Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/22nov21_news1_photo1a63c8f049-aacd-4417-800e-de63d7656040.jpg?sfvrsn=70c0b644_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TELADANI-PEMIMPIN-PASANGAN-KEMBAR-KOMANDO
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/TELADANI-PEMIMPIN-PASANGAN-KEMBAR-KOMANDO
TELADANI PEMIMPIN PASANGAN KEMBAR KOMANDO
22 Nov 2021 | PEOPLE

TELADANI PEMIMPIN PASANGAN KEMBAR KOMANDO

PASANGAN KEMBAR INI MEMEGANG PERANAN TAK BERTEMPUR SEBELUM DIPILIH MENYERTAI KURSUS KELAYAKAN PASUKAN KHAS YANG LASAK; KEDUA-DUA MEREKA INI SEDANG BERKHIDMAT SEBAGAI PEGAWAI PEMERINTAH BATALION KOMANDO PERTAMA (1 BN CDO).

Yang ini siapa? KPT Jun Rong (kiri) dan KPT Jun Qiang ialah OC bagi Syarikat Pertama dan Kedua dalam 1 CDO Bn masing-masing.

Pasangan kembar ini memang teguh dalam kedua-dua syarikat.

KPT Toh Jun Rong dan KPT Toh Jun Qiang, 31, sering dilihat sebagai satu pasangan, baik di dalam mahupun di luar kem. Sebagai Pegawai Pemerintah (OC) syarikat saudara di 1 CDO Bn, mereka sering bertemu untuk membincangkan latihan mereka.

Tetapi pertemuan itu tidak dirancang sama sekali. "Kami kongsi banyak minat yang sama, justeru kami sering menghabiskan masa bersama, ia bukan seolah-olah dilakukan dengan sengaja," kata KPT Jun Qiang, yang merupakan adik kembar selewat lima minit.

"Malahan, saya berasa terkilan dengannya kerana cita rasa kami adalah sama, dan barangan yang dibeli juga sama. Bukan setakat itu sahaja, malahan dialah yang akan memakai atau mengguna barangan saya tanpa disedarinya."

Adik-beradik kembar ini menuntut di sekolah kejuruteraan di Politeknik Temasek dalam kursus yang berbeza, dan kemudian mengambil jurusan dalam Sistem Mekatronik yang sama di Institut Teknologi Singapura.

Pada Perarakan Hari SAF tahun ini, KPT Jun Qiang (kiri) mewakili 1 CDO Bn sebagai Komander Kontinjennya manakala KPT Jun Rong adalah Simpanannya.

Sesudah tamat Latihan Asas Tentera (BMT) mereka pada 2011, mereka berdaftar dengan Perkhidmatan yang berbeza — KPT Jun Rong menyertai Tentera Udara sebagai Pegawai Perang Udara (Kawalan Trafik Udara) manakala KPT Jun Qiang pula dihantar ke Pusat Kejuruteraan Selenggaraan Kapal Selam Tentera Laut — tetapi mereka tidak terpisah lama.

Walaupun memegang peranan tak bertempur, mereka memohon untuk menduduki Ujian Pemilihan Pasukan Khas Bersama (KPT Jun Qiang pada Ogos 2015 dan KPT Jun Rong pada November 2015), di mana mereka berdua berjaya dipilih.

Kini, KPT Jun Rong dan KPT Jun Qiang adalah OC bagi Syarikat Pertama dan Kedua dalam 1 CDO Bn masing-masing.

Sebagai OC syarikat saudara, pasangan kembar sering perlu berkumpul untuk membincangkan latihan, terutamanya latihan peringkat kohort.

Idea siapakah untuk berdaftar?

JR: Saya ingin lebih berdikari lebih awal dan beri sumbangan kepada ibu bapa saya. Bagi saya, mendaftar memberi saya peluang yang baik. Semasa BMT, pegawai perekrutan memberi ceramah perekrutan yang begitu meyakinkan sehingga ibu bapa saya, lebih-lebih lagi ibu saya, turut memberi sokongan.

JQ: Ya, sekembalinya dari BMT, dia sudah menghafal "ucapan jualan" daripada pegawai perekrutan! Justeru walaupun belum menjalani BMT (tiga bulan selepas Jun Rong), saya sudah tahu saya akan berdaftar disebabkannya.

Anda berdua memegang peranan tak bertempur dari awal lagi. Bagaimana rasanya berlatih membina kecergasan anda untuk pemilihan Pasukan Khas?

JQ: Saya mengambil masa lebih kurang dua bulan dan berlatih dengan rakan yang juga berminat untuk bertukar haluan. Latihan pertama kami ialah laluan perbarisan kawad sejauh 20km di Punggol – itu adalah laluan perbarisan kawad pertama saya dalam lima tahun! Kami membawa kira-kira 25kg dalam pek lapangan kami dan saya hampir jatuh tersungkur. Prestasi saya begitu teruk sekali.

