila tercetus. Kedua-dua suar dan penggera juga berbunyi selama hampir 40 saat – sama seperti dalam keadaan sebenar sekiranya wayar tersandung.
Menurut ME3 Indrarani, 38, yang mengetuai Kumpulan Kepentingan Teras Pencetakan 3D SAFAC: "Ia adalah berkaitan dengan mencapai latihan realisme dan anggota-anggota tentera amat mengalu-alukannya. Dengan maklum balas ini (suar dan penggera)…ia terasa lebih nyata."
Tripwayar permukaan e-suar kini berada dalam fasa perintisnya, yang telah dilaksanakan pada akhir 2021.
Selain mengumpul idea daripada warga kerja dalam Perkhidmatan, Ekosistem AmmoZone telah menarik Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi SAFAC untuk menyertai dan membentangkan inovasi dan penambahbaikan yang baharu.
SAFAC juga menjadi rakan kongsi dengan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan untuk menubuhkan Habitat Inovasi dan Teknologi Munisi. Ia bertujuan menginstitusikan inovasi amunisi yang lebih proaktif dan penambahbaikan reka bentuk dengan rakan kongsi pertahanan yang lain.
"Ekosistem AmmoZone telah mencipta budaya yang sesuai dan inovasi yang tepat untuk membangunkan unit kami," kata ME5 Chia.
"Inovasi merupakan satu cara lain untuk melakukan perkara secara berbeza yang berkesanan kos. Yang penting sekali, kami boleh mengendalikan urusan dengan lebih berkesan, mengguna sumber yang terjimat untuk melabur dan menambahbaikkan bahagian-bahagian lain dalam organisasi."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

