TECHNOLOGY
JURUTERA DRON DSO TERBANG TINGGI
18 Feb 2022
Jurutera pertahanan ini mungkin seorang peminat dron yang paling serius di Singapura.
Jurutera pertahanan ini mungkin seorang peminat dron yang paling serius di Singapura.
Lelaki ini memang amat berminat terhadap penerbangan dan dron. Semasa di sekolah menengahnya, dia telahpun mula mereka bentuk, membina dan menerbangkan pesawat model.
Semasa menuntut di politeknik, dia menerima anugerah perak Tan Kah Kee Young Inventors dengan mencipta bersama sistem dron.
Dengan kepakarannya, dia direkrut dan dilatih untuk menjadi jurulatih juruterbang Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) semasa menjalani Perkhidmatan Negara (NS).
Dia juga belajar menerbangkan pesawat yang sebenar semasa menuntut ijazah kejuruteraan aeroangkasa di Amerika Syarikat.
Pada masa sekarang, KPT (NS) Jonathan Yong, 36 adalah pengarah program robotik udara di DSO National Laboratories, yang menerajui pembangunan UAV bagi Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Dia menganggotai pasukan DSO yang bekerja bersama Tentera Darat, DSTA dan ST Engineering untuk mencipta Veloce 15 (V15) mini-UAV (mUAV) - sistem Berlepas dan Mendarat Secara Menegak Bersayap Tetap hibrid pertama yang direkacipta secara tempatan.
"Saya amat berminat dalam bidang penerbangan sejak kecil lagi," katanya. "Pada masa itu, ia bukan lebih pada dron untuk pengawasan atau fotografi udara, sebaliknya ia lebih terhadap minat dalam penerbangan, keterujaan yang dinikmati apabila kami melakukan 'pertempuran' terbang."
Apakah kehebatan UAV ini?
V15 boleh berlepas dan mendarat secara menegak, menjadikan ia sesuai untuk operasi dalam ruang sempit. Ia juga ada daya tahan yang lebih tinggi berbanding dengan mUAV Army sebelumnya, Skyblade III, dan boleh dikawal 87 peratus lebih jauh dari jarak sejauh 15km.
Dan mUAV yang ringan hanya memerlukan 10 minit untuk dipasang di medan lapangan.
"Ini membolehkan SAF mengumpul risikan dengan lebih pantas, dan juga bertindak balas terhadap ancaman dengan lebih berkesan," kata KPT (NS) Yong, yang berkhidmat sebagai pegawai tenaga kerja atau S1 batalion NS.
Mengatasi halangan
Pembangunan V15 yang bermula pada 2015, mengambil tempoh tiga tahun untuk disiapkan oleh KPT (NS) Yong dan rakan-rakannya.
Sepanjang perjalanan, mereka terpaksa mengatasi bermacam-macam rintangan – antaranya semasa demonstrasi penerbangan luar negara 2018. Prototaip V15 membuat penurunan pantas yang tidak diduga, lantas menyebabkan pendaratan keras.
"Kami sebenarnya gagal teruk di depan KPE kami," kata KPT (NS) Yong, pada masa itu, juruterbang ujian.
Akhirnya, pasukan itu menemui punca masalah dan menyediakan penyelesaian.
Pengalaman itu tidak menghalang pasukan daripada mengambil "risiko yang terhitung" dalam usahanya untuk membuat inovasi, kata KPT (NS) Yong.
"Semenjak itu, setiap kali kami menghadapi cabaran, kami berasa yakin, kami boleh menanganinya."
Tambahnya lagi: "Dalam tugasan kami, kami tidak berjaya setiap kali; kegagalan yang dihadapi sepanjang jalan membantu kami untuk memajukan diri."
Cabaran kejuruteraan
Cabaran utama yang dihadapi oleh anggota pasukan adalah semasa mencipta UAV yang berdaya tahan lama serta keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak.
Secara tradisinya, sekiranya anda inginkan UAV yang boleh terbang untuk masa yang panjang, anda bina UAV sayap tetap, jelas KPT (NS) Yong.
Sebaliknya, sekiranya anda inginkan keupayaan berlepas dan mendarat secara menegak, anda harus bina UAV sayap putar, yang mempunyai daya tahan yang lebih singkat.
Tetapi selepas berusaha keras selama bertahun-tahun, para jurutera DSO berjaya membina mUAV sayap tetap yang boleh berlepas dan mendarat secara menegak, dengan ketahanan yang lama sehingga tiga jam – salah satu yang paling panjang dalam golongannya.
Ia dijayakan dengan adanya penemuan penyelidikan dan pembangunan mereka dalam sistem aerodinamik dan pendorong, tambahnya.
Mencari penyelesaian yang mesra alam
Setiap kali KPT (NS) Yong menghadapi masalah kejuruteraan yang sukar, dia menoleh ke arah alam semula jadi untuk mendapat ilham.
"Lebih-lebih lagi dalam bidang penerbangan, kami boleh mendapat ilham dengan memerhati bagaimana burung menggaris arus diri mereka, dan kami boleh mengikut gaya mereka untuk menjadikan perkakasan kami lebih efisien," katanya.
Dia juga memanfaatkan kepakaran jurutera dan penyelidik di seluruh DSO, dan berganding bahu dengan para penyelidik dari universiti tempatan.
Untuk mengikuti penemuan dan perkembangan baru di serata dunia, dia sering membaca berita tentang teknologi.
Detik-detik paling hebat dalam kerjayanya setakat ini? Menyaksikan kemunculan V15 untuk pertama kalinya di Exercise Forging Saber di Amerika Syarikat tahun lepas.
"Menyaksikan hasil usaha pasukan melancar naik ke langit, itulah yang memberi kegembiraan dan keterujaan kepada saya," katanya.
"Saya berharap dapat membangunkan sistem robotik UAV generasi seterusnya untuk SAF."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

