TECHNOLOGY

PENGENDALI ROBOT

24 Jul 2017

24jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Benita Teo 

// Gambar ihsan DSTA


Anda telah mendengar bas dan kereta tanpa pemandu yang boleh membantu anda bergerak ke sekeliling. Namun bagaimana tentang kenderaan tentera tanpa pemandu, atau Kenderaan Darat Tanpa Pengawasan (UGV) yang boleh mengendalikan kerja risiko tinggi, mengurangkan pendedahan askar kita kepada bahaya? 

Jurutera pertahanan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) Yeo Mui Hui sedang berusaha untuk merealisasikan impian tersebut. 

Ketua Projek (Sistem Darat) yang berusia 33 tahun telah meluangkan hampir keseluruhan masanya di DSTA membangunkan keupayaan yang membolehkan UGV melaksanakan tugas tanpa operator dalam kenderaan dan membenarkan operator mengawal beberapa UGV dari jauh pada masa yang sama. 

" UGV mempunyai keupayaan untuk mengemudi sendiri dan mengelakkan halangan dalam laluannya. Ia boleh mengambil alih kerja peninjauan berisiko seperti pengesanan ciri-ciri yang mencurigakan, jadi askar kami tidak perlu bergerak melalui muka bumi yang berbahaya," terang beliau. 

Sistem tersebut secekap dalam landskap bandar, hasil daripada teknik yang digabungkan oleh Cik Yeo. 

"Teknik mengikut bebendul jalan melengkapi navigasi berdasarkan GPS UGV," ujar beliau. "Ini bermakna bahawa di tempat-tempat dengan banyak bangunan tinggi, di mana GPS sekali-sekala boleh dikesan, UGV akan mengambil rujukan dari bebendul jalan secara automatik apabila ia bergerak." 

Beliau mengimbas dengan penuh semangat mengenai kemuncak kerja beliau mengendalikan projek tersebut: "Detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah apabila saya menjalankan satu demonstrasi yang berjaya bagi konvoi dengan pengendalian-tanpa pengendalian manusia ke Tentera Singapura. Ia merupakan hasil eksperimen yang meluas, ujian dan pembangunana, yang membawa kepada demonstrasi UGV berskala besar pertama dalam latihan di luar negara." 

Bekerja di barisan hadapan teknologi canggih, Cik Yeo berkongsi bahawa ia mungkin tugas mencabar untuk membina keyakinan dan membiasakan rakan kongsi dengan potensi manfaat yang boleh ditawarkan oleh idea eksperimen. Oleh itu gabungan yang baik di antara keberanian dan keterbukaan adalah kunci untuk menjadi jurutera pertahanan yang bagus. 

"Kami perlu mempunyai keberanian dan keyakinan untuk menyuarakan pendapat tetapi dalam masa yang sama berfikiran terbuka. Perkara paling penting adalah untuk terus belajar, supaya kami boleh memberikan penyelesaian terbaik untuk pertahanan Singapura," tegas beliau.

Cik Yeo berdiri di hadapan UGV. Bersama beliau adalah rakan Jurutera (Sistem Darat) Leonard Lim, yang bekerja dengan beliau mengendalikan projek.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story