TECHNOLOGY

SUMBANGAN SAINTIS PERTAHANAN DIIKTIRAF

30 Oct 2018

Dilengkapi dengan sensor berjarak jauh, termasuk gabungan optikal-elektro dan sensor-sensor radar, Kapal Tanpa Pemandu (USV) Venus adalah sepenuhnya automatik dan diubahsuai untuk beroperasi di perairan Singapura yang sibuk.

1_CXL_3254

// Laporan Chia Chong Jin

// Gambar Chai Sian Liang


(Dari kiri) Leftenan Kolonel Thomas Ong dari RSN, Encik Ho, Dr Ng, Encik Kelvin Lin dari DSTA, Encik Ng Ee Chong dari DSO dan Ketua Saintis Pertahanan Quek Gim Pew. Leftenan Kolonel Ong, Encik Ho, Encik Lin dan Encik Ng adalah ketua-ketua Pasukan VENUS USV.
Venus 16 USV telah digunakan semasa Latihan Highcrest 2015 oleh Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).
Professor Gan, pemenang Anugerah Individu (Penyelidikan & Pembangunan) DTP 2018, menjelaskan kesan buruk perkakasan Trojan kepada tetamu yang hadir di majlis.
(Dari kiri) Encik Loke Ee Fong dari DSTA, Dr Ng, Kolonel Aldrin Tan daripada RSAF, Encik Pua Lip Peng dari DSO dan Encik Quek.
Sistem Serangan Bersepadu C2 bergerak sebagai nadi utama Pos Perintah samasa Latihan Forging Sabre 2017 dijalankan.

Dilengkapi dengan sensor berjarak jauh, termasuk gabungan optikal-elektro dan sensor-sensor radar, Kapal Tanpa Pemandu (USV) Venus adalah sepenuhnya automatik dan diubahsuai untuk beroperasi di perairan Singapura yang sibuk.

"Ia menggunakan sensor navigasi untuk membina kepekaan persekitaraan, dan mengenalpasti halangan-halangan yang ada. Ia dilengkapi dengan dua layar persepsi di mana ia boleh mengesan apa jua halangan yang ada dipermukaan," kata Encik Ho Kah Tong dari Kejuruteraan Elektronik ST.

Venus USV mampu melakukan langkah balas-periuk api dan misi keselamatan marin dengan hanya menggunakan satu per sepuluh tenaga kerja manusia pada kos yang lebih rendah berbanding kapal laut dengan ramai anak-anak kapal.

Pasukan USV Venus mula membangunkan USV pada tahun 2008, dan juga mengusahakan beberapa program penyelidikan dan teknologi yang berkait dengan navigasi automatik pintar dan proses aplikasi dalam misi.

Bagi mengiktiraf sumbangan mereka didalam pertahanan Singapura, Pasukan USV Venus menerima Anugerah Hadiah Pasukan Teknologi Pertahanan (Penyelidikan & Pembangunan) (DTP) 2018.

Mereka adalah di antara tiga individu dan empat pasukan pemenang, daripada Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan Makmal Kebangsaan DSO, yang telah menerima anugerah di dalam majlis yang diadakan pada 30 Okt di DSO.

Berucap di majlis tersebut, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan kepentingan kepercayaan strategik.

Mengenai kepercayaan antara negara-negara, beliau berkata: "Kepercayaan strategik, pada pendapat saya, menjangkau lebih dari komunikasi dan perhubungan…. Kepercayaan strategik adalah mengenai persefahaman yang mendalam terhadap teras minat masing-masing."

Merujuk kepada hubungan di antara Komuniti Teknologi Pertahanan dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Tentera Singapura (SAF), beliau berkata: "Jika ia (kepercayaan strategik) penting bagi negara-negara, maka bertapa pentingnya ia diperlukan diantara jabatan dan organisasi di dalam keluarga MINDEF/SAF – MINDEF, DSTA, DSO, ST?

"Tanpa kepercayaan strategik, usaha bersama untuk memajukan pertahanan Singapura akan menjadi terhad, walaupun bagaimana murni dan wajarnya matlamat itu."

Mengenai penggunaan teknologi pertahanan Singapura, Dr Ng menyedari yang "kekangan sumber dalaman beserta kerumitan ancaman dari luar bermaksud kita haruslah mencari jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan misi kita."

Ucapan Dr Ng itu telah didengari oleh Profesor Gan Chee Lip, Pengarah Makmal Temasik@Universiti Teknologi Nanyang (NTU). Beliau mengetuai pasukan Jaminan Perkakasan di makmal untuk membangunkan kaedah analisis litar dan fizikal dan perisian untuk cip litar bersepadu termaju terhadap perkakasan Trojan.

Perkakasan Trojan adalah pengubahsuaian yang merbahaya bagi litar dan litar yang bersepadu. Penjelasan mudah, perkakasan Trojan ini diletakkan pada chip alatan yang mempunyai ciri keselamatan yang longgar, dengan hasrat untuk mencuri data rahsia atau mengubahsuai alat dari melakukan fungsinya yang sebenar.

"Semua orang lebih mengetahui tentang perisian malware di dalam sekuriti siber, tetapi perisian memerlukan perkakasan elektronik untuk berfungsi. Walau bagaimanapun, perkakasan Trojan bukanlah yang tidak dijangka," kata Profesor Gan, penerima anugerah individu (Penyelidikan & Perkembangan) DTP 2018.

"Sejak awal tahun 2000, terdapat laporan mengenai perkakasan Trojan telah memanipulasi sistem, dan akhir-akhir ini, kebimbanganterhadap perkakasan ini makin meningkat. Dalam kita menuju ke era internet, hampir semua benda dihubungkan dengan alat-alat yang mempunyai cip elektronik di dalamnya. Oleh itu, jika mana-mana bahagian sistem terjejas, ia boleh menjejaskan keseluruhan sistem."

Oleh itu, kebolehan yang disediakan oleh pasukan Jaminan Perkakasan yang diketuai oleh Profesor Gan adalah perlu untuk melindungi rangkaian pertahanan Singapura daripada pengubahsuaian perisisan hasad, dan memastikan keyakinan terhadap sistem pertahanan.

Terdiri daripada ahli-ahli DSTA, DSO dan Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), Kumpulan Markas Serangan Bersepadu dan Kawalan Sistem (C2) telah menerima Anugerah Pasukan (Kejuruteraan) DTP 2018 bagi sistem C2 mereka.

Sistem Serangan Bersepadu C2 membolehkan SAF menyerang sebagai satu unit. Dilengkapi dengan sensor dan penembak, sistem ini memberi gambaran komprehensif situasi sebenar dan membolehkan tindak balas yang cepat dilakukan apabila bertembung dengan sasaran.

Bertindak sebagai nadi utama Pos Perintah SAF, sistem ini membantu memendekkan kitaran sensor – ke – sasaran (dari masa informasi sasaran di kesan oleh sensor kepada kemusnahan sasaran). Ia juga menggabungkan informasi seperti tempat yang terkenal kepada siaran langsung video kenderaan udara untuk memberi maklumat terkini gambaran situasi sebenar.

Direka supaya boleh dikonfigurasi dan berskala, komponen baru yang menyokong pelbagai entiti latihan boleh diintegrasi ke dalam sistem binaan C2, membolehkan SAF untuk melaksanakan situasi yang sukar.

Di wujudkan pada tahun 1989, setiap tahun DTP telah memberi anugerah kepada individu dan pasukan yang telah memberi sumbangan yang signifikan terhadap kemantapan pertahanan Singapura. DTP juga merangsang inovasi teknologi dan menggalakkan kecermerlangan dalam bidang sains dan teknologi pertahanan.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story