MILESTONES
Invincible dalam ombak laut
01 Apr 2019
Tentera Laut Republik Singapura (RSN) telah melancarkan kapal selam kelas Invincible pertama yang telah disesuaikan sepenuhnya.
Tentera Laut Republik Singapura (RSN) telah melancarkan kapal selam kelas Invincible pertama yang telah disesuaikan sepenuhnya.
Kapal perang musuh akhirnya mula bertindak bersedia untuk melancarkan peluru berpandu. Tetapi tanpa diketahui oleh anak kapalnya, sebuah kapal selam telah meneliti pergerakannya dalam diam selama berhari-hari, dan melepaskan torpedo terlebih dahulu.
"Torpedo semakin hampir!"
Amaran pengesanan sudah terlewat, dan kapal perang musuh meletup bagaikan bebola api.
Ini adalah kehebatan kuasa tembak yang dimiliki oleh Invincible, kapal selam RSN yang terbaharu.
Kapal selam kelas-Invincible atau Jenis 218SG buatan Jerman direka untuk mengendalikan operasi di perairan tropika Singapura yang cetek dan sentiasa sibuk. Ia boleh bertahan di dalam air jauh lebih lama dan boleh membawa lebih banyak senjata daripada kapal selam Tentera Laut yang ada sekarang.
Puan Ivy Ng, isteri kepada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen, melancarkan kapal selam Invincible di limbungan kapal thyssenkrupp Marine Systems di Kiel, Jerman, pada 18 Februari. Ia akan menjalani siri ujian laut sebelum dihantar ke Singapura pada tahun 2021.
Semasa di upacara pelancaran, Dr Ng menjelaskan bahawa kapal selam baharu itu akan meningkatkan kemampuan Tentera Laut dalam melindungi saluran komunikasi laut Singapura.
"Semua orang tahu bahawa Singapura berada di tengah-tengah dua saluran komunikasi laut yang paling sibuk: Laut China Selatan dan Selat Melaka.
"Ramai akan menganggap perkembangan oleh RSN ini sebagai jaminan bahawa RSN mampu menjalankan tugasnya dalam memastikan saluran komunikasi laut kami sentiasa terbuka kerana ia adalah sangat penting untuk perdagangan laut."
Invincible merupakan kapal selam pertama daripada empat kapal selam Jenia 218SG yang akan dibina untuk Singapura. Tiga kapal selam yang lain- Impeccable, Illustrious and Inimitable - masih dalam pembinaan. Sesudah siap, mereka akan menggantikan kapal selam Tentera Laut yang telah beroperasi selama lebih dari 20 tahun.

Memahami Keperluan Singapura
RSN kini mengoperasikan empat kapal selam yang dibersihkan - dua kapal kelas Challenger dan dua kapal kelas Archer - yang diperoleh dari Sweden. Kapal-kapal selam ini dibina pada tahun 1960 dan 1980.
Setelah dua dekad mengendalikan operasi kapal selam ini telah membolehkan pengoperasi kapal selam RSN mempelajari prinsip kerja sistem kapal selam.
Mereka telah memperoleh wawasan bernilai mengenai apa yang diperlukan untuk membolehkan kapal selam beroperasi di perairan serantau. Dari situ, mereka boleh menyesuaikan kapal selam yang baharu untuk memenuhi keperluan mereka.
"(Perkara penting yang kami beri keutamaan adalah) lalu lintas dan kedalaman air yang ada untuk kami," jelas Kolonel (COL) Teo Chin Leong, 46, Pegawai Pemerintah Skuadron171, unit kapal selam RSN.
"(Jenis 218SG dilengkapi dengan) sensor yang lebih baik yang membantu kami 'melihat', atau lebih tepatnya, 'mendengar' lebih jauh, (untuk) memantau kawasan persekitaran kami dengan lebih rapi... Kami juga ada lebih banyak automasi yang boleh membantu dalam navigasi dan pergerakan kami. Ini adalah teknologi yang telah kami perkenalkan untuk membantu kami beroperasi dengan lebih berkesan di kawasan serantau kami."
"(Jenis 218SG dilengkapi dengan) sensor yang lebih canggih yang boleh membantu kami 'melihat', atau lebih tepatnya, 'mendengar' lebih jauh, (untuk) memantau kawasan persekitaran kami lebih rapi."
- said Dr Ng, Minister of Defence
Keupayaan yang lebih kuat
Kapal selam kelas Invincible juga adalah lebih letal, membawa rangkaian senjata yang lebih besar. Dilengkapi dengan Sistem Rejangan Bebas Udara berdasarkan sel bahan api, yang mampu bertahan dalam air 50 peratus lebih lama daripada kapal selam Tentera Laut yang ada sekarang.
Kapal selam baharu ini akan dikendalikan oleh 28 anak kapal, sama seperti kapal selam Tentera Laut sekarang.
Sistem automasi dan penentu akal yang canggih dalam kapal membolehkan bot-bot baharu ini dijalankan dengan giliran pengawasan tiga atau empat jam (daripada dua pengawasan enam jam), yang membolehkan kru banyak berehat dan bertahan lebih lama di dalam air,” kata KOL Teo.
Sistem canggih — yang merangkumi analitik data dan enjin sokongan keputusan yang dibangunkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) — membantu anak kapal selam untuk bertindak dengan lebih pantas.
Contohnya, penghitungan data dapat dilakukan oleh komputer, membolehkan anak-anak kapal menumpukan perhatian dalam menyemak dan dan memahami jawapannya.
Tambah En Ong Li Koon, Pengarah Sistem Tentera Laut, DSTA, sistem canggih memungkinkan kru untuk mengendalikan pelbagai misi dengan lebih meluas. "(Mesin sokongan membuat keputusan) akan membolehkan mereka memahami dan mengumpulkan semua maklumat, dan mengutamakan perkara yang harus dilakukan terlebih dahulu."

