TECHNOLOGY

PEMBURU PEPIJAT NSF MENANG BESAR

02 Nov 2019

For three straight weeks, 3rd Sergeant (3SG) Eugene Lim would spend 10 hours a week searching for “bugs”.

1_DSC_8464%2bcopy

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH KENNETH LIN


3SG Lim mengalahkan 304 penggodam topi putih di seluruh dunia untuk muncul sebagai Pemburu Pepijat Teratas dalam Bug Bounty Programme yang dianjurkan oleh MINDEF.

Selama tiga minggu berturut-turut, Sarjen 3 (3SG) Eugene Lim mengambil masa 10 jam dalam seminggu untuk mencari "pepijat".

Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) itu menggunakan cuti malamnya untuk mencari kelemahan sistem dalam Bug Bounty Programme siri kedua anjuran Kementerian Pertahanan yang berlangsung dari 30 Sep hingga 21 Okt tahun ini.

Kebiasaan hujung minggu menyaksikan dia "memburu" dari 11 pagi hingga 6 petang, diikuti pertemuan singkat dengan keluarga atau teman wanitanya sebelum menyambung semula buruannya sehingga pukul 2 pagi.

Usahanya membuahkan hasil.

Anggota berusia 24 tahun itu mengatasi seramai 305 penggodam topi putih, atau penggodam beretika, untuk muncul sebagai "Pemburu Pepijat Teratas".

Ketua Siber Pertahanan Brigadier Jeneral Mark Tan (kanan) menyampaikan hadiah Pemburu Pepijat Teratas kepada 3SG Lim dalam satu upacara pada 1 Nov.

Program itu menyaksikan penggodam topi putih, 134 daripadanya tempatan dan 171 antarabangsa, dijemput untuk mencari kelemahan (atau pepijat) dalam 11 sistem menghadap Internet milik MINDEF.

Peserta-peserta melaporkan 52 kelemahan, dalam mana 20 daripadanya adalah sah. 3SG Lim menemui lapan daripada 20 kelemahan sah dan unik yang dilaporkan, yang meletakkan dia mendahului kesemua penggodam.

Dia juga menerima hadiah untuk "Pepijat Pertama Dilaporkan", yang ditemuinya dalam jam pertama program ini dibuka.

Minatnya dalam keselamatan siber terangsang apabila dia mengambil bahagian dalam Latihan Pertahanan Siber Tentera pada Oktober lepas. Semasa latihan, dia bekerjasama dengan pembela-pembela siber yang lain dalam tindak balas kepada ancaman dalam talian bagi mempertahankan rangkaian latihan yang disimulasikan.

3SG Lim (duduk, tiga dari kiri) mengambil bahagian dalam Latihan Pertahanan Siber Tentera tahun lepas. Panglima Tentera Brigadier Jeneral Goh Si Hou (berdiri, tiga dari kiri) juga menyaksikan latihan tersebut. [Foto: Facebook Angkatan Tentera Singapura].

Dia kemudiannya menyertai dua Bug Bounty Programme anjuran Kerajaan – pada Januari dan Julai – di mana dia muncul sebagai penggodam teratas dalam edisi kedua.

Penggodam belajar sendiri itu yang merupakan Penyelia Perbekalan di Batalion Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan ke-12 itu berkata, kreativiti diperlukan untuk memintas alat-alat perlindungan (seperti tembok api) yang disediakan oleh pentadbir sistem.

"Mereka akan mengunci pintu hadapan jadi anda perlu mencari jalan lain – tingkap, pintu belakang yang tidak berkunci – untuk membolehkan anda masuk ke dalam 'rumah'."

Dan ia sesuatu yang "mengujakan" apabila berjaya masuk,kata 3SG Lim, yang menggunakan gelaran SpaceRacoon dalam talian.

"Hati saya melonjak-lonjak apabila akhirnya 'meletupkan cangkerang selamat', iaitu tanda penggodam telah berjaya mengawal pelayan. Ia suatu pencapaian yang besar."

"Bagi kami penggodam topi putih, kami akan kemudiannya menghantar bukti (untuk pengendali sistem) menghasilkan semula pepijat itu sendiri," kata 3SG Lim, yang lulus daripada Yale University pada tahun lepas dengan dwimajor dalam Sains Komputer dan Sejarah.

3SG Lim yang akan berkhidmat sebagai penjawat awam selepas dia menamatkan Perkhidmatan Negara pada 31 Dis tidak malu untuk mengaku bahawa keselamatan siber adalah "hobi utamanya".

Awal tahun ini, dia membina aplikasi web untuk mengimbas pakej hasad dan dikemukakannya di Black Hat Asia (Arsenal), sebuah konvensyen mengenai alat sumber terbuka.

Apabila ditanya bagaimana dia mula berkecimpung dalam penggodaman topi putih, dia berkata: "Saya berhasrat menyumbang kepada keselamatan siber di Singapura dan menguji sistem kerajaan menarik minat saya."

"Berupaya menemui kelemahan untuk MINDEF, sebagai seorang NSF, juga menjadi motivasi yang besar bagi saya."

Dia menambah bahawa hobinya telah membantunya memupuk sikap positif: "Jika saya menemui halangan, saya akan sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya.

"Kemahiran menyelesaikan masalah ini akan sentiasa berguna untuk apa-apa peranan yang saya galas (pada masa depan)."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story