PEOPLE

TIGA BERADIK PEREMPUAN BERLAYAR BERSAMA

13 Jan 2022

Pakar Tentera Kanan 4 baharu, Ng Hui Ling berkhidmat dalam Angkatan Laut bersama dua adik perempuannya.

13jan22_photo1

// KISAH OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH CHAI SIAN LIANG


Pakar Tentera Kanan 4 baharu, Ng Hui Ling berkhidmat dalam Angkatan Laut bersama dua adik perempuannya.

Adik-beradik dalam Tentera Laut: ME4 Ng (tengah), ME1(A) Ng Ai Lun (kiri) dan ME1(A) Ng Ai Jia.

Jarang sekali menjumpai tiga beradik perempuan yang sama-sama berkhidmat dalam Tentera Laut. Pakar Tentera 4 (ME4) Ng Hui Ling, 24, ialah seorang Jurutera Sistem Pertempuran Laut, manakala adik-adiknya ME1(A) Ng Ai Lun, 21, dan ME1(A) Ng Ai Jia, 20, sedang menjalani latihan untuk menjadi Pakar Sistem Pertempuran Laut.

Perjalanan mereka bermula lima tahun yang lalu apabila ME4 Ng, yang sedang menunggu untuk memasuki universiti pada masa tersebut telah menerima jemputan bagi menghadiri ceramah kerjaya Angkatan Laut untuk wanita. Beliau meminta kedua-dua adiknya untuk menghadiri bersama-sama, dan ketiga beradik ini tertarik dengan perkara yang dibincangkan dalam ceramah kerjaya tersebut – malah, mereka teruja apabila membayangkan kerjaya yang penuh makna, iaitu mempertahankan negara.

"Peristiwa itulah yang membimbing hala tuju saya dan dua adik saya sehingga kini, menjadi sebahagian daripada keluarga Angkatan Laut," kata ME4 Ng, yang telah dilantik sebagai Pakar Tentera Kanan pada 12 Jan selepas menyelesaikan Kursus Pakar Domain Tentera (MDEC) beliau.

ME4 Ng telah menerima pedang istiadatnya daripada Ketua Turus, Turus Laut Laksamana Muda Edwin Leong pada 12 Jan dalam Upacara Pelantikan Pakar Tentera Kanan yang terpencar.

Apabila ditanya tentang pengalaman bekerja untuk Angkatan Laut dengan adik-beradiknya, ME4 Ng menjawab bahawa pengalaman tersebut serupa dengan belajar di sekolah yang sama dengan mereka. "Kami dapat menjaga satu sama lain dengan lebih baik."

Malah, inilah sebabnya ibu mereka menyokong keputusan mereka untuk menyertai Angkatan Laut, kata beliau. Ketiga beradik perempuan ini telah menghadiri sekolah rendah yang sama, dan ketiga-tiga telah membuat pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Politeknik Nanyang. Mereka mempunyai seorang kakak yang merupakan penyelidik reka bentuk di Universiti Nasional Singapura (NUS).

ME4 Ng turut berkata bahawa Ai Lun dan Ai Jia sering meminta nasihat tentang kerja daripadanya, dan beliau berkongsi tentang pengalaman bekerja di atas kapal. "Kami sentiasa boleh mencapai satu sama lain melalui panggilan telefon, (dan) itu memberi adik saya kelegaan," kata beliau.

Kakak sulung ME4 Ng (kiri) dan ibunya menyemat epaulet pangkat ME4 pada pakaian seragamnya.

Persekitaran yang penuh sokongan

Walau bagaimanapun, semasa ME4 Ng menyertai tentera pada 2020, beliau tidak dapat bergantung pada sesiapa kerana dalam kalangan adik-beradik tersebut, beliau yang pertama sekali menghadiri Latihan Asas Tentera. Ini sebenarnya tempoh yang beliau memerlukan sokongan.

Pengenalan kepada kehidupan tentera merupakan cabaran yang hebat bagi beliau. Beliau menderita dengan kerinduan terhadap keluarga; pengalaman menetap di kem selama hampir tiga minggu ketika tempoh pengurungan telah memberi kesan kepada beliau.

"Saya sebenarnya berasa amat murung," ingati beliau, dan turut mengatakan bahawa itu kali pertama beliau menjauhi keluarga buat masa yang sungguh lama. Namun, para teman seksyennya menyedari perubahan pada diri beliau dengan pantas, dan telah bersatu untuk menyokong beliau. "Mereka datang dan berbual dengan saya… saya dapat rasa yang saya tidak bersendirian."

Kini, menjauhi keluarga tidak lagi menjadi masalah baginya; Angkatan Laut telah menjadi keluarga keduanya. Malah, beliau menghabiskan tempoh satu bulan di laut tanpa masalah di atas Kapal Pendarat Kereta Kebal RSS Persistence untuk Kerahan Latihan Laut Pegawai Kadet Kanan (MSTD), iaitu sebuah komponen MDEC.

ME4 Ng (hujung kiri) dengan rakan pelatih menjalani MSTD di atas RSS Persistence. Semua pelatih dan anak kapal telah menerima keputusan ujian COVID-19 yang negatif sebelum dikerahkan.

ME4 Ng berjaya menjadi graduan terbaik dalam Angkatan Laut untuk MDEC, dan menerima Pedang Kehormatan. Beliau menganggap kejayaannya berpunca daripada persekitaran yang sesuai dan penuh sokongan dalam Angkatan Laut, dengan anggota yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk membantu satu sama lain.

Kerjasama Berpasukan

Cara ME4 Ng dan teman kursusnya bekerjasama untuk menangani masalah pengurangan waktu sesi kelas merupakan contoh yang jelas.

Oleh sebab langkah kohort COVID-19, mereka tidak dapat menghadiri kelas bersama-sama secara fizikal. Setiap kohort juga hanya dibenarkan pergi ke tempat kerja mereka untuk mengusahakan tugasan mereka pada hari berselang-seli.

Untuk menangani kekurangan masa ini, mereka telah membahagikan tugas mereka, dan setiap kohort cuba mengusahakan penyelesaian apabila tiba giliran mereka untuk pergi ke tempat kerja. Penyelesaian yang digabungkan kemudiannya dihantar kepada semua orang.

"Inilah cara kami meluaskan pengetahuan sistem kami walaupun kami seringkali kekurangan masa," kata ME4 Ng, yang memegang ijazah sarjana muda dalam Kejuruteraan Elektrik daripada NUS.

ME4 Ng dengan rakannya selepas latihan menembak senjata kecil di atas RSS Persistence.

Kini sebagai seorang Penolong Ketua Jurutera di Pusat Kejuruteraan Kesediaan Sistem (Rangkaian dan Sensor), peranan beliau adalah untuk menyelenggara radar pengemudian bagi Kapal Misi Pesisir, Korvet Peluru Berpandu serta Kapal Penyapu Ranjau.

Beliau berharap dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperoleh semasa MDEC, dan masih terus mengasah pengetahuan kejuruteraannya dan kemahiran kepimpinan dalam Angkatan Laut.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story