PEOPLE
DARIPADA MINGGU NERAKA KEPADA DAPUR NERAKA
29 Apr 2020
“Masa sukar tidak berpanjangan, namun mereka yang tahan lasak boleh bertahan. Masa sukar yang kita sedang hadapi ini bukanlah sesuatu yang mana-mana individu atau syarikat boleh mengatasi sendirian."
“Masa sukar tidak berpanjangan, namun mereka yang tahan lasak boleh bertahan. Masa sukar yang kita sedang hadapi ini bukanlah sesuatu yang mana-mana individu atau syarikat boleh mengatasi sendirian."
Fikiran inilah yang mendorong Sarjan 1 (1SG) (NS) Lee Jin Rong, yang dulunya penyelam angkatan laut dan kini menjual donburi untuk berfikir di luar kotak bagi mengharungi cabaran terhadap perniagaannya kesan penularan COVID-19 (Penyakit Koronavirus 2019) .
Antara salah satu usahanya, dia bekerjasama dengan pemandu limusin yang telah hilang pekerjaan untuk membuat penghantaran.
Syarikatnya, Bowl Chap, juga memulakan inisiatif bagi menyokong pekerja-pekerja barisan hadapan – mengumpul derma untuk mengedarkan 150 mangkuk nasi dan 170 baucar makan kepada kakitangan Universiti Nasional Singapura, Hospital Besar Singapura dan Hospital Khoo Teck Puat.
Setelah berkhidmat sebagai Anggota Tetap Kumpulan Selam Pembersihan dalam Unit Selam Laut Angkatan Tentera Laut (NDU) selama tujuh tahun, 1SG (NS) Lee telah menyaksikan dan mengatasi banyak cabaran.
Dia telah diaktifkan pada Malam Tahun Baru pada 2014 untuk mengambil bahagian dalam usaha cari dan kesan antarabangsa bagi menjejak penerbangan AirAsia QZ8501 yang hilang.
"Kami terpaksa menggunakan sonar pegang tangan untuk mengesan 'ping' kotak hitam di dalam Laut Jawa dan laut di situ sangat berombak," kata Ketua Selam NDU ketika mengingati semula insiden itu.
"Akhirnya, kami menjumpai beberapa bahagian kapal terbang tersebut. Hati saya berasa pilu melihat mangsa-mangsa yang masih memakai tali pinggang keselamatan di kerusi. Ia benar-benar menyedihkan.
"Kami juga berjaya menemui kotak hitam selepas itu. Saya berbangga kerana sekurang-kurangnya kami dapat memberikan pengakhiran kepada keluarga mangsa.”
Pada 2015, dia meninggalkan perkhidmatan tentera demi memenuhi minatnya dalam bidang masakan – mengambil kursus kulinari di Sunrise Global Chef Academy, di mana dia menjalani latihan industri di sebuah restoran-bar Eropah, Tippling Club.
Dia membuka gerai penjaja menjual donburi pada 2018, dengan teman wanitanya (kini isterinya), Lee Pei Sin.
Sebagai seorang penjaja, bekerja selama 16 jam sehari sesuatu yang biasa. "Kadang-kadang saya rasa ia lagi teruk daripada 'minggu neraka' kerana ia tidak akan berakhir. Tetapi saya gembira kerana kerana kami komited," kata anggota berusia 31 tahun itu.
Bowl Chap telah pun berpindah ke premis kedai baru di Fusionopolis, dengan tiga pekerja sepenuh masa yang membantu menjalankan operasi kedainya.
Ke mana sahaja 1SG (NS) Lee pergi, keluarga NDU juga pergi dengannya. Dia selalu menerima kunjungan rakan-rakan bekas penyelam angkatan laut di kedainya sebagai sokongan mereka terhadapnya.
"Semangat persaudaraan seperti dalam NDU memang jarang ditemui. Kami mempercayai satu sama lain dengan sepenuhnya; nyawa kami bergantung kepada semangat ini ketika kami menyertai operasi dalam air," kata1SG (NS) Lee.
Dia mengimbau semula hari terakhirnya sebagai Anggota Tetap di NDU semasa rakan-rakan anggota mengumpul duit untuk menguruskan "bufet sarapan".
"Selepas itu kami pergi berjoging bersama-sama sambil mereka memikul pembesar suara yang memainkan lagi See You Again selama mereka berlari.
"Saya tak malu untuk mengakui bahawa saya menangis pada hari terakhir perkhidmatan saya."
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

