Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/27jan23_news1-thumbnaila0b72f31-482b-4096-9a35-d5975c798d8a.jpg?sfvrsn=beba76b8_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUSUK-BADAN-YANG-MENGGELEBER-TAK-MUNGKIN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SUSUK-BADAN-YANG-MENGGELEBER-TAK-MUNGKIN
SUSUK BADAN YANG MENGGELEBER? TAK MUNGKIN!
27 Jan 2023 | PEOPLE

SUSUK BADAN YANG MENGGELEBER? TAK MUNGKIN!

ME3 JOSEPH NG BERSUKAN DENGAN ANAK-ANAK LELAKINYA SETIAP HUJUNG MINGGU AGAR KEKAL CERGAS DAN MENJAUHKAN "SUSUK BADAN YANG MENGGELEBER". ITULAH YANG MEMBANTUNYA MENDAPAT MARKAH PENUH UNTUK IPPT DUA TAHUN YANG LEPAS!

Pakar Tentera (ME) 3 Joseph Ng adalah seorang ahli sukan. Pingpong, badminton, skuasy, bola tampar, bola keranjang, bola sepak – beliau aktif dalam kesemuanya.

Hujung minggunya dipenuhi dengan aktiviti sukan. Pegawai berusia 45 tahun itu akan bermain sekurang-kurangnya dua sukan yang berbeza dengan anak-anak lelakinya pada waktu petang sebelum keluar untuk makan malam bersama isteri dan anak perempuannya yang berusia 14 tahun.

ME3 Ng berlawan dengan anak lelakinya dalam permainan bola tampar.

"Kedua-dua anak lelaki saya agak aktif dan selalu ajak bermain dengan mereka," kata juragan kapal frigat RSS Tenacious Tentera Laut Republik Singapura (RSN).

"Kebanyakan masa, mereka berdua akan berlawan dengan saya jadi saya perlu lebih cergas dan berlari pantas agar sepadan dengan kelajuan mereka. Ia membantu meningkatkan kecergasan dan stamina saya secara menyeluruh."

Gaya hidup sihatnya juga membuahkan hasil dalam Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) – ME3 Ng meraih 100 mata pada 2021 dan 2022 walaupun tidak gemar berlari. Ketahui apakah yang mendorong ayah kepada tiga anak ini untuk mengekalkan rekodnya!

ME3 Ng juga mengambil kesempatan untuk melatih anak-anaknya dalam sukan pingpong.

ME3 Ng, siapakah yang lebih cergas? Anda atau anak lelaki anda?

ME3 Ng: Setentunya saya! (bergelak) Mereka sentiasa bermain dua lawan satu menentang saya dalam permainan bola tampar dan bola sepak, dan selalunya, saya akan menang. Tetapi mereka kini semakin pantas dan juga mula mengalahkan saya dalam pingpong!

Kami dengar anda juga jurulatih tidak rasmi pingpong kepada anak lelaki anda?

ME3 Ng: Kedua-dua anak lelaki saya bermain pingpong untuk sekolah mereka. Alton, anak sulung saya, ialah kapten pingpong di Tampines Meridian Junior College manakala Ashton, anak lelaki kedua saya adalah kapten untuk Red Swastika School.

Saya pernah bermain pingpong semasa di bangku sekolah rendah dan pernah mewakili RSN dalam sukan Formasi semasa berada di Skuadron 123. Jadi saya melatih dengan bermain bersama-sama mereka agar mereka lebih cekap dan memberi beberapa tip.

ME3 Ng tidak gemar berlari, tetapi berusaha dengan bersungguh-sungguh apabila berlatih untuk larian 2.4km bagi memastikan setiap sesi itu berkesan.

Wah, betul-betul hebat!! Jadi apa yang mendorong anda untuk mendapat markah penuh untuk IPPT?

ME3 Ng: Saya suka mencabar diri saya. Tetapi, saya selalu terlepas sedikit. Saya benar-benar mahu mendapat 100 mata dan saya berjaya dua tahun yang lepas.

Saya juga ingin mendorong anak-anak saya untuk melakukan yang terbaik dalam ujian NAPFA (Anugerah Kecergasan Fizikal Kebangsaan) mereka dan membuktikan kepada mereka sekiranya Ayah boleh melakukannya, mereka pun boleh!

