TECHNOLOGY
KERJA BERPASUKAN ADALAH SENJATA RAHSIA MEREKA DALAM MEMERANGI COVID-19
26 Oct 2021
Apabila COVID-19 menular di asrama pekerja asing Singapura tahun lalu, Komuniti Teknologi Pertahanan ditugaskan untuk membantu membendung letusan wabak.
Apabila COVID-19 menular di asrama pekerja asing Singapura tahun lalu, Komuniti Teknologi Pertahanan ditugaskan untuk membantu membendung letusan wabak. Mereka terpaksa berikhtiar untuk meningkatkan keupayaan diagnostik dengan cepat dan selamat bagi mengekang penularan virus itu.
Menimba inspirasi daripada idea Makmal Bergerak Angkatan Bersenjata Singapura untuk pengujian bio-kimia di medan lapangan, pasukan itu mula bekerja di makmal kontena yang mudah alih dan berskala untuk memenuhi permintaan ujian diagnostik harian.
Mereka akan mengambil masa hanya empat bulan untuk menyedia dan mengoperasikan Makmal Pengerahan Hadapan MINDEF (FDL), yang berupaya memberi 10,000 ujian COVID-19 setiap hari.
Diketuai oleh Profesor Madya (A/P) Mahesh Uttamchandani, Pengarah (Perlindungan Tempur dan Program Prestasi) di Institut Penyelidikan Perubatan & Sekitaran Pertahanan (DMERI), pasukan itu dianggotai ahli dari Makmal Nasional DSO (DSO), Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), Direktorat Sistem dan Teknologi Masa Depan, dan Pejabat Kerjasama Teknologi Pertahanan.
Mengendalikan rancangan mereka
Pasukan ini mula-mula menangani reka letak dan reka bentuk aliran kerja FDL dengan mengubah suai protokol sedia ada daripada Makmal Perkhidmatan Diagnostik Klinikal di DMERI DSO.
DSTA kemudiannya dibawa masuk untuk membantu mengenal pasti tapak pengerahan yang berpotensi, menjalankan penilaian tapak dan membina penyelesaian sokongan infrastruktur.
Encik Alvin Wee, Pengurus Program Kanan (Bangunan dan Infrastruktur), DSTA, berkata: "Kami betul-betul menghadapi masalah kekangan masa. Kami memanfaatkan pembinaan luar tapak, di mana beberapa bahagian kontena FDL dipasang di lokasi selain lokasi pemasangan terakhirnya, untuk meningkatkan kecekapan kami."
Tambah pegawai berusia 39 tahun itu: "Kami juga bekerja bersama dengan Pihak Berkuasa Pembinaan Bangunan, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Tenaga Manusia untuk memastikan struktur itu mematuhi piawaian keselamatan."
Memacu inovasi teknikal
Proses kerja FDL didigitasikan sebagai aplikasi mudah alih, untuk mempercekapkan pengurusan dan penjejakan operasi.
Gabungan papan pemuka yang digunakan oleh Pusat Operasi FDL menyediakan kebolehjejakan operasi ujian swab dari hujung ke hujung yang menyeluruh — daripada penerimaan pesanan swab elektronik daripada agensi, kepada penerimaan sampel fizikal, kepada pengujian dan penyerahan keputusan elektronik.
Tambahan lagi, sistem Kecerdasan Buatan untuk analisis Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) telah dicipta untuk membantu penguji mentafsir keputusan ujian. Digelar RAPID: Penganalisis ResoluteIT untuk PCR dengan Pembuat Keputusan Pintar, ini menambah baik kejituan terutamanya semasa operasi yang berlarutan.
FDL juga menggabungkan penggunaan peralatan automatik untuk menggantikan sebahagian daripada proses penyediaan sampel untuk ujian. Ini meningkatkan produktiviti penguji dengan menggaris arus aliran kerja.
Dengan penggunaan automasi, penguji tanpa sebarang latar belakang bioperubatan boleh diambil bekerja, dilatih dan diluluskan dengan cepat dalam tempoh sebulan untuk menjalankan ujian COVID-19 dengan selamat dan yakin. Latihan tenaga kerja dikendalikan oleh pasukan operasi yang terdiri daripada sukarelawan dari seluruh DSO.
Mengatasi cabaran
Tetapi perjalanan pasukan itu tidak semata-matanya mudah. "Kami menghadapi kesukaran untuk mendapatkan reagen apabila talian pembekalan mengalami tekanan sepanjang tempoh letusan wabak," kata A/P Uttamchandani, 41.
Dari segi itu, pasukan itu telah menerima sokongan yang signifikan daripada Kementerian Pertahanan (MINDEF), yang membantu memastikan semua rantaian bekalan yang perlu disediakan.
Direktorat Sistem dan Teknologi Hadapan MINDEF juga bekerja rapat dengan Pejabat Kerjasama Teknologi Pertahanan untuk menyelesaikan mana-mana isu dasar dan kewangan yang dihadapi oleh pasukan tersebut.
Dua FDL awal di Pusat Pameran Changi dan Muzium Tentera Singapura juga telah ditempatkan semula sebagai sebahagian daripada kluster empat di Lapangan Terbang Changi untuk menyokong perjuangan berterusan dalam menangani penularan COVID-19.
Kerja berpasukan kunci kejayaan
Sebagai mengiktirafkan usaha pasukan itu, mereka menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) 2021 Hadiah Teknologi Pertahanan (DTP) pada 26 Oktober. Ditubuhkan pada 1989, DTP dianugerahkan setiap tahun kepada individu dan pasukan yang memberi sumbangan teknologi yang signifikan kepada keupayaan pertahanan Singapura.
Anggota pasukan Dr Sylvie Kwok, 33, Ahli Kanan Staf Teknikal dari DSO, berkata: "Ikhtibar di sebalik pandemik semasa ini, adalah pengalaman yang dihayati daripada projek ini yang bakal menjadi aset bernilai bagi Singapura dalam menangani krisis kesihatan masa depan."
Menurut A/P Uttamchandani lagi kejayaan ini hanya tercapai dengan usaha padu daripada semua orang: "Daripada pengalaman selama setahun ini, saya belajar untuk menghargai kuasa fenomena kerja berpasukan.
"Projek khusus ini telah membuktikan kepercayaan peribadi saya bahawa hasrat boleh tercapai selagi anda tetapkan minda dan berusaha bersungguh-sungguh terhadapnya."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.



