WALAUPUN MENGHADAPI SINDROM TOURETTE, DIA BERHARAP BOLEH MEMIMPIN DAN MENGINSPIRASIKAN ORANG LAIN

17feb21_news1_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17feb21_news1_photo1.jpg?sfvrsn=803323e3_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WALAUPUN-MENGHADAPI-SINDROM-TOURETTE-DIA-BERHARAP-BOLEH-MEMIMPIN-DAN-MENGINSPIRASIKAN-ORANG-LAIN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/WALAUPUN-MENGHADAPI-SINDROM-TOURETTE-DIA-BERHARAP-BOLEH-MEMIMPIN-DAN-MENGINSPIRASIKAN-ORANG-LAIN
WALAUPUN MENGHADAPI SINDROM TOURETTE, DIA BERHARAP BOLEH MEMIMPIN DAN MENGINSPIRASIKAN ORANG LAIN
17 Feb 2021 | PEOPLE

WALAUPUN MENGHADAPI SINDROM TOURETTE, DIA BERHARAP BOLEH MEMIMPIN DAN MENGINSPIRASIKAN ORANG LAIN

// KISAH THRINA THAM

// FOTO ONG JI XUAN

Pakar baru 3SG Choo di ALTI, di mana dia dilatih untuk menjadi komander seksyen.

Sentapan pertama yang tidak terkawal bermula bagi Sarjan ke-3 (3SG) Dexter Choo pada usia 14 tahun. Pada masa itu, dia tidak memahaminya – dan begitu juga dengan keluarga dan rakannya.

"Ia amat menyukarkan, kerana mereka akan berkata, 'Dexter, kenapa kamu ni? Ini satu tabiat buruk, cuba kawal diri kamu. '"

Setahun kemudian, dia akhirnya didiagnos menghidap sindrom Tourette. Gangguan neurologi ini menyebabkan seseorang melakukan pergerakan yang tidak disengajakan dan berulang atau bunyi bising, yang dikenali sebagai tik.

Keadaannya menonjolkan dirinya dan sering dia digerasi rakan-rakan sekolahnya.

Sebenarnya, gangguan tiknya menjadi begitu disruptif sehingga dia memohon untuk diasingkan ke bilik lain untuk menduduki peperiksaannya supaya tidak mengganggu penuntut lain.

Semasa mendaftar untuk Perkhidmatan Nasional (NS), 3SG Choo mengambil keputusan untuk tidak membiarkan keadaannya menjadi batu menghalang. Dia berfokus untuk menjadi aset kepada rakan sekerjanya dalam apa jua tugasan yang diberi.

Pada 17 Februari, dia berjaya menamatkan Kursus Kadet Spesialis ke-46 (SCC) dalam kawad berskala kecil yang diadakan di Kem Pasir Laba. Setelah tamat pengajiannya, 3SG Choo akan memimpin satu seksyen sebagai Spesialis Mekanik Turret.

Sejumlah 1.091 kadet spesialis akan menerima pentauliahan dalam beberapa majlis upacara yang diadakan pada 15 hingga 18 Februari.

Menerima diagnosis

Pelantikan itu merupakan satu pencapaian yang penting bagi pegawai berusia 20 tahun itu, kerana dia berusaha sedaya upaya membiasakan diri dengan keadaannya sejak beberapa tahun yang lepas.

"Bila saya mula menunjukkan gangguan tik, saya tidak memahaminya. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskannya kepada rakan sekelas atau ibu bapa saya," kata 3SG Choo sambil mengenang semula.

Guru akan memanggilnya kerana dia tersentak-sentak di kelas, dan dia selalu dengar rakan sekolah mengata-ngatakannya.

Keadaan di rumah pun begitu juga. 3SG Choo berkongsi dia selalu bertengkar dengan ayahya kerana tidak dapat mengawal "tabiat buruknya".

"Memang saya banyak menitiskan air mata. Sukar bagi saya untuk menurut kehendak ayah... dan walaupun ia sesuatu yang saya ingini, saya juga tidak mampu mengawal diri saya, "kata 3SG Choo, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Akhirnya, pada usia 15 tahun, dia diberi rujukan kepada seorang pakar doktor oleh rakan ayahnya – yang memahami tentang gangguannya.

"Saya berasa sungguh lega kerana akhirnya, saya dapat tahu apakah keadaan sebenarnya.”

