MILESTONES
ANGKATAN LAUT REPUBLIK SINGAPURA MEMBUKA PUSAT SIMULASI BERSEPADU YANG PERTAMA, PENTAULIAHAN KAPAL-KAPAL MISI LITORAL YANG TERBARU
26 Sep 2018
Dengan adanya simulator realiti maya milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), masa latihan yang diperlukan anak-anak kapal, Kapal Misi Litoral (LMV) dapat dipendekkan sehingga 60 peratus.
Dengan adanya simulator realiti maya milik Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), masa latihan yang diperlukan anak-anak kapal, Kapal Misi Litoral (LMV) dapat dipendekkan sehingga 60 peratus.
Simulator ini adalah replika Pusat Arahan Bersepadu, lengkap dikelilingi dengan tingkap. Skrin 360-darjah yang dipancar secara berterusan dapat memberi anak-anak kapal dengan pandangan realistik disekeliling kapal.
Mereka boleh mengasah kemahiran pengemudian, teknikal dan tempur – secara individu atau berpasukan – ia adalah persekitaran yang mendalam yang menyerupai keadaan dunia sebenar.
Sebagai contoh, apabila "belayar" menerusi Selat Singapura yang sibuk, anak-anak kapal akan dapat melihat grafik yang dihasilkan oleh komputer seperti kontena dan kapal-kapal dagang dan juga berlatar belakang bangunan-bangunan di bandar.
Mereka juga akan mengalami pergerakan yang melambung-lambung iaitu simulasi keadaan laut yang bergelora, dan juga akan dapat mendengar deruan ribut petir.
"Kami ingin memanfaatkan kegunaan teknologi untuk mengatasi sumber yang terhad supaya menjadi lebih berkesan dan cekap di dalam latihan," kata Leftenan Kolonel Ang Goon Hwee, Pegawai Pemerintah LMV Pusat Simulasi (SIMCEN).
Bertempat di Pangkalan Laut Tuas, LMV SIMCEN – yang diberi nama RSS Daring sebagai penghormatan kepada Kapal-Kapal RSN yang lepas – menempatkan dua simulator. Pusat simulasi baru itu dibangunkan bersama oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA).
Pembangunan dan pembinaan bermula pada 2015, dan mengambil masa selama dua tahun. Seluruh anak-anak kapal LMV telah menjalani latihan di LMV SIMCEN sejak pembukaannya awal tahun lepas.
Pembukaan Rasmi
Pada 26 Sep, Menteri di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Kedua Kewangan dan Pendidikan Indranee Rajah merasmikan pembukaan LMV SIMCEN, dan juga pentauliahan kapal misi litoral (LMV) keempat dan kelima angkatan laut –RSS Justice dan Indomitable – di Pangkalan Laut Tuas.
"Perdagangan maritim menyumbang sebanyak tujuh peratus kepada hasil tahunan kasar dalam negeri Singapura dan mengekalkan 170,000 pekerjaan untuk penduduk Singapura. Oleh itu, peranan angkatan laut di dalam melindungi laluan air Singapura sangat penting bagi pertahanan negara," kata Cik Rajah.
"Angkatan Laut Republik Singapura mengawal jalur komunikasi di laut, menjaga keselamatan laluan masuk percuma ke laut, dan melindungi cara kehidupan kita," kata beliau, menambah program LMV telah menunjukkan kemajuan yang baik pada tahun-tahun yang lepas.
Tidak kurang daripada satu tahun setengah, lima LMV telah mula beroperasi. Ke semua lapan LMV dijangka akan beroperasi pada tahun 2020.
Melihat LMV hanya memerlukan 80 peratus tenaga manusia untuk mengendalikan kapal-kapal patrol, Cik Rajah menyatakan kekurangan penggunaan tenaga manusia meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak kapal, yang telah menjalani latihan bagi membantu mereka dalam menjalankan pelbagai tugas di atas kapal.
Hingga akhir, LMV SIMCEN memanfaatkan penggunaan teknologi, seperti realiti maya dan kecerdasan buatan, untuk mengintegrasi latihan pengemudian, kemahiran teknikal dan peperangan, tambah beliau.
"Ia juga akan menyokong liputan latihan yang penuh…dengan pengalaman anak-anak kapal LMV yang bernilai untuk memastikan kesediaan untuk beroperasi."
Meningkatkan Kerja Berpasukan
LMV SIMCEN merupakan sesuatu kelainan bagi pelayar seperti Pakar Tentera 1 Vincent Ang, salah seorang perintis anak-anak kapal LMV yang pertama iaitu, RSS Independence.
Tidak seperti kapal laut tradisional, LMV menempatkan tiga fungsi kawalan bagi kapal – pengemudian, petempuran dan kejuruteraan – diintegrasikan bersama di pusat kawalan.