Reka Bentuk yang Lebih Baik
Kapal selam baharu telah disesuaikan secara ergonomik untuk susuk badan orang Asia. Sebagai contoh, kru RSN boleh mencapai semua injap dan butang di dalam kapal selam dengan mudah.
"Ukuran dan ketinggian kami orang Asia adalah berbeza dengan orang Kaukasia. Ini turut dipertimbangkan dalam reka bentuknya, "kata Pakar Tentera (ME) 3 Simon Oh, 42, juragan Invincible.
Kapal selam baharu ini dilengkapi dengan tempat tinggal yang lebih besar dan lebih banyak bilik mandi dan tandas. Setiap anak kapal akan mempunyai tempat tidur masing-masing. Terdapat juga lebih banyak ruang simpanan untuk bahan makanan supaya chef boleh menyediakan lebih banyak pilihan menu.
Untuk memperkemas aliran kerja dan komunikasi, kapal selam dirancang sedemikian rupa supaya penjaga (untuk kejuruteraan, fungsi tempur dan senjata) dapat ditempatkan bersama di satu tempat.
Dalam kapal selam Tentera Laut sekarang, penjaga dikerahkan di tiga lokasi yang berbeza.
"Tiada halangan fizikal, justeru komunikasi adalah secara langsung, dan keputusan boleh diperoleh dengan lebih cepat," tambah ME3 Oh.

Azam untuk Cemerlang
Anak kapal selam RSN telah mencapai kecemerlangan dalam latihan luar negara mereka. Di kalangan mereka adalah Pegawai Pemerintah Invincible, Leftenan Kolonel (LTC) Jonathan Lim, yang lulus dalam kursus pegawai pemerintah kapal selam Jerman pada tahun 2016.
Bukan sahaja dia perlu segera membiasakan diri dengan bot Jerman, malahan dia juga perlu menangani rintangan bahasa kerana anak-anak kapal akan berbincang dalam bahasa Jerman sebelum melaporkan kepadanya dalam bahasa Inggeris.
Dalam satu latihan, dia terpaksa memastikan agar kapal selamnya dapat mengelak pengesanan daripada beberapa kapal perang. Cabarannya? Dia perlu membuat keputusan tanpa bantuan komputer atau input daripada anak-anak kapal, dengan hanya bergantung pada pertimbangannya dan apa yang dapat dilihat melalui periskopnya.
Atas kejayaannya dalam latihan dan juga sepanjang tempoh kursusnya, dia dianugerahkan Command Star, penghargaan yang lazim diberikan kepada pegawai Jerman yang mencapai standard prestasi tinggi yang ditetapkan oleh Tentera Laut Jerman.Pelatih asing seperti LTC Lim hanya diharapkan agar memenuhi standard antarabangsa, yang mempertimbangkan ketidakbiasaan mereka dengan bahasa Jerman dan beroperasi dalam kapal selam Jerman.
"Ini merupakan suatu pengakuan bahawa prestasi saya adalah setaraf dengan mereka, mampu melakukan tugasan mengikut standard mereka, walaupun saya berasal dari Singapura, dan (tidak) pernah sebelum ini melangkah masuk ke kapal selam mereka hingga hari pertama kursus," katanya.

Harapan Tinggi
Anak-anak kapal RSN akan memulakan latihan operasi di kapal Invincible, setelah selesainya ujian-ujian laut, sebelum ia dihantar ke Singapura.
28 kru perintis Invincible yang merangkumi anak-anak kapal selam senior dan muda, telah terbang berulang-alik dari negara Jerman untuk sesi-sesi latihan dalam mengendalikan pelbagai sistem kapal selam, sementara pembinaan Invincible dijalankan. Mereka kemudian akan berpangkalan di negara Jerman sehingga dua tahun untuk latihan intensif.
Harapan untuk kru perintis adalah menjulang tinggi, memandangkan mereka akan mengoperasikan kapal selam yang pertama.
Tetapi LTC Lim berasa teruja untuk menghadapi cabaran itu. Dia mahu kru perintis menetapkan penanda aras yang tinggi untuk membina kru masa depan.
"Ini adalah suatu kemampuan baharu dan langkah baharu (untuk Tentera Laut). Dan sambil kami mengorak langkah ini, pastikan ia langkah ke hadapan, (untuk mewujudkan) asas yang lebih kukuh (agar kami boleh) terus maju," kata pemain berusia 38 tahun itu.
Latihan Realistik



Anak-anak kapal selam RSN mesti beroperasi dengan tepat di perairan yang cetek dan sibuk di rantau ini. Keseluruhan latihan kapal selam ini akan berlangsung selama sembilan bulan dan sebelum mereka menyerah kunci kapal selam yang sebenar, mereka perlu melakukan dengan baik dalam latihan simulator di Pusat Latihan Kapal Selam (STC).
Simulator-simulator ini di STC direka cipta untuk operasi kapal selam kelas Challenger dan kelas Archer yang sedia ada. Simulator latihan baharu yang disesuaikan untuk operasi kapal selam kelas Invincible kini sedang dibina.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