Latihan membina tenaga begitu menjerihkan, dan saya akan terus berlatih sepanjang hujung minggu. Seringkali dia (Jun Rong) akan berlatih bersama saya. Pada masa itu, dia tidak berlatih untuk pemilihan, sebaliknya dia menyertai semata-mata untuk menemani saya.

JR: Sebagai seorang abang yang baik, saya mahu memastikan dia selamat oleh itu, saya akan menyertai latihannya. Tetapi bila tiba giliran saya untuk berlatih pula (untuk ujian pemilihan seterusnya), dia tidak datang menemani saya apabila saya mengajaknya. *mata terbeliak*

JQ: Itu adalah selepas pemilihan saya dan saya berasa agak fobia terhadap latihan. Jadi, saya mahu berehat lebih lama.

KPT Jun Qiang (kiri) dan KPT Jun Rong bersama ibu mereka di majlis tamat pengajian Kursus Renjer ke-44 pada 2017.

Jadi, Jun Rong hanya membuat keputusan untuk berlatih dan memohon kemudian?

JR: Ya, apabila dia berjaya dipilih dan bila saya mendapat tahu betapa lasaknya kursus itu, mencabar dari segi fizikal dan mental, saya pun tertarik untuk menyertainya.

Saya akan pergi ke stadium pada masa lapang saya dan mencatatkan laluan perbarisan kawad sejauh 20km lebih kurang tiga hingga empat jam. Ia amat menjerihkan dari segi mental. Saya ada rakan yang menjaga saya; dia akan duduk di granstan dan menjaga keselamatan saya.

Apakah yang kembar anda boleh lakukan lebih baik daripada anda?

JR: Secara keseluruhan, dia memang lebih cergas. Dia lebih terdorong dan bersemangat justeru, sayalah yang akan mengikut rejim kecergasannya. Dia akan menyeret saya dan saya akan mengeluh: "好了没有? (Dah habis?) Sudah selesai atau belum?"

JQ: Bagi dia, ia adalah pengajian dan proses kerjanya. Sejak dari sekolah menengah sehingga ke poli dan universiti, kami sentiasa menuntut bersama dan sayalah yang sering bertanya dan dia pula mengajar saya. Hingga sekarang, sekiranya saya tidak tahu melakukan proses kerja tertentu, saya akan tetap mencarinya.

JR: Jadi anda memanfaatkan kedua-dua otak dan tenaga. (bergelak)

KPT Jun Rong (dua dari kiri) dan KPT Jun Qiang bersama dengan ibu bapa mereka di Regata Tentera pada 2018. Pasangan kembar itu juga ada seorang kakak.

Apa yang anda paling suka tentang satu sama lain?

JR: Bagi saya, dia adalah teman sejati buat selama-lamanya, selalu berada di sisi saya. Yang penting sekali, hubungan ini memberi saya ketabahan semasa mengharungi masa sukar.

Semasa Kursus Renjer (pada Ogos 2017), walaupun kami berada dalam pasukan yang berlainan, mengetahui dia tidak tercicir memberi saya semangat untuk terus bertahan — kerana setentunya saya tidak boleh kalah dengannya! *muka geram*

Jadi, walaupun saya menderita dan mengalami masa yang sangat teruk, (saya akan terus bertahan kerana) saya tahu abang saya juga menghadapi keadaan yang sama.

JQ: Bagi saya, ia umpama "pasangan dalam jenayah" sepanjang hayat. Sejauh mana ingatan saya, kami sering melakukan sesuatu bersama-sama. Mungkin pada (November), apabila saya berpindah ke BTO (flat Bina-Ikut-Pesanan), dan masa itu kami akan berhenti melakukannya. Setakat ini, kami masih melakukan segala-galanya bersama-sama.

Dan ya, JR bagaikan model peranan yang mendorong saya untuk meneruskan semua kegiatan saya. Oleh itu, saya tidak pernah berasa sunyi dengan adanya dia sebagai kembar saya.


Sejauh manakah pasangan kembar ini mengenali diri masing-masing dan satu sama lain? Ketahuinya dalam pusingan permainan "Siapa yang lebih cenderung untuk"!

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
22 Nov 2021

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
22 Nov 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
22 Nov 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
22 Nov 2021

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
22 Nov 2021

She used to serve on the Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
22 Nov 2021

She used to serve on the Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
22 Nov 2021

She used to serve on the Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
22 Nov 2021

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
22 Nov 2021

She used to serve on the Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
22 Nov 2021

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.