MILESTONES

NS55 MENAMATKAN KERAIAN DENGAN PERBARISAN BERSEPADU DI THE FLOAT

26 Nov 2022

INI JUGA MERUPAKAN PERBARISAN TERAKHIR YANG AKAN DIADAKAN DI THE FLOAT @ MARINA BAY SEBELUM KERJA PEMBANGUNAN SEMULA BERMULA PADA TAHUN DEPAN UNTUK MENGUBAH KAWASAN TERSEBUT MENJADI NS SQUARE.

26nov22_news1_thumbnail

Story by

Photos by


Untuk memperingati ulang tahun NS ke-55 (NS55), 3SG (NS) Suhairi (kiri) menyampaikan bendera negara kepada bekas pelajarnya, REK Lim ketika perbarisan bersepadu.

Apakah kebarangkalian anda dapat menamatkan pengajian dalam perbarisan tentera secara sebelah-menyebelah bersama bekas guru anda?

Rekrut (REK) Lim Wee Hong telah berbuat demikian. Rekrut berumur 20 tahun ini telah menamatkan pengajian bersama bekas gurunya Sarjan Ke-3 (3SG) (NS) Suhairi Bin Samsudin dalam perbarisan bersepadu di The Float @ Marina Bay pada 26 Nov.

Lebih daripada 4,300 rekrut dan NSmen mengambil bahagian dalam
Perbarisan Tamat pengajian Latihan Asas Tentera (BMT)
dan Askar Simpanan MINDEF bersepadu, yang juga menandakan
penghujung sambutan yang menandakan ulang tahun ke-55 bagi Perkhidmatan Negara (NS55).

Daripada satu generasi kepada generasi seterusnya

3SG (NS) Suhairi ialah seorang komander seksyen daripada Batalion Ke-906, Rejimen Infantri Singapura (906 SIR); REK Lim, daripada Kompeni Ke-2, Sekolah Ke-4 Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), baru sahaja menamatkan Latihan Asas Tentera (BMT).

"Peluang menyampaikan bendera kepada bekas pelajar saya amat bermakna bagi saya, dan ini juga merupakan jaminan bahawa generasi terkini akan menjalankan tugas mereka ketika berkhidmat dan melindungi negara," kata 3SG (NS) Suhairi. Anggota berumur 37 tahun ini ialah seorang guru di Sekolah Menengah Orchid Park.

"Harapan saya adalah bahawa generasi akan datang juga menyedari kepentingan untuk melindungi negara dan tidak meremehkan hal keselamatan negara kita."

Kewajipan pertahanan

Bagi REK Lim, penerimaan bendera daripada bekas gurunya telah menyampaikan rasa tanggungjawab yang besar.

"Inilah masa untuk kami menyerlah. Kami bersedia untuk menerima tanggungjawab bagi melindungi negara kita," kata REK Lim, yang sedang mempertimbangkan kerjaya tentera.

"Pengalaman menjalani BMT telah membolehkan saya lebih menghargai Tentera Darat – kita tidak harus meremehkan keselamatan Singapura kerana kita bertanggungjawab melindungi Singapura. Keselamatan Singapura telah dibina berasaskan pengorbanan anggota terdahulu dan kini tiba giliran kita untuk memastikan bahawa Singapura masih terus selamat."

 

Perbarisan bersepadu tersebut menyaksikan 4,000 rekrut berkumpul di The Float @ Marina Bay untuk majlis tamat pengajian BMT mereka.

Mereka juga disertai 350 Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSmen) daripada 906 SIR, yang baru sahaja melengkapkan kitaran latihan NS Sedia Beroperasi mereka.

Ini adalah kali kedua perbarisan bersepadu diadakan di The Float – kali pertamanya adalah pada 2014. Ini merupakan perbarisan terakhir yang akan diadakan di kawasan ini sebelum ia dibangunkan semula menjadi NS Square pada tahun depan.

Encik Heng mengucapkan terima kasih kepada warga Singapura atas sokongan hebat mereka terhadap NS sejak 55 tahun yang lalu.

Melindungi masa depan

Dalam ucapannya di perbarisan tersebut, Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How menyatakan: "Sambil kita memperingati ulang tahun NS ke-55 pada tahun ini, kita berasa bangga terhadap semua generasi anggota perkhidmatan negara yang telah menyumbangkan masa, kekuatan dan dedikasi yang tidak luntur demi berkhidmat dan melindungi segala yang kita sayangi…

"Ini hanya dapat dilakukan melalui sokongan yang kuat dan berterusan daripada keluarga, rakan, majikan, rakan sekerja mereka dan orang awam supaya mereka dapat mengimbangi kewajipan NS mereka dengan komitmen peribadi mereka."

Encik Heng juga menggalakkan para graduan agar memikul kewajipan mereka dengan penuh tekun. "Tindakan anda hari ini dan pada bertahun-tahun akan datang akan melindungi keluarga kita, orang tersayang kita dan memelihara gaya hidup kita.

