TECHNOLOGY

MEMBURU YANG TERBAIK

25 Oct 2019

Pada awal tahun ini, Tentera Singapura telah mempamerkan Kenderaan Perang Berperisai (AFV) terbaharu mereka – Hunter.

25oct19pnr-photo1
Encik Peh (kanan) menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) DTP 2019 daripada Dr Ng bagi pihak DSTA atas sumbangan mereka kepada projek Hunter AFV.

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH KENNETH LIN


English 华文
English 华文

Berbekalkan kuasa tembak yang lebih besar, mobiliti, serta perlindungan yang lebih baik untuk askar-askarnya, Hunter AFV merupakan platform digital sepenuhnya pihak Tentera yang dilengkapi dengan sistem C4 (pemerintah, kawalan, perhubungan dan komputer), membolehkan ia berperang bersama-sama dengan platform lain dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Hunter AFV merupakan platform digital sepenuhnya pihak Tentera.

"Dalam menyampaikan platform digital sepenuhnya Tentera Singapura, pasukan Hunter AFV memperkenalkan pendekatan reka bentuk dan kejuruteraan baharu," kata Encik William Peh daripada Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA).

Pasukan menggunakan sistem kejuruteraan berasaskan model untuk mereka bentuk Kokpit Tempur Berintegrasi jenis pertama seumpamanya, yang membolehkan krew Hunter AFV bekerjasama secara berkesan dengan satu sama lain dan menyerang sasaran dengan cepat.

"Kami (juga) mewujudkan seni bina elektronik kenderaan terbuka dan modular untuk memudahkan selitan teknologi masa depan, dan menubuhkan Systems Integration Lab untuk ujian yang efisien dan berkesan kos," tambah Pengarah Program (Sistem Darat) yang berusia 34 tahun itu.

Systems Integration Lab membenarkan pengguna bereksperimen dengan sistem alir baharu dan konsep operasi Kokpit Tempur Berintegrasi tanpa perlu secara fizikal berada di dalam Hunter AFV.

Di samping membina fleksibiliti kejuruteraan untuk integrasi masa depan keupayaan baharu, dan keperluan untuk mengekalkan kos operasi mudah diurus, pasukan Hunter AFV juga perlu mengambil kira faktor-faktor lain seperti kebolehan untuk beroperasi dengan tenaga manusia dan masa yang menurun.

Dengan Hunter AFV yang didigitalkan sepenuhnya, sistem dalam kenderaan boleh melaporkan data kesihatan, penggunaan, kerosakan dan peristiwa, membolehkan operator diberi amaran tentang sebarang kerosakan dan dipandu dengan arahan langkah demi langkah untuk membetulkannya.

"Sistem Pemantauan Kesihatan dan Penggunaan merupakan bahagian penting dalam keupayaan penyelenggaraan Hunter AFV. Dengan sistem ini, askar-askar kini boleh bergantung kepadanya untuk mengenal pasti dan menyelesaikan kerosakan dalam tempoh beberapa saat, yang sebelum ini mengambil masa berjam-jam," kata Encik Peh.

"Dengan lebih daripada 1,000 parameter yang dilog masuk oleh sistem, kita boleh mengenakan analisis pada data yang dikumpul untuk analisis trend kerosakan, atau membuat cadangan untuk penyelenggaraan berasaskan keadaan untuk menurunkan kos operasi."

Di samping itu, realiti terimbuh telah digunakan semasa latihan penyelenggaraan bagi membolehkan pembelajaran arahan kendiri dengan kurang tenaga pengajar, sementara realiti maya digunakan untuk mengurangkan tempoh latihan untuk operasi pemulihan.

Encik Peh menambah: "Walaupun mempunyai lebih banyak keupayaan, kami telah mengurangkan kos penyelenggaraan Hunter AFV sebanyak lebih kurang 40 peratus berbanding dengan kenderaan berperisai yang lain."

Penggunaan realiti terimbuh untuk latihan penyelenggaraan dijangka akan beroperasi menjelang separuh kedua tahun bagi 2020.

Sebagai mengiktiraf sumbangan cemerlang mereka terhadap pertahanan negara kita, pasukan Hunter AFV – yang terdiri daripada ahli-ahli DSTA, Tentera Singapura dan Kejuruteraan ST – menerima Hadiah Teknologi Pertahanan (DTP) 2019 Anugerah Pasukan (Kejuruteraan).

Mereka adalah antara pemenang tiga individu dan tiga pasukan yang telah diberikan anugerah di Majlis Anugerah DTP 2019 yang diadakan pada 25 Okt di Auditorium DSTA.

Berucap di majlis tersebut, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen mengakui sumbangan para saintis dan jurutera dalam memberikan komitmen, dedikasi serta kerja keras bagi menyediakan Singapura dengan pertahanan yang teguh.

"Jika anda meneliti kisah individu (mereka), ia menggambarkan laluan berbeza yang mereka ambil… Namun bagi setiap seorang daripada mereka, semangat dan motivasi yang dikongsi bersama bahawa Singapura sebagai sebuah negara kecil mesti mengatasi kekurangan dari segi saiz dan tenaga kerja melalui penyelesaian teknologi, dan meraih kelebihan melalui inovasi dan imaginasi berani," kata Dr Ng.

Encik Peh (empat dari kiri) dengan pasukannya.

Apabila ditanya perasaannya selepas pasukannya meraih Anugerah DTP 2019, Encik Peh berkata: "Sungguh mengujakan dan memuaskan apabila menyaksikan reka bentuk kami menjadi kenyataan, dan terutamanya apabila kami berjaya melaksanakan Hunter AFV yang mewakili lonjakan dalam keupayaan, dan pada masa yang sama, juga menangani kekangan sumber.

"Hunter AFV melambangkan inovasi dan sumbangan oleh pihak Tentera, DSTA dan Kejuruteraan ST…dan memberikan kami keyakinan untuk masa depan, sambil kami terus mencipta kemajuan bagi menghasilkan keupayaan yang akan melindungi Singapura bagi tahun-tahun yang mendatang."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story