SAYANGKU, TERAS KEKUATANKU

21feb22_photo1new https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/21feb22_photo1newd8154266-dc1e-4c54-ab68-481ea63c0d9f.jpg?sfvrsn=3db25c1_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAYANGKU-TERAS-KEKUATANKU
SAYANGKU, TERAS KEKUATANKU https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SAYANGKU-TERAS-KEKUATANKU
21 Feb 2022 | PEOPLE

SAYANGKU, TERAS KEKUATANKU

Kekasih sejak kecil lagi, 3WO Hilmy dan SSG Farah berkongsi bagaimana mereka mengekalkan hubungan mereka 15 tahun kemudian bersama dengan dua anak, sambil saling memberi sokongan dan berkhidmat dalam Angkatan Tentera.

//KISAH BENITA TEO

// FOTO PTE AMOS CHEW & IHSAN SSG FARAH

SSG Farah (kiri sekali) dan 3WO Hilmy bersama anak perempuan mereka Azraa (dua dari kiri) dan Amira.
English 华文
English 华文

Sebagai pasangan yang saling mengenali semenjak mereka berusia 16 tahun, anda mungkin berfikir Pegawai Waran Ketiga (3WO) Muhammad Hilmy Bin Mohamed Ismail dan Staf Sarjan (SSG) Nur Farah Atiqah Binte Mohamad Ah Halim mengambil keputusan untuk menyertai Tentera Singapura bersama-sama.

Tetapi SSG Farah sebenarnya telah pun memohon tanpa pengetahuan suaminya, dan hanya memecah tembelang tentang kejayaan permohonannya semasa bulan madu mereka!

Kini, selepas 15 tahun dan ibu bapa kepada dua cahaya mata perempuan – Azraa, empat, dan Amira, dua – pasangan itu menyuarakan ketabahan dan kasih sayang mereka yang telah membolehkan mereka membina keluarga yang bahagia sambil menjalankan tugasan berat di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

SSG Farah dan 3WO Hilmy di majlis perkahwinan mereka pada 23 Jul 2016. Pasangan kekasih sejak kecil lagi itu berkahwin selepas enam tahun bercinta-cintaan.

Bawa kami kepada zaman anda berusia 16 tahun – bagaimana anda bertemu?

SSG Farah: Kami menuntut di Sekolah Menengah Sembawang, tetapi saya tidak tahu dia wujud sehinggalah seorang rakan cuba menjadi tukang risik di Menengah Empat dan memperkenalkan kami. Pada mulanya, saya memberitahunya saya tidak berminat kerana saya ingin berfokus pada pelajaran saya tetapi, dalam hati pula, saya berfikir, "Ok, lelaki ini memang mencuba dengan terbaik, mari lihat setakat mana hubungan ini akan berkembang." Perlahan-lahan, saya membuka idea untuk menjalinkan hubungan dengannya.

3WO Hilmy: Sayalah yang tidak habis-habis mengejarnya! Pada mulanya, hubungan kami agak janggal tetapi lama kelamaan, saya bermati-matian mahu memikatnya. Dan ia berjaya!

Pasangan itu telah bersama sejak mereka berusia 16 tahun. Pada mulanya, SSG Farah (kanan) berasa teragak-agak untuk menjalinkan hubungan, tetapi 3WO Hilmy Berjaya menawan hatinya dengan keazamannya.

Kami dengar kisah lamaran anda agakmenarik!

SSG Farah: Kami menunggang basikalnya di kawasan ini (tempat kediaman kami). Pada masa itu pada 2013, tempat ini adalah hutan belantara. Semasa kami melalui kawasan itu, dia pun berkata: "Ini mungkin rumah kita." Dan saya pula menjawab: "Mungkin, mungkin."

3WO Hilmy:  Selepas itu saya menyuruhnya untuk memohon flat BTO (Bina-Ikut-Pesanan), dan dia pula menjadi keliru. Jadi saya berkata: "Saya baru sahaja mendaftar. Mari kita mulakan hidup kita bersama dari saat ini." Dan itulah pinangan saya!

SSG Farah: Dia bukan jenis lelaki yang romantik yang akan meminang dengan berlutut. Saya pun bukan begitu. Saya amat praktikal, saya tak mengharapkan dia untuk membeli bunga dan cincin. Tetapi itulah yang membuat saya tertarik dengannya, dia berorientasikan matlamat dan membuat perancangan. Kami bertunang pada November 2013 dan melangsungkan perkahwinan pada Julai 2016.

3WO Hilmy, bagaimanakah SSG Farah memberitahu anda tentang pendaftaran dalam Angkatan Tentera?

3WO Hilmy: Kisahnya agak kelakar. Kami sedang berbulan madu di Thailand apabila dia mendapat tahu permohonannya untuk menyertai SAF telah berjaya, dan akan menandatangani kontrak pekerjaan dalam masa seminggu! Kami baru sahaja berkahwin selama tiga bulan dan masih dalam "tempoh bulan madu", dan kini dia akan perlu menghadiri kursus BMT (Latihan Tentera Asas) dan kesemuanya!

SSG Farah: Saya memang tertarik dengan Angkatan Tentera – datuk saya pernah menganggotai Pancaragam SAF, dan ramai daripada sanak-saudara saya menyertai Pasukan Rumah. Dan mendengar kisah-kisah Hilmy membuatkan saya lagi berazam untuk mendaftar. Saya pernah bekerja dalam bidang pentadbiran, tetapi kerja dalam pejabat setentunya tidak serasi dengan diri saya. Saya perlu bergerak sepanjang masa!

3WO Hilmy: Saya menjadi Pegawai Tetap sejak 2013, jadi saya memahami cabaran dan tuntutan tugasan dalam SAF. Meskipun begitu, saya menyokong keputusannya! Tetapi sebahagian daripada saya pula mengatakan: "Tak payahlah dalam tugasan yang serupa dengan saya, janganlah datang kacau (ganggu) saya!" (ketawa) Tetapi dia berada dalam pekerjaan yang lain – dia bertugas sebagai pakar bekalan manakala saya pula sebagai Polis Tentera (MP), justeru ia sesuai untuk kami.

3WO Hilmy (kanan) memberi sorkongan kepada SSG Farah di Perbarisan Tamat Pengajian Kadet Pakar pada Ogos 2017. Walaupun dia terkejut bila mendapat tahu tentang permohonannya untuk menyertai Tentera Darat, dia tetap memberi sokongan sepenuhnya.

Memandangkan betapa sibuknya jadual anda, bagaimanakah anda meluangkan masa untuk satu sama lain dan anak