TECHNOLOGY

BERBANGGA DENGAN INOVASI

01 Oct 2017

Projek Hari (Produktiviti dan Inovasi dalam Usaha Harian) PRIDE Kementerian Pertahanan pada tahun ini menyebabkan penjimatan kos lebih daripada $197 juta ketika peningkatan operasi dan produktiviti. Kita lihat pada dua anugerah projek yang telah dimenangi dan bagaimana projek-projek ini membantu menjimatkan tenaga manusia, masa, dan duit.

OCT2017_FeaturePg22_2
Major Ang Wei Hou (pictured far right), Battalion 2nd In-Charge of 2 PDF Signals Unit, demonstrating the DAVION on a tablet.

// Laporan Benita Teo 

// Foto Chai Sian Liang & Kenneth Lin


Mempercepatkan bidang komunikasi

Projek: DAVION – Perintah dan Kawalan

Pemaju: Pasukan Pertahanan Rakyat Kedua (2PDF) Pasukan Sig

Jenis Penjimatan: Masa dan Tenaga Manusia

Anugerah Yang Dimenangi: Projek Terbaik (Operasi dan Latihan)

TIGA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

1 Komunikasi bijak untuk operasi:

Dimajukan bersama-sama dengan ST Electronics (Info-Comm Systems), DAVION merupakan alat komunikasi operasi yang mengandungi satu set aplikasi telefon bimbit yang sedia ada dan peranti telefon bimbit berasaskan Android dengan penyulitan titik ke titik.

2 Lebih cepat dari penghantaran Instagram:

Askar-askar boleh mengambil gambar dan memfailkan laporan kejadian kepada Ibu Pejabat (HQ) dengan cepat apabila menggunakan alat itu. Panglima-panglima juga boleh melihat lokasi askar-askar mereka, membuat panggilan video atau memberi arahan baru dengan cepat. Ini mengurangkan masa komunikasi di antara HQ dan askar-askar sebanyak 95 peratus. Ia juga menjimatkan wang Angkatan Bersenjata Singapura sebanyak $350,000 setahun.

3 Menjaga Keselamatan Negara:

DAVION telah digunakan dalam banyak peristiwa besar termasuklah Perarakan Hari Kebangsaan. Kemudah-alihannya menjadikan ia sesuai untuk operasi dalam bandar. Sekarang ia sedang menjalani percubaan dengan rancangan untuk melancarkan satu lagi DAVION dalam masa 2 tahun.

"Ini adalah projek didorong operasi…2PDF merupakan pemain utama dalam operasi keselamatan dalam negara. Pemprosesan maklumat perlulah cepat kerana apabila sesuatu berlaku, cara kita bertindak akan memberi satu perbezaan penting kepada (hasil) situasi keseluruhan."

-Mejar Ang Wei Hou (dalam gambar disebelah kanan sekali) adalah dari Batalion Kedua yang bertanggungjawab dalam Unit Isyarat 2 PDF ketika menunjukkan cara penggunaan DAVION di dalam tablet. Beliau merupakan sebahagian dari pasukan yang membangunkan sistem itu.

Ketabahan Mendatangkan Kejayaan

Projek: Prosedur Pembaikan Yang Baru Untuk Sistem Bidikan

Pemaju:  Jabatan kejuruteraan Udara dan Logistik (AELD)

Jenis Penjimatan: Duit

Anugerah Yang Dimenangi: Penjimatan dan Penambahan Nilai (SAVE)

Ahli-ahli kru perkhidmatan dari Skuadron 816 (SQN) bersedia untuk menguji sistem laser DSSA.

TIGA PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU

1 Hilang sasaran:

Subpemasangan Bidikan Siang (DSSA) adalah sebahagian dari Sistem Penentuan Pemerolehan Sasaran Dimodenkan Apache AH-64D. Apabila DSSA dari sebuah helikopter rosak selepas suatu pendaratan yang sukar, ia dihantar terus kepada Pengilang Peralatan Tulen (OEM) untuk penilaian kerosakan. OEM tidak dapat menguji bingkai DSSA untuk menentukan kelayakan boleh terbangnya. 
Oleh itu, cadangan mereka adalah menggantikan DSSA dengan kos sebanyak US$1.6 juta ($2.15 juta).

2 Jika ia rosak, hanya baikinya sahaja:

Jurutera Tentera Udara dalam AELD percaya bahawa komponen-komponen yang masih berfungsi boleh dibaiki dan proses pembaikan adalah pada kos yang rendah. Mereka meyakinkan jurutera OEM supaya mereka prosedur pembaikan yang baru.

3 Cara baru dalam membuat sesuatu perkara:

OEM mengemukakan satu prosedur baru apabila bekerjasama dengan Jurutera Tentera Udara selepas setengah tahun. Tentera Udara menjimatkan wang sebanyak $2.08 juta dengan menukarkan hanya bingkai DSSA dan menggunakan semula komponen-komponen yang sedia ada berfungsi.

"Kami mampu melihat komponen-komponen itu dengan lebih mendalam dan mencadangkan kepada OEM (jurutera) untuk menukar struktur serta mengesahkan kelayakan terbangnya. Kamu perlukan pengetahuan kejuruteraan untuk berkomunikasi dan meyakinkan mereka tentang idea itu."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story