TECHNOLOGY
DUA UNTUK TERBANG: ADIK BERADIK MEMENANGI ANUGERAH DALAM PERTANDINGAN MESIN TERBANG
25 Mar 2019
Apabila adik-beradik Koh Niann Tsyr, 16, dan Koh Tze Wang, 14, mengatakan mereka akan "terbang bersama", mereka tidak bermaksud mereka akan pergi bercuti - mereka sebenarnya membina dan mengendalikan mesin terbang sendiri!
Apabila adik-beradik Koh Niann Tsyr, 16, dan Koh Tze Wang, 14, mengatakan mereka akan "terbang bersama", mereka tidak bermaksud mereka akan pergi bercuti - mereka sebenarnya membina dan mengendalikan mesin terbang sendiri!
Membesar di rumah yang dipenuhi dengan model pesawat kepunyaan bapa mereka yang merupakan peminat penerbangan, Tze Wang mula meminati bidang aeronautik dari usia muda.
Beliau menyertai Kelab Penerbangan Pemuda Singapura semaa berada di Sekolah Menengah Kompassvale tahun lepas. Beliau juga mula menyertai Pertandingan Singapore Amazing Flying Machine (SAFMC), dan memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan yang berkaitan dengan aeronautik.
Melihat abangnya mengembangkan hobinya sehingga dapat memenangi pingat, Niann Tsyr, seorang pelajar sekolah menengah tingkatan empat di Sekolah Menengah Greendale, mula untuk mengetahui dengan lebih lanjut, dan seterusnya mula meminati dinamik penerbangan dan aeronautik juga.
Dengan dorongannya, dia memutuskan untuk brsama-sama abangnya bertanding di SAFMC pada tahun ini, sambil mewakili sekolah masing-masing.
Pasukan masing-masing telah berjaya di SAFMC pada tahun ini. Tze Wang, yang mengambil bahagian dalam empat kategori, membawa pulang banyak pingat. Pasukannya juga mendapat penghormatan untuk menjadi satu-satunya pasukan sekolah menengah di Kategori D1 (Semi-Autonomi), di mana mereka mendapat tempat ketiga. Kategori ini biasanya melihat penyertaan daripada politeknik dan universiti.
Pasukan Niann Tsyr menduduki tempat pertama dalam "Anugerah Kebanyakan Kreatif" untuk Kategori B (Unpowered Gliders), mendahului pasukan abangnya.
"(Mengambil bahagian dalam SAFMC) membantu saya memperluaskan pengetahuan saya mengenai aeronautik. Saya juga belajar banyak tentang kerja berpasukan dan ketahanan, terutamanya apabila mengambil bahagian dalam pelbagai kategori yang berlainan," katanya.
Walaupun menjadi "pesaing" dalam pertandingan tersebut, tiada persaingan sengit antara keduanya, kata Tze Wang. "Kami perlu belajar bersama dan kami saling menggalakkan antara satu sama lain, kami juga turut berkongsi tip. Adalah sangat membantu untuk berkongsi tips dengan orang lain," kata pelajar tingkatan dua menengah itu.
Kerjasama mereka amat berhasil dan adik-beradik ini telah meletakkan sasaran mereka lebih tinggi dan berharap dapat menerbangkan pesawat yang sebenar bersama-sama suatu hari nanti.
Pada 23 Mac, ibu-bapa Niann Tsyr dan Tze Wang memandang dengan bangga apabila mereka menerima pingat pada majlis penyampaian hadiah yang diadakan di ITE College Central.
Memasuki edisi ke-11, pertandingan tahun menarik lebih daripada 490 pasukan dengan 1,788 peserta dari Singapura dan daripada luar negara.
Dalam ucapan beliau, Menteri Kanan Negara Kementerian Pertahanan Heng Chee How mengingatkan para peserta agar sentiasa mempunyai sifat ingin tahu dan mencari penyelesaian yang kreatif bagi menyelesaikan masalah harian.
"Ini adalah sifat ingin tahu yang telah membuka jalan bagi bidang seperti teknologi dron untuk mencapai tahap yang lebih tinggi (dan) menguatkan beberapa sumbangan yang paling inovatif kepada masyarakat pada hari ini ... Akhirnya, ini adalah rasa ingin tahu yang membawa kepada inovasi.
