MILESTONES
UNIT KOMBAT TERBAIK: MENANG ADALAH DALAM DNA KOMANDO
22 Jun 2021
SEKALI LAGI ASKAR-ASKAR BATALION KOMANDO PERTAMA (1 CDO BN) TELAH BERJAYA! PASUKAN PERTEMPURAN ELIT INI TELAH MEMENANGI ANUGERAH UNIT TEMPUR TERBAIK KE-18 BERTURUT-TURUT DALAM PERTANDINGAN UNIT TERBAIK ANGKATAN BERSENJATA SINGAPURA.
Kali ini, 1 Cdo Bn menunjukkan keberanian mereka dengan memastikan bahawa standard kekal tinggi walaupun mereka perlu menyesuaikan program latihan mereka dengan cepat untuk landskap tempatan. Ini disebabkan oleh sekatan perjalanan akibat penularan pandemik.
Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) Koo Kai Siong, 33, memuji pasukannya kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan unit ini: "(Ini) mencerminkan komitmen semua anggota perkhidmatan negara kami dalam memberi khidmat terbaik untuk mempertahankan tempat tinggal dan orang kesayangan mereka. Ini adalah termasuk setiap pejuang komando, serta pembantu pentadbiran dan sokongan yang telah menyokong batalion kami dalam operasi."
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang dalam membangunkan pasukan muda di batalion: "Ia memerlukan usaha sebuah kampung untuk membesarkan seorang anak, dan setiap komander dan jurulatih...yang berusaha untuk melatih askar-askar kami dan memberi mereka asas yang kuat untuk berjaya adalah penting."
Kami mendapat tahu daripada LTC Koo, Pegawai Waran Ke-2 Sarjan Regimental Major (2WO) Haresh s / o Kunasehkaran, 35, dan pejuang komando Angkatan Bersenjata Nasional (NSF) Koperal Kelas Pertama (CFC) Ganeysh D. Bathmanathan, 20, apakah yang diperlukan untuk menjadi Unit Tempur Terbaik.
1) Bersikap kreatif dan menyesuaikan diri mengikut perubahan situasi
Pandemik itu mungkin telah menjejaskan program latihan luar negeri komando, tetapi setentunya tidak mematahkan sayap mereka.
Bagi memastikan mereka dapat mempertahankan tahap kerapian yang diperlukan semasa latihan di hutan, unit ini telah merancang semula latihan agar sesuai dengan landskap tempatan. Ini adalah termasuk latihan selama tujuh hari di medan lapangan di mana mereka akan mulakan misi dan menjalankan latihan navigasi dan bertahan hidup seperti yang mereka lakukan di Brunei. Mereka juga berlatih dalam detasemen kumpulan kecil untuk mengelakkan percampuran bebas.
Di sebalik tabir, para komander dan jurulatih juga memastikan bahawa latihan dijalankan dengan selamat dengan melakukan peninjauan kawasan latihan dan menyusun rancangan pelajaran agar latihan dijalankan selaras dengan langkah-langkah pengurusan keselamatan COVID-19.
"Pada keseluruhannya, kami dapat memastikan bahawa intensiti dan ketahanan tempur yang diperlukan oleh setiap askar, dikekalkan (walaupun) terdapat perubahan dalam kawasan latihan," kata LTC Koo.
CFC Ganeysh turut bersetuju: "Terdapat beberapa kesulitan (seperti) pembatasan terhadap jumlah saiz latihan. Walau bagaimanapun, ini berjaya diuruskan dengan baik. Dan keselamatan sentiasa dititikberatkan.
"Selain itu, kami mematuhi dengan ketat langkah-langkah pengurusan yang ditetapkan oleh kerajaan dan pihak Tentera. Justeru, walaupun dalam situasi COVID ini, kami masih berjaya mengekalkan standard latihan tinggi sepertimana yang ditetapkan untuk kami.”
2) Sentiasa berlatih dengan gigih dan bersungguh-sungguh
Walaupun latihan terpaksa diubah akibat pandemik, tetapi itu tidak memalapkan semangat pasukan. Ala gaya Cdo Bn 1, tumpuan mereka adalah semata-mata untuk mencapai matlamat latihan dan mengekalkan standard pasukan sebelumnya.
CFC Ganyesh mengenang kembali masa lampau yang sukar: "Ada banyak latihan yang menjerihkan dengan tempoh masa yang panjang dan objektif misi yang sukar yang harus dicapai, tanpa mengira kekangan kami hadapi. Meskipun begitu, kami tetap gigih, bekerja keras, dan berusaha dengan sedaya upaya kami.”
Dan selepas malam yang menggerunkan, fajar yang menyingsing membawa kemanisan yang amat memuaskan – itulah sebabnya 1 Cdo Bn bangga dan gembira untuk memenangi anugerah Unit Tempur Terbaik ini.
"Kami telah berusaha untuk mencapai penilaian ATEC (Pusat Latihan Latihan Tentera Darat) sejak Latihan Tentera Asas (BMT). Ia adalah tempoh yang amat sukar dengan banyak medan lapangan. Tetapi kejayaan dalam mencapai matlamat dan memenangi anugerah itu adalah berbaloi dan membawa manfaat kepada kami semua.
"Kami menghadapi banyak tekanan untuk menegakkan legasi rakan senior kami dan mereka yang sebelumnya. Namun, kami tidak akan leka. Kami akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekalkan prestasi yang baik dan mendukung standard yang tinggi," kata CFC Ganeysh.
3) Ramuan rahsia: DNA Komando
Kumpulan NSF yang baharu akan menyertai 1 Cdo Bn setiap tahun. Justeru, bagaimanakah unit memastikan agar nilai dan kualitinya berterusan setelah tamatnya setiap kohort?
Dengan ramuan rahsia yang disebut "DNA Komando" – pengawasan yang kukuh untuk mewujudkan legasi yang boleh diperturunkan, dan asas-asas askar yang bertahan sepanjang generasi.
LTC Koo menjelaskan: "Kami berdiri atas bahu anggota pasukan sebelum kami. Dan kami mengubahnya menjadi suatu kuasa motivasi positif untuk menawarkan bahu kami kepada generasi seterusnya.
"Semangat pengawasan yang kuat ini mendorong setiap askar untuk berusaha bersungguh-sungguh dan memperkuasakan mereka untuk mengekalkan legasi yang membanggakan mereka, satu bab dalam perjalanan hidup komando mereka semasa mereka menjadi anggota NSF."
Tambah 2WO Haresh: "Dari BMT lagi, mereka telah menanamkan rasa regimentasi dan disiplin. Dan kemudiannya, kami meneruskan budaya ini, terutamanya apabila mereka menjadi senior dan memahami bagaimana nilai-nilai ini… (bantu) mereka untuk memenuhi objektif dan misi latihan mereka dengan sebaik mungkin.”
Terdapat tumpuan yang padu pada kepimpinan jarak terakhir, di mana para komander akan menyampaikan kemahiran dan nilai yang telah mereka pelajari kepada anak-anak buahnya.
"Pemimpin jarak terakhir adalah Sarjan ke-3 di lapangan. Setiap syarikat mempunyai sekurang-kurangnya 15 daripadanya, dan kami mengajar mereka semua teknik dan asas ketenteraan yang penting," jelas 2WO Haresh.
"Mereka bertanggungjawab untuk menyampaikan pengetahuan ini kepada setiap askar yang ada di lapangan. Dan kami sering menghubungi syarikat-syarikat tersebut untuk memantau kemajuan mereka. Kaedah ini terbukti berkesan untuk kami."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

