TECHNOLOGY

ORANG YANG BERMISI

17 Jul 2017

17jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Kenneth Lin


Sewaktu tempoh kerjaya beliau yang hampir tiga dekad di Tentera Laut Republik Singapura (RSN), Kolonel (COL) (NS) Dominic Soh telah menikmati keriangan menggabungkan keupayaan baru ke dalam tentera laut dan juga kesedihan menyaksikan kematian dan kemusnahan sewaktu misi bantuan kemanusiaan. 

Beliau menyertai RSN pada tahun 1979 dan telah menerajui Kapal Tangki Pendaratan (LST) kelas Kaunti. Malah, beliau adalah Pegawai Pemerintah RSS Perseverance apabila kapal tersebut telah dihantar ke Palembang, Indonesia, bagi membantu dalam usaha pemulihan pesawat MI 185 SilkAir yang telah terhempas pada 19 Disember 1997. 

"Ia merupakan detik yang sangat menyedihkan bagi kami dan anak kapal," ujar COL (NS) Soh, yang kembali daripada misi betul-betul pada Hari Tahun Baru. 

Di sana, anak kapal menyokong operasi menyelam untuk mencari pesawat yang jatuh. Keadaan sangat sukar; airnya keruh dan terdapat pemangsa semulajadi seperti buaya di kawasan tersebut. "Anak kapal mengekalkan fokus mereka dan semua kembali dengan selamat." Kemudiannya, kapal tersebut juga dihantar ke Timur Timor (kini Timor Leste) pada tahun 2000, sebagai sokongan kepada Pasukan Antarabangsa yang diterajui oleh Australia bagi Timur Timor (INTERFET). 

"That was about the time that the RSN mengiktiraf kegunaan kapal-kapal (LST) ini dakan kami memulakan kerja mereka bentuk LST kelas Endurance generasi akan datang." LST kelas Endurance pertama yang panjangnya 141m telah dilancarkan pada tahun 1998 dan lebih besar (serta lebih laju) dengan ketara berbanding LST kelas Kaunti yang terdahulu. 

Lambat laun, Joint Multi Mission Ship (JMMS) akan menggantikan LST kelas Endurance yang telah lama digunakan. Kapal-kapal baru ini akan dipenuhi ciri-citi automatik dan berupaya menyokong pelbagai helikopter yang menaiki kapal. 

"Keupayaan JMMS akan membantu RSN mengekalkan (kelebihannya) dan mengembangkan jenis peranan yang boleh dilaksanakan oleh RSN, terutamanya dari segi misi bantuan kemanusiaan." Sewaktu tempoh khidmat beliau dalam RSN, COL (NS) Soh juga menerajui pasukan yang mereka bentuk keupayaan yang ditempatkan di Pusat Perintah dan Kawalan (C2) Changi. Pusat C2 Changi menempatkan beberapa entiti yang dirangka untuk kolaborasi kebangsaan dan antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan maritim. 

"Satu perkara yang saya belajar daripada RSN: Kami semua perlu saling menyokong antara satu sama lain atau kami tidak akan pernah sekali-kali menguasai kekuatan yang mencukupi bagi memenuhi cabaran yang kami hadapi, sebagai tentera laut dan negara yang kecil."

COL (NS) Soh meluangkan masa hampir tiga dekad dalam RSN dan beliau yakin bahawa ia bersedia untuk mengatasi cabaran masa depan. Pada latar belakang adalah senapang dua laras BOFORS 40mm/L60, yang digunakan di atas LST kelas Kaunti sebagai senapang anti-pesawat, yang memerlukan dua orang pelayar untuk membidik dan mengendalikannya secara manual. Pada hari ini, pertahanan udara atas kapal adalah berkomputer dan berautomatik.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story