MILESTONES

KOMANDO MEMENANGI ANUGERAH UNIT TEMPUR TERBAIK UNTUK KALI KE-16

24 Jun 2019

Tentera Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) meneruskan  usaha mereka tahun ini dan berjaya memenangi anugerah Unit Pertempuran Terbaik ke-16 berturut-turut di Pertandingan Unit Angkatan Bersenjata Singapura tahun ini.

26jun19_news1-1

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN 

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG


pemenang: 1 Cdo Bn telah memenangi anugerah Unit Tempur terbaik tahun ini, menandakan kemenangan kali ke-16 berturut-turut. (Dari kiri) Pegawai Waran 2 Seah, Sarjan 3 Harshavarman dan Mejar Pwi.
Askar dari 1 Cdo Bn menunjukkan kemahiran roping mereka.
Askar-askar dari 1 Cdo Bn menuruni bangunan berketinggian tujuh tingkat ke bawah dengan kecerunan sebanyak 60 darjah.

Tentera Batalion Komando Pertama (1 Cdo Bn) meneruskan  usaha mereka tahun ini dan berjaya memenangi anugerah Unit Pertempuran Terbaik ke-16 berturut-turut di Pertandingan Unit Angkatan Bersenjata Singapura tahun ini. Ini adalah kemenangan yang ke-33 sejak pertandingan ini bermula pada tahun 1969.

Kepada Mejar Fabian Pwi, Pegawai Pemerintah 1 Cdo Bn, sebab utama kejayaan tahun ini adalah rasa pemilikan yang kuat di dalam unit dan set minda "jangan tinggalkan sesiapa di belakang"  yang telah diterapkan  dalam setiap tentera.

"Adalah penting bahawa setiap tentera mempunyai keyakinan bahawa mereka akan pulang ke rumah dengan selamat, dan unit dan teman mereka sentiasa menjaga mereka," kata Mejar Pwi.

"Keyakinan ini meningkatkan komitmen setiap askar untuk memberikan yang terbaik semasa latihan dan operasi."

Komando adalah pakar dalam operasi khusus seperti operasi udara, peninjauan dan misi serangan. Latihan untuk menjadi Komando telah diketahui sebagai salah satu latihan yang paling sukar dalam Angkatan Bersenjata Singapura.

Latihan adalah sukar tetapi keselamatan tetap menjadi keutamaan. Pegawai Waran 2 (2WO) Seah Zhiquan, Sarjan Regimental Mejar 1 Cdo Bn berkata: "Kami melatih mereka dengan kuat, tetapi yang paling penting, kami melatih mereka secara selamat, realistik dan progresif untuk memastikan mereka dapat mencapai tahap yang ditetapkan. "

Di tengah-tengah latihan yang sukar itu, persahabatan yang kukuh terbentuk. Mengimbas kembali kesukaran berkawad sejauh 72km, Ketua Komando Sarjan 3 S Harshavarman berkata: "Perasaan untuk menyerah kalah ada terlintas di fikiran saya pada pertengahan kawad.

"Tetapi apabila saya melihat sekeliling saya, saya melihat rakan sepasukan berusaha kuat walaupun mereka juga letih dan saya tahu saya tidak boleh berputus asa. Kami memberi semangat kepada satu sama lain dan menghabiskan kawad bersama.

"Setelah menerima beret merah saya setelah selesai berkawad sejauh 72km, saya merasa sangat bangga menjadi anggota dalam keluarga Komando ... dan galakan daripada ibu bapa dan rakan-rakan saya membentuk jati diri saya sekarang."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story