"Selagi anda komited, SAF akan terus menjadi penjamin yang teguh dan boleh dipercayai berkenaan dengan keselamatan dan masa depan Singapura."

Aum! Rekrut menandakan status mereka sebagai askar baharu dengan Ngauman BMT.
POP loh! Tahniah kepada kelompok askar terlatih yang paling baharu!

Semakin erat

Sebagai anak pertama dalam keluarganya yang berkhidmat dalam NS, REK Kieran Charles Paul Davies mengalami sedikit kejutan budaya semasa dia masuk perkhidmatan. Ini berlaku walaupun dia tinggal di Singapura sejak lahir lagi.

"Saya sangka saya agak arif tentang budaya Singapura kerana saya mengenali ramai warga Singapura, tetapi berkhidmat dalam NS memberi saya peluang untuk benar-benar berintegrasi dengan komuniti Singapura," kata Penduduk Tetap (PR) berumur 18 tahun ini, yang mempunyai ibu bapa dari UK dan Ireland.

REK Kieran Charles Paul Davies berkata pada asalnya dia mengalami kesukaran menyesuaikan diri dengan NS walaupun tinggal di negara ini sejak lahir lagi.

Setelah menjalani BTM selama tiga bulan di Kompeni Ke-4, Sekolah Ke-4 BMTC, REK Kieran berbangga untuk berkhidmat dalam NS dan berharap dapat memasuki salah satu maktab pemerintahan.

"NS ialah satu peluang untuk mencabar diri saya dan saya tidak akan menganggap hal ini sebagai sesuatu yang terpaksa saya jalani selama dua tahun."

REK Thieneshkaar berkata dia akan sentiasa menghargai rakan-rakan yang dia peroleh sepanjang perjalanan BMT.

Bagi rakan graduan REK Thieneshkaar Mathiyalagan, perkara utama yang dia peroleh daripada BMT ialah ikatan persahabatan yang dijalin. Menurutnya, dia akan amat merindui rakan-rakan yang dia peroleh sepanjang beberapa bulan yang lalu.

Anggota berumur 22 tahun daripada Kompeni Dragon, Sekolah 1 BMTC ini berkongsi bahawa dia dan teman BMT telah melakukan segala-galanya secara bersama buat beberapa bulan yang lalu – makan dan rehat bersama-sama, malah mereka juga membantu satu sama lain mandi serbuk kering apabila mereka terpaksa menjalani latihan lapangan jauh tanpa mandi selama berhari-hari.

"Saya akan merindui perbincangan kami ketika masa lapang dan semua keseronokan yang kita sama-sama alami dalam perjalanan BMT kami."

Dia juga bersedia untuk memikul tanggungjawab mempertahankan dan melindungi Singapura.

"Selepas menjalani NS, kami rasa lebih bertanggungjawab tentang melindungi Singapura kerana kami merupakan generasi baharu dan pertahanan Singapura terletak di tangan kami."

NSman yang komited

Mereka boleh menjadikan KPT (NS) James Er sebagai teladan bagi hal yang berkenaan dengan komitmen terhadap tugas NS. Anggota berumur 34 tahun ini telah kembali untuk semua panggilan Latihan Di Kem (ICT) tanpa terlepas walaupun dia tinggal di luar negara. Ini bukan pengorbanan yang mudah – KPT (NS) Er menggunakan hari cutinya sendiri dan membayar kos penerbangan ulang-alik ke Singapura untuk berkhidmat.

Sumber motivasinya terletak pada anggota di bawah perintahnya. "Saya telah bersama anggota bawahan saya selama lima tahun sebelum saya berpindah ke Hong Kong dan saya ingin menamatkan seluruh kitaran bersama mereka."

"Mereka juga melihat wajah yang dikenali setiap kali saya kembali jadi saya berharap ini membuat mereka rasa selesa dan bermotivasi untuk menamatkan latihan mereka," kata Pegawai Pemerintah Kompeni Alfa dalam 906 SIR. Pada masa ini dia seorang jurubank di HSBC.

Walaupun ditugaskan ke luar negara untuk pekerjaannya sejak 2017, KPT (NS) Er telah kembali setiap tahun untuk menyertai Batalion bagi ICT.

"Sesetengah perkara tidak boleh dibeli dengan wang. Persahabatan yang berterusan, kenangan yang saya bina bersama anggota bawahan saya adalah jauh lebih bernilai daripada kos untuk saya datang kembali."

Ditanya tentang nasihat yang dapat dia beri kepada generasi muda askar, dia menyatakan: "Cara anda tentukan pengalaman NS terpulang kepada anda. Jika anda menumpukan usaha dan masa, anda akan menyedari bahawa ada banyak yang boleh anda peroleh dari segi persahabatan yang dijalin dan kemahiran dibina yang dapat membantu anda pada masa depan."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story