MILESTONES

KOMANDO MENGGONDOL GELARAN UNIT TEMPUR TERBAIK UNTUK KE-19 BERTURUT-TURUT

28 Jun 2022

BATALION KOMANDO PERTAMA MENANDAKAN ULANG TAHUN KE-50NYA DENGAN KEMENANGAN UNIT TEMPUR TERBAIK KE-36.

28jun22news1_photo1

Story by

Photos by


Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) menggondol gelaran Unit Tempur Terbaik dalam Pertandingan Unit Tempur Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) untuk kali ke-19 secara berturut-turut.

Pertandingan – yang diperkenalkan pada 1969 – mengiktiraf unit yang gemilang dalam bidang kesediaan tempur, kecekapan operasi dan kecemerlangan pentadbiran.

Dilatih untuk beroperasi jauh di dalam wilayah musuh, komando SAF terkenal dengan kemahiran tinggi mereka dalam operasi khusus seperti misi udara, peninjauan dan serbuan.

"Kemenangan ini mengesahkan usaha kami tahun demi tahun," kata Pegawai Pemerintah Mejar (MAJ) Tan Rui Lin. "Kami tidak menganggap kami akan menang setiap tahun, malahan, kami sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk menambah baik tahun demi tahun."

MEJ Tan gembira kerana 1 CDO Bn telah meneruskan tradisi kecemerlangan ini sempena menyambut ulang tahun battalion yang ke-50 pada tahun ini.

Kekuatan utama batalion itu, katanya, adalah keupayaan mereka untuk mengekalkan amalan terbaik mereka pada setiap tahun, di samping meningkatkan diri mereka pada masa yang sama.

"Sama ada untuk menambah baik amalan semasa kami, atau mencari kaedah baharu dan lebih efektif untuk melakukan sesuatu, (keupayaan ini membantu kami) untuk mengekalkan kesediaan operasi serta memperkukuh kelebihan kami," kata lelaki berusia 31 tahun itu.

MEJ Tan menegaskan batalion itu memfokuskan pada latihan dengan baik, dan pertandingan itu adalah kurang penting dan hanya sebagai pengesahan terhadap kecekapan mereka. "Jika kami menang anugerah itu, anggapkannya sebagai satu bonus."

Komando menjalankan latih tubi operasi bandar.
Bersedia untuk latihan operasi bandar malam.
Menyerbu bilik dalam kegelapan.

Latihan lasak yang membuah hasil

Dalam 1 Cdo Bn, askar-askar terpaksa menjalani beberapa latihan yang paling menjerihkan dalam Tentera Darat.

"Sememangnya, dengan latihan yang kami lalui, saya akan berasa agak letih pada penghujung minggu," kata Sarjan Kedua (2SG) Dylan James Mc Kaige, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).

"Saya tidak boleh meluangkan masa pada hujung minggu dengan keluar bersama-sama rakan atau keluarga, kerana saya perlukan masa itu untuk berehat, relaks dan bersiap sedia untuk minggu depan (latihan)," jelas anggota berusia 19 tahun dengan panjang lebar.

2SG Dylan berterima kasih kepada ibu bapanya atas sokongan dan pemahaman mereka sepanjang perjalanan NSnya.

Rakan Koperal NSF (KPL) Natarajan Premsekar sering tidak menghadiri acara keluarga dan rakan pada hujung minggu juga. Tetapi apabila dikenang semula, dia berasa ia suatu pengorbanan yang berbaloi.

"Memenangi anugerah ini menandakan kami bersedia untuk tempur," kata doktor detasmen berusia 20 tahun itu. "Saya berasa sangat bangga dan lega kerana kami telah berusaha sedaya upaya sejak tahun lalu, beraksi dalam banyak misi di medan lapangan."

Latihan komando telah menjadikan KPL Natarajan seorang yang lebih kuat dan tabah.

Muncul lebih teguh

Bagi 2SG Dylan, apa yang mendorongnya untuk terus mengharungi pasang surut latihan komando adalah rakan kerahannya yang dikenalinya sejak menjalani kursus Latihan Asas Tentera.

Mereka akan saling membantu membawa beban supaya mereka semua boleh melengkapkan latihan di medan lapangan bersama-sama, katanya. Pengalaman yang dikongsi ini telah mengeratkan lagi ikatan hubungan mereka.

"Saya sentiasa bersama mereka dari awal hingga ke akhir perjalanan NSF saya, malahan sepanjang Perkhidmatan Negara (Bersedia Secara Operasi) dan (latihan seterusnya), justeru sifat keakraban yang terjalin adalah amat mengujakan," kata Sarjan Mejar Penolong Kompeni itu.

Bagi KPL Natarajan, perkara penting yang diperoleh daripada latihan komandonya adalah menjadi lebih berdaya tahan

"Walaupun adakalanya saya berasa letih, saya tetap akan memberi usaha 100 peratus. Saya tidak akan menjadikan keletihan sebagai alasan untuk berundur diri atau tidak berlatih dengan bersungguh-sungguh."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story