TECHNOLOGY
MELETAKKAN JANGKAAN YANG TINGGI
10 Aug 2017
Baru empat bulan berkhidmat, Sarjan Ketiga (3SG) Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Teo Boon Kai yang berumur 20 tahun itu sudah terlibat dengan pelayaran pertamanya dalam Latihan Kakadu yang dihoskan oleh Tentera Laut Diraja Australia dan ia melibatkan 10 buah negara.
Semasa latihan pada tahun 2016 itu yang melibatkan pelayaran pergi balik Darwin, Australia di dalam Corvette Peluru Berpandu Republik Singapura iaitu RSS Vigour dan RSS Valiant, Sarjan Ketiga (3SG) Teo menghabiskan masa kerjanya dengan mempelajari pengetahuan dan kemahiran asas Pesawat Tanpa Pemandu (UAV).
Ini merupakan sebahagian daripada latihannya dalam kelompok perintis Operator Sistem Tanpa Pemandu NSF di Skuadron 188. Corvette Peluru Berpandu kelas Victory Tentera Laut telah dinaiktaraf dengan Sistem UAV ScanEagle hanya beberapa tahun lepas untuk meningkatkan keupayaan pengawasannya.
"Banyak kali laut menjadi sangat bergelora ketika kami sedang memasang peralatan UAV di geladak belakang. Hal ini menyebabkan kapal sentiasa terumbang-ambing dan menjadikan proses memasang peralatan itu semakin sukar. Akhirnya, kami dapat melihat di balik tugas dengan menolong di antara satu sama lain dengan tugas mereka sebaik sahaja kami menyempurnakan tugas kami sambil memastikan semua orang kekal selamat."
Dia menambah: "Ia bukan senang untuk saya cuba belajar sebanyak mana yang boleh dalam tempoh masa yang singkat sementara menyesuaikan diri dengan keadaan laut (yang sentiasa berubah-ubah). Akan tetapi sebagai sebahagian perintis kelompok Operator Sistem Tanpa Pemandu NSF, saya merasakan suatu tanggungjawab untuk memastikan saya berbuat yang terbaik bagi menjamin kejayaan legasi baru ini."
Hari ini, Sarjan Ketiga (3SG) Teo dan rakan sekumpulannya ialah Operator Sistem Tanpa Pemandu yang berkelayakan dan mereka meletakkan jangkaan yang tinggi bagi kelompok-kelompok NSF masa hadapan.
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.