Sebelum ini, anak-anak kapal yang mengendalikan setiap fungsi akan menjalani latihan di salah satu daripada tiga simulator. Mereka tidak mempunyai peluang untuk bekerjasama sebelum belayar di atas kapal yang sebenar.
"SIMCEN membawa semua orang untuk berlatih bersama. Menjadi mudah dan cepat untuk mengintegrasi dan berkomunikasi (apabila berada di atas kapal)," kata Pakar Tentera 2 Ang.
Sebagai Ketua Kelompok Sistem Arahan dan Kawalan RSS Indomitable, peranan beliau adalah untuk menggabungkan informasi daripada sensor dan rangkaian data pelbagai kapal untuk membentuk gambaran situasi kepada pasukan komand.
"Aliran data dan pertukaran informasi menjadi mudah (kerana kami berpeluang untuk menjalani latihan bersama-sama di SIMCEN)."
Latihan yang lebih cekap dan berkesan
Dengan dua simulator di LMV SIMCEN, dua kumpulan anak-anak kapal boleh menjalani latihan pada masa yang sama, atau berlatih bekerjasama di dalam misi yang sama.
Anak-anak kapal juga dapat berlatih bekerja di dalam situasi yang tegang dan mendesak yang tidak mungkin dapat direka secara realitinya.
"Cuaca yang melampau, keadaan lalu lintas yang sesak, perejangan dan putus bekalan kuasa – ini adalah di antara keadaan yang tidak boleh disimulasi di laut. Jika dilakukan, kamu telah meletakkan kapal kamu di dalam bahaya," terang Leftenan Kolonel Ye Yiming, Pegawai Pemerintah RSS Justice.
Kecerdasan buatan (AI) di masukkan di dalam binaan simulator LMV untuk membantu pengajar menjalankan situasi latihan yang kompleks. Sebagai contoh, ia dapat menjana lalu lintas kapal-kapal dagang dan memprogram tindakan kapal musuh pada situasi tertentu.
LMV SIMCEN juga boleh mengsimulasi pelbagai situasi untuk menyokong latihan untuk himpitan, pengemudian, dan pengawalan dan penembakan senjata.
Sebelum ini, anak-anak kapal LMV menjalani beberapa latihan himpitan di laut selama 6 jam. Di pusat simulasi, mereka boleh melakukannya dalam satu jam.
Memakai gogal realiti maya yang menyerupai binokular yang digunakan di atas kapal, anak-anak kapal dapat berlatih pengukuran jarak diantara LMV dan tempat berlabuh, dan memberi arahan yang tepat kepada anak-anak kapal pengemudian semasa melakukan himpitan.
Mengasah Kemahiran
Ia mengambil masa selama lapan jam beserta 23 anak-anak kapal untuk LMV belayar di Laut China Selatan untuk latihan penembakan senjata.
Pakar Tentera 2 Barath S/O Selvaramah, bertanggungjawab melatih pengendali senjata di RSS Sovereignty, menyedari ada anak-anak kapal yang muda kadang kala mengalami kebimbangan semasa menjalani latihan penembakan senjata buat pertama kalinya, dan gagal untuk bertindak apabila tembakan tidak menjadi atau peluru tidak mengena sasaran.
"Dengan (membuat latihan) di simulator, mereka mengetahui bagaimana hendak bertindak. (Jadi) apabila mereka menjalani latihan penembakan senjata yang sebenar, mereka akan lebih bersedia," kata Penyelia Sistem Senjata yang berumur 28 tahun itu.
Bagi Pakar tentera 1 Sachel Teo, simulator LMV membenarkan beliau untuk belajar secara "percubaan dan kesilapan" di dalam situasi yang selamat.
Peranan beliau sebagai pengendali sistem marin adalah untuk memantau mesin-mesin di atas kapal RSS Justice berada di dalam keadaan baik. Gadis berusia 24 tahun ini juga bertugas sebagai jurumudi kapal.
Melalui latihan simulator, beliau belajar untuk mengatasi pelbagai masalah (seperti putus bekalan kuasa, kegagalan perejangan, pengemudian dan mesin) yang boleh dihadapi oleh kapal di laut.
"Ia membenarkan saya dan anak-anak kapal untuk membina sinergi berpasukan semasa berhadapan dengan pelbagai situasi," tambah beliau.
ALSO READ IN MILESTONES
MINDEF/SAF melancarkan ladang solar pertama di pangkalan udara, diunjurkan memberikan penjimatan kos $1.9 juta setahun
30 Jan 2026
Ladang solar itu terletak di Pangkalan Udara Sembawang, yang turut menampilkan inisiatif hijau lain seperti bangsal basuh helikopter automatik dan penggunaan eko-asfalt untuk latihan pembaikan landasan.
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025