3SG Choo (paling kiri) berjoging pada waktu pagi dengan platunnya semasa menjalani latihan di ALTI. Dia adalah penyokong keselamatan untuk larian itu. [Foto ihsan ALTI]

Memahami keadaannya

Apabila 3SG Choo menyertai Latihan Asas Tentera (BMT) pada April 2020, dia telah memahami keadaannya dan tahu bagaimana untuk menguruskannya.

Gangguan tiknya yang biasa seperti batuk, membersihkan tekak dan bersentak, masih kekal. Dia juga sedar gangguan ini akan tercetus bila dia mengalami tekanan atau berfokus pada sesuatu.

"Selain itu, saya rasa saya telah menangani dengan baik. Setiap kali saya berada dalam persekitaran yang baharu, sama ada di maktab rendah atau NS, saya akan berusaha untuk memastikan keadaan saya tidak mengatasi diri saya,“ kata 3SG Choo.

Dia mengakui ditegur kerana tersentak-sentak semasa berkawad.

"Walaupun saya cuba sedaya upaya untuk mengawal keadaan saya pada hari pertama BMT, tetapi masih ada orang yang memerhatikannya," katanya sambil tertawa malu.

"Selepas itu saya berfikir, ‘ada baiknya jika mereka tahu', dan saya memberi tumpuan untuk melakukan yang terbaik bagi membantu seksyen saya dan menjadi orang yang bernilai daripada menjadi beban."

Dia pergi ke Pangkalan Penyelenggaraan Tentera Darat Pertama untuk berlatih sebagai Juruteknik Persenjataan, di mana dia kemudian dipilih untuk menghadiri SCC di Institut Latihan Logistik Tentera Darat (ALTI).

Ibu bapa 3SG Choo mengenakan chevronnya di rumah. [Foto ihsan 3SG Leon].

Terus maju dengan Tourette

Di ALTI, perancangan yang tepat membantu 3SG Choo untuk berjaya dalam latihan.

"Seksyen kami selalu menjalani latihan atas meja. Justeru, walaupun saya mengalami gangguan tik pada suatu masa, sekali saya mengatasinya, saya tahu peranan saya dan saya tahu di mana untuk mula semula," jelasnya.

3SG Choo juga menawarkan diri sebagai Pegawai Media Bertugas (dia berminat dalam fotografi sejak dari sekolah menengah), di mana dia mendapati bahawa mengambil foto rakan-rakan kuliahnya melalui lensa membantunya untuk berinteraksi dengan mereka pada tahap yang lain.

Pada akhir kursus, kumpulan ini manjalankan aktiviti di mana mereka menulis maklum balas bagi satu sama lain. Dalam senarai 3SG Choo komennya mengatakan: "Pertama kali saya melihat kamu, saya tidak begitu suka padamu, tetapi lama-kelamaan, saya sedar kamu seorang yang sangat mesra dan baik hati."

3SG Choo bersembang dengan rakan kuliahnya tentang hal itu, dan mengakui gambaran pertamanya terhadap 3SG Choo adalah dia agak pelik.

"(Sembang itu) memang menyenangkan saya kerana ia menunjukkan bahawa jika anda melayan seseorang dengan hormat dan membuktikan nilai diri anda, mereka akan mengetepikan kesemua perkara yang remeh ini dan berfokus pada gambaran yang lebih besar."

Mengimbas kembali, jika ada sesuatu yang boleh diperkatakan oleh 3SG Choo kepada dirinya yang lebih muda, ia adalah: "Yakin pada diri sendiri.

"Apabila ada orang yang tidak selesa dalam persekitaran anda, anda perlu menenangkan diri dan yakin mereka akan memahami keadaan anda dan akhirnya menerimanya.

"Saya masih teringat pada masa-masa saya amat memerlukan pelukan daripada seseorang kerana saya berasa serba salah terhadap apa yang berlaku," katanya.

Katanya untuk membantu orang lain yang mengalami sindrom Tourette adalah dengan memahaminya: "Akhirnya, kami perlu memberi sokongan kepada mereka yang menghadapi sindrom Tourette, dan memberi masa kepada mereka untuk menonjolkan diri mereka yang sebenar."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
17 Feb 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
17 Feb 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
17 Feb 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
17 Feb 2021

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
17 Feb 2021

Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
17 Feb 2021

Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
17 Feb 2021

Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
17 Feb 2021

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
17 Feb 2021

Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
17 Feb 2021

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.