Anda juga berjaya mencapai 100 mata walaupun telah menjalani operasi baru-baru ini?

ME3 Ng: Pada Ogos 2021, saya menjalani pembedahan lutut kecemasan akibat kemalangan yang luar biasa, untuk membaiki otot dan tendon saya. Ini adalah pembedahan lutut kedua saya – yang pertama pada 2006 apabila saya mengalami koyakan meniskus akibat bermain bola sepak.

Proses pemulihannya agak sukar kerana tulang rawan di lutut kiri agak haus tetapi saya masih boleh menanganinya, berlatih untuk IPPT dan memperoleh markah penuh pada 2022 dalam percubaan pertama saya!

Walaupun sudah menjalani pembedahan lutut pada Ogos 2021, ME3 Ng masih berlatih dan meraih markah penuh untuk IPPTnya pada 2022.

Setakat ini berapakah markah terbaik anda?

ME3 Ng: Saya berlari 9.30 minit sejauh 2.4km. Tekan tubi dan bangkit tubi saya masing-masing adalah 74 dan 56 ulangan.

Selain bersukan, bagaimana lagi anda berlatih untuk IPPT?

ME3 Ng: IPPT bermula pada bulan April, justeru saya akan mula latih larian dua kali seminggu mulai Januari. Lazimnya, saya akan bermula dengan percubaan masa. Ia bererti membuat larian sejauh 2.4km dan seterusnya melakukan latihan berjeda untuk memperbaik pemasaan itu.

Untuk larian berjeda, saya akan melakukan larian 400m sebanyak lapan set. Saya berlari selama 1 min 30s, dan rehat untuk satu minit sebelum memulakan semula – ia melatih tubuh saya untuk menyesuaikan diri dengan kardio yang diperlukan untuk larian 2.4km.

Adakalanya, saya juga akan berlatih dengan mengguna treadmill. Saya menetapkan kelajuannya pada 15 dan berlari secara berterusan selama 10 minit.

Bagi bangkit tubi dan tekan tubi, saya cuba melakukan seberapa banyak yang boleh dengan anak-anak saya. Kami akan menentukan masa masing-masing secara bergilir-gilir – dengan cara ini, mereka juga boleh berlatih untuk NAFPA mereka.

Walaupun seorang penggemar makanan, ME3 Ng cuba makan segala-galanya secara sederhana untuk mengelak daripada mendapat "susuk badan yang menggeleber".

Bagaimanakah bentuk pemakanan anda?

ME3 Ng: Saya jaga apa yang saya makan supaya perut saya tidak buncit – kerana semakin tua, semakin mudah untuk mendapatnya. Jadi saya tidak banyak makan makanan berlemak dan selalu memcarik kulit ayam saya. Tidak boleh ada susuk badan yang menggeleber lah! (bergelak)

ME3 Ng bermain sukan seperti bola sepak bersama anak lelakinya untuk mengekalkan staminanya.

Justeru, apakah petua anda untuk mendapat markah yang lebih baik bagi IPPT?

ME3 Ng: Saya tidak suka berlari jadi saya akan memaksa diri untuk setiap larian, supaya setiap sesi itu berkesan. Ini juga sebabnya saya melakukan larian berjeda 'kerana ia membantu saya memperbaik pemasaan saya.

Simpan tenaga anda juga. Sebaik sahaja saya mencapai markah penuh untuk kedua-dua bangkit tubi dan tekan tubi, saya akan berhenti dan berusaha bersungguh-sungguh untuk larian 2.4km.

Yang penting sekali, cuba jalankan sedikit aktiviti bersukan atau senaman untuk mengekalkan kecergasan anda. Apabila anda aktif dalam kehidupan harian, lebih mudah bagi anda untuk berlatih.

 

 

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
27 Jan 2023

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
27 Jan 2023

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
27 Jan 2023

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
27 Jan 2023

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
27 Jan 2023

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
27 Jan 2023

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
27 Jan 2023

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
27 Jan 2023

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
27 Jan 2023

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
27 Jan 2023

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.