TECHNOLOGY

DATUK ADALAH SEORANG PAHLAWAN

07 Aug 2017

07aug17_news-1.JPG

// Cerita oleh Ong Hong Tat 

// Foto oleh Chua Soon Lye


Beliau mengenali tentera seluruh hidup beliau. Beliau membesar di dalam kem di mana keluarga beliau mempunyai kuarters mereka sendiri. Ayah beliau merupakan Sarjan Mejar Rejimen (RSM) dalam Kor Relawan Singapura (SVC) dan seorang yang menakutkan.

"Saya dengar banyak cerita bagaimana senjata anggota-anggotanya terjatuh kerana mereka ketakutan apabila dimarahi dengan keras olehnya di medan perarakan!" kata Mejar (Ret) Ibrahim Bulat tentang ayah beliau. Beliau sendiri sudah kenal dengan kemarahan menakutkan ayah beliau kerana banyak kali menghadapinya ketika membesar. Disebabkan oleh pengaruh ayah beliaulah yang beliau pada akhirnya menyertai tentera, kongsi Mejar (Ret) Ibrahim.

Selepas mendaftar dengan Kor Relawan Singapura pada tahun 1963, beliau mendapati diri beliau dikerah untuk menghadapi rusuhan kaum yang meletus pada tahun berikutnya dan juga semasa tempoh Konfrontasi teruk. Konfrontasi menggambarkan Presiden Indonesia yang pada masa itu membangkang pembentukan Malaysia.

Sebab-sebab rusuhan itu terasa asing bagi Ibrahim yang masih muda ketika itu kerana beliau membesar dengan kawan-kawan yang berbangsa Cina, Serani, Melayu dan Sikh. "Bagi saya, Ini Singapura – semua kaum hidup dengan harmoni bersama-sama."

Melihat kembali terhadap tiga dekad perkhidmatan beliau dan banyak mana Angkatan Bersenjata Singapura telah mara ke depan, Mejar (Ret) Ibrahim berkata: "Saya fikir kita telah berjaya tetapi ia juga penting untuk menyampaikan mesej ini (perlunya untuk mempertahankan) terhadap generasi yang lebih muda." Itulah sebabnya datuk yang berumur 73 tahun dengan 10 orang anak ini memberi ceramah tetap di institusi-institusi pendidikan (sekolah menengah dan institusi pendidikan pos menengah) dan di unit SAF tentang SAF pada masa-masa lalu. Ceramah ini adalah melalui Program Duta Komitmen untuk Melindungi yang mana ahli-ahli Liga Veteran SAF dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara bercakap mengenai peristiwa-peristiwa sejarah yang penting dan operasi-operasi ketenteraan yang lepas dengan menekankan pembelajaran penting yang dipelajari ketika menghadapi kesusahan. "Saya akan teruskan selagi saya boleh kerana ianya penting."

 

 

Mejar (Ret) Ibrahim memakai pingat yang dianugerahkan kepada beliau atas perkhidmatan beliau selama berdekad-dekad sebagai seorang askar dari Angkatan Bersenjata Singapura yang masih baru. Beliau merupakan salah seorang jurulatih pengambilan pertama bagi Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa yang diambil berkhidmat pada tahun 1967.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story