"Inovasi adalah sesuatu yang Singapura, dan sememangnya, negara-negara di seluruh dunia, sangat bergantung kepada untuk maju ke hadapan," katanya.
Satu kategori baru, FPV (First-Person View) Flight (Micro), telah diperkenalkan pada tahun ini untuk mencerminkan populariti teknologi FPV yang semakin meningkat dalam pesawat penerbangan. Hadiah utama untuk kategori baru ini dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Menengah Saint Andrew.
Ketua pasukan Wong Jin Rong berkata bahawa pengalaman itu memberikan pengetahuan yang baik dalam pelbagai jenis pesawat dan cara pemilihan yang tepat untuk memenuhi keperluan tertentu: "Sebagai contoh, sementara pesaing kami menggunakan dron bersaiz 120mm, di mana jauh lebih berkuasa, (kami) menggunakan dron bersaiz 65mm yang kecil dan lebih tangkas - ia dapat melakukan belokan yang lebih ketat dan (dengan demikian) mengurangkan masa pusingan secara signifikan.”
Pelajar berusia 14 tahun itu menambah: "Oleh itu, dalam pertandingan anda tidak hanya berfikir untuk terbang dan memenangi perlumbaan tetapi anda juga perlu bertindak secara strategik."
Bagi pasukan dari Politeknik Singapura, SP_AERO_YPMA, pengalaman mereka yang terbukti berguna.
Tidak berpuas hati dengan pingat perak mereka pada tahun lepas, pelajar tahun akhir Sarjana Elektronik Aeroangkasa, Jerriel Wai, Matthew Tan dan David Tan, semuanya berusia 20 tahun, kembali untuk bertanding dan akhirnya membawa pulang juara Kategori D1. Dalam kategori ini, para peserta perlu merancang dan membina platform udara kecil separa autonomi untuk melaksanakan pelbagai tugas dalam lapangan dalaman yang terbuka.
Pertandingan itu bukanlah mudah, kata ketua pasukan Jerriel. Pasukan itu harus membina sebuah dron yang boleh mengambil muatan kecil dan meletakkannya dengan tepat pada dataran pendaratan yang diperuntukkan.
"Elektromagnet perlu disejajarkan dengan sempurna, jadi kami perlu mengukur dimensi dengan sangat tepat. Kami terpaksa berlatih dengan banyak – ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendarat dengan tepat dan mengambil muatan," katanya.
"Ini merupakan peningkatan yang baik dari (keputusan kami) tahun lepas. (Kami telah menunjukkan bahawa) dengan ketekunan dan keyakinan, kita boleh memenangi anugerah kejohanan," katanya.
Bagi pelajar tahun kedua Politeknik Nanyang dan peserta buat kali pertama, Santhosh Kumar, perbezaan terbukti menjadi aset penting dalam pertandingan ini. Tidak seperti rakan sepasukannya Adrian Wong dan Low Jia Hwee, yang juga pelajar Sistem dan Pengurusan Aeroangkasa, beliau adalah pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dengan Reka Bentuk Eco.
Terima kasih kepada kemahirannya yang unik, pasukannya memenangi pingat di tempat ke-5 dalam Kategori D1.
"(Sebagai seorang jurutera elektrik) saya tahu tentang pemasangan bahagian-bahagian mesin, jadi saya boleh membantu dalam memasang bahagian-bahagian mesin dan membeli bahagian-bahagian yang diperlukan," kata pelajar berusia 19 tahun itu.
"(Sebaliknya), mereka banyak mengajar saya mengenai dron supaya saya mempunyai pemahaman yang lebih komprehensif dan kami boleh membuat dron kami dengan lebih baik," tambahnya lagi.
Dianjurkan oleh DSO National Laboratories, pertandingan yang dijalankan setiap tahun ini mencabar kemahiran saintis-saintis muda dan jurutera untuk bertanding mencipta dan membina mesin terbang yang paling kreatif. Ia adalah platform untuk pelajar dan pemuda untuk mengasah kemahiran mereka dalam sains penerbangan dan memulakan karier mereka dalam bidang ini.
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.







