TEMUI SATU-SATUNYA GROUND FORWARD AIR CONTROLLER WANITA DALAM SAF

04mar20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/04mar20-photo17cced1f1-ba04-4cee-846c-1b67c0cd960f.jpg?sfvrsn=f3b79eb0_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMUI-SATU-SATUNYA-GROUND-FORWARD-AIR-CONTROLLER-WANITA-DALAM-SAF
TEMUI SATU-SATUNYA GROUND FORWARD AIR CONTROLLER WANITA DALAM SAF https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TEMUI-SATU-SATUNYA-GROUND-FORWARD-AIR-CONTROLLER-WANITA-DALAM-SAF
04 Mar 2020 | PEOPLE

TEMUI SATU-SATUNYA GROUND FORWARD AIR CONTROLLER WANITA DALAM SAF

Banyak kemajuan yang telah dikecapi sejak tercicir daripada Kursus Pegawai Kadet pada 2016.

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE

English 华文
English 华文

Tentera darat mara ke hadapan untuk mengumpul maklumat mengenai musuh. Mereka melihat konvoi kereta kebal seteru bergerak ke arah bandar awam. Sudah tiba masanya ‘burung’ dipanggil untuk menyerang kereta kebal.

Ketika di medan pertempuran, seorang askar mengerekot menghadap set komunikasi, bercakap dengan juruterbang yang sedang berada di udara. Dengan memberikan maklumat yang tepat mengenai lokasi musuh, askar tersebut memandu juruterbang untuk menjatuhkan bom ke atas sasarannya.

Sebagaimana yang dibayangkan oleh namanya, itulah yang dilakukan oleh seorang Ground Forward Air Controller (GFAC).

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengalu-alukan GFAC wanita pertama dalam tempoh lebih 10 tahun, Kapten (CPT) Kimberley Chia, September lepas.

CPT Chia (kedua dari kanan) melengkapkan Kursus Penggempur Terminal RSAF September lepas. [Foto ihsan RSAF]

Anggota berusia 27 tahun itu secara rasminya menjadi GFAC apabila dia menamatkan kursus Kawalan Penggempur Terminal (TAC). Kursus yang berjalan selama satu bulan itu dianjurkan oleh Skuadron 105 Tentera Udara Republik Singapura, melatih anggota tentera untuk memanggil sokongan udara dekat.

Ia bukan tugasan yang nampak mudah: GFAC perlu menjejak pesawat yang sedia ada dan menentukan jenis amunisi yang tepat untuk memusnahkan sasaran.

Mereka juga mengawasi sekiranya ada angkatan yang berkecuali di medan pertempuran sambil menjalankan kawalan jet pejuang atau helikopter penggempur.

Bagi GFAC, kemahiran "talk-on" adalah yang paling penting untuk dipelajari, kata CPT Chia.

"Kami perlu menjangkakan apa yang juruterbang nampak dari atas, berbanding dengan apa yang kami nampak di darat.”

Contohnya, apa yang kelihatan seperti bangunan berbentuk segi empat tepat di darat mungkin kelihatan berbentuk L dari udara. GFAC berlatih selama berjam-jam dengan juruterbang di simulator penerbangan untuk membina kemahiran "talk-on" mereka.

CPT Chia (dua dari kiri) meraikan tamatnya Kursus Pegawai Kadet dengan keluarganya. [Foto ihsan Tentera Singapura]

CPT Chia secara kebetulan melalui gerai Tentera di pameran kerjaya, dan dia terus mendaftar kerana secara semula jadinya dia tertarik dengan semangat "yakin boleh" perkhidmatan Tentera.

Lagi pula, dia membesar dengan mendengar kisah bapanya semasa Perkhidmatan Negara dalam formasi Perisai, dan tertarik dengan apa yang boleh ditawarkan apabila berkhidmat dengan SAF.

Bagaimanapun, rancangannya terbantut selepas tercedera sebulan selepas menjalani Kursus Pegawai Kadet pada 2016. Keradangan pada otot-otot pahanya membuatkan dia mengalami "lutut pelari" – kesakitan yang teruk pada sisi lutut yang mengganggu apabila berlari – dan dia terpaksa dikeluarkan daripada kursus itu.

"Saya terpaksa menjalani fisioterapi untuk pulih…Ia tempoh masa yang tidak menentu dan saya tidak pasti saya dapat menamatkannya."

Dengan galakan daripada keluarganya, CPT Chia berjaya berlatih dan menyertai kemasukan yang seterusnya dua bulan selepas itu. Dia meneruskan dengan sesi fisioterapi-nya semasa hujung minggu sementara dia meneruskan dengan kursus sembilan bulannya.

"Saya bagaikan tidak percaya berpeluang berdiri di medan perarakan semasa pentauliahan. Saya berterima kasih kepada mereka yang telah memberikan saya sokongan moral dan membantu saya untuk terus gigih menjalani kursus itu."

Sebagai pengajar Artileri, CPT Chia kini melatih anggota-anggota bawahannya untuk mengendali operasi bersepadu udara-darat.

Kini, pengajar dilatih TAC di dalam Institut Artileri mengajar pelatihnya (yang termasuk Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi) dalam perancangan dan pelaksanaan operasi bersepadu udara-darat.

"Saya berharap lebih ramai kaum wanita akan dilatih TAC," kata CPT Chia.

"(Kursus ini) memberikan saya wawasan tentang keupayaan aset-aset udara kita… (Dan memiliki lebih banyak) GFAC yang mahir (akan membantu) menyampaikan kuasa udara dengan lebih tepat dan selamat bagi menyokong kempen darat kami."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
04 Mar 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
04 Mar 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
04 Mar 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
04 Mar 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
04 Mar 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
04 Mar 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
04 Mar 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
04 Mar 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
04 Mar 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
04 Mar 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.