TECHNOLOGY

STESEN & PENGIMBAS BERGERAK UNTUK UJIAN SWAB COVID-19 YANG LEBIH CEPAT DAN SELAMAT

13 May 2020

DENGAN JUMLAH UJIAN SWAB COVID-19 DI ASRAMA PEKERJA ASING DIJANGKA MENINGKAT DALAM BEBERAPA MINGGU YANG AKAN DATANG, SAF SEDANG MENINGKATKAN USAHA PEMBANTERASAN SELURUH NEGARA PANDEMIK INI.

13may20_news2_photo1

Story by

Photos by


Pasukan Petugas Perkhidmatan Sokongan Tempur (Sokongan Teknikal) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah bekerjasama dengan pasukan-pasukan pakar untuk membangunkan penyelesaian dalam menjalankan operasi swab di pelbagai lokasi setiap hari.

Dalam tempoh tiga minggu konseptualisasi, Stesen Swab Bergerak (MSS) mula beroperasi. MSS membolehkan pasukan swab dikerah dengan pantas dan melaksanakan operasi swab dengan selamat. Aplikasi Pengimbas Ekspres Bergerak (MExS) juga dibangunkan untuk memperbaiki kecekapan proses pendaftaran swab.

Setakat 13 Mei, satu MSS telah ditempatkan di asrama Bukan Dibina Khas sebagai sebahagian daripada operasi swab.

MSS, Ambulans Cross Country SAF yang telah diubah suai dengan skrin perlindungan swab sedang menjalani proses disinfeksi selepas operasi swab.

Apakah itu MSS?

Anggaplah ia seperti stesen ujian swab bergerak. MSS terdiri daripada Ambulans Cross Country SAF yang telah diubah suai dengan skrin perlindungan swab daripada sistem SG SAFE (atau Jaminan Swab Singapura Untuk Semua) daripada Hospital Besar Singapura.

Ia mengangkut pekerja penjagaan kesihatan ke asrama yang memerlukan ujian swab. Memandangkan ujian akan diadakan di lokasi di asrama, ia juga mengurangkan keperluan untuk membawa pesakit yang mungkin menghidapi COVID-19 ke fasiliti perubatan berasingan atau lokasi ujian.

Pekerja (hujung kanan) sedang menjalani ujian swab di MSS.

Siapakah yang membangunkan MSS?

Ia telah direka bentuk oleh formasi Sokongan Penyelenggaraan dan Kejuruteraan Tentera Singapura (MES), Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA), dan Kejuruteraan ST bagi menyokong operasi swab COVID-19 di asrama bukan Dibina Khas, yang merangkumi kilang yang diubah suai menjadi asrama, rumah sementara pembinaan dan premis kediaman persendirian.

Pasukan Petugas Perkhidmatan Sokongan Tempur (Sokongan Teknikal) diketuai bersama oleh Pakar Tentera (ME) 7 Low Koon Huat, Ketua Kumpulan Kejuruteraan Teknologi Darat, HQ MES; dan Encik Sebastian Lim Hong How daripada DSTA.

Pasukan tersebut berupaya membawa MSS daripada konseptualisasi kepada beroperasi dalam tiga minggu, tempoh masa yang singkat berbanding projek ubah suai biasa yang selalunya mengambil masa tiga bulan. Ini adalah bukti perhubungan kerja yang rapat di antara SAF, DSTA dan rakan-rakan sekerja mereka, kata Encik Lim, 45.

“Ini adalah hasil perhubungan kerja yang rapat dengan rakan sejawat Tentera kami dan rakan kongsi industri kami. Kami telah bekerja dengan Tentera dalam banyak projek, jadi kami mendengar keperluan mereka (untuk MSS), kami berbincang, dan ahli pasukan kami menyertai pasukan mereka di lapangan. Dengan cara ini, kami dapat menghasilkan lebih banyak konsep dengan sangat cepat," terang Ketua Pembangunan Kemampuan (Kenderaan Beroda).

Pentadbir swab sedang merekod butiran peribadi pekerja asing di kaunter pendaftaran.

Apakah yang dilakukan oleh Pengimbas Ekpres Bergerak (MExS)?

Dibangunkan oleh Jurutera Tentera daripada MES, MExS ialah pengimbas yang menggunakan Pengecaman Aksara Optik (OCR) untuk mengekstrak secara automatik butiran peribadi pesakit daripada Dokumen Identiti mereka, dan menggabungkan data mengenai ujian swab di dalam pangkalan data pusat. Label swab juga boleh dicetak dan digunakan untuk melabel borang permintaan ujian swab, vial sampel swab, dan senarai manifes sampel swab.

"Inovasi ini membantu kami mencapai dua perkara: pertama, untuk mengautomasikan proses agar ia menjadi kurang rumit. Kedua, dan yang lebih penting, untuk mengurangkan masa sentuhan pesakit dan kakitangan pasukan swab," kata ME7 Low, 53.

Sejak 9 Mei, 10 set MExS telah dihantar ke 38 lokasi ke seluruh pulau, merangkumi lebih kurang 2,000 pesakit.

Bagaimanakah operasi swab dijalankan di MSS?

Pekerja asing yang menjalani ujian swab mengimbas dokumen pengenalan mereka dahulu di kaunter pendaftaran. Butiran peribadi mereka, seperti nama dan tarikh lahir, terus dikemaskinikan di aplikasi MExS.

Daripada aplikasi tersebut, pasukan swab akan boleh mencetak label swab pekerja asing untuk digunakan pada borang permintaan ujian swab mereka, vial sampel swab, dan senarai manifes sampel swab. Pekerja-pekerja akan kemudiannya bergerak ke MSS untuk ujian mereka.

Label swab dicipta daripada MExS untuk digunakan pada borang permintaan ujian swab mereka, vial sampel swab, dan senarai manifes sampel swab.

Bagaimanakah MSS dan MExS bekerja bersama-sama untuk menjadikan operasi swab lebih selamat dan lebih cekap?

Dengan MSS, memasang dan membuka kelengkapan operasi swab telah dikurangkan dari 30 hingga 15 minit. Setiap MSS boleh dikendalikan oleh tiga operator - operator pengangkutan, kakitangan penjagaan kesihatan yang menjalankan swab, dan seorang lagi kakitangan untuk mengumpulkan sampel swab.

Bahagian dalam MSS menggunakan tekanan udara positif untuk memudahkan peraliran udara, memastikan bahawa udara yang tercemar dari luar tidak bocor ke dalam kabin (di mana kakitangan yang menjalankan ujian swab ditempatkan).

Pada masa yang sama, hanya udara bersih dan ditapis masuk ke dalam kabin. Sistem pengalihudaraan dan penapis, yang menyediakan tekanan udara positif di dalam MSS dan menapis habuk dalam udara daripada memasuki kabin, sekarang sedang digunakan dalam platform SAF.

Disebabkan penggunaan sistem SG SAFE dan tekanan udara positif, kakitangan yang bekerja di dalam kabin MSS hanya perlu menyarung sarung tangan pakai buang dan topeng muka N95. Ini membolehkan mereka bekerja berjam-jam lamanya dengan lebih selesa.

"Pasukan saya berasa selamat beroperasi dalam persekitaran yang bersih (yang) dimungkinkan oleh sistem penapisan pengalihudaraan yang secara asasnya mentransformasikan kabin menjadi topeng muka N95," kata Kapten (Dr) Ivan Low, Ketua Pasukan Swab Perubatan.

Pegawai Perubatan berusia 26 tahun dari Kor Perubatan SAF itu menerangkan: "Kabin itu bertekanan untuk mengurangkan risiko titik-titik air dan aerosol memasuki petak tersebut. MSS didatangkan dengan pengurangan penting risiko penjangkitan kepada pekerja penjagaan kesihatan, yang memberikan kami keyakinan untuk menjalankan tugas kami dengan berkesan."

Selepas setiap pekerja asing menjalani ujian swab, mana-mana permukaan yang disentuh - seperti skrin, sarung tangan dan rak di mana kit swab mereka diletakkan - dinyahjangkit. MSS dilap atas bawah dengan sepenuhnya pada penghujung hari.

MExS memendekkan masa pendaftaran purata dari empat minit kepada kurang dari seminit, dan memperbaiki keselamatan dengan mengurangkan masa sentuhan pendaftar swab dengan pesakit. Fungsi OCR juga menghapuskan kesilapan manusia dalam penandaan sampel swab.

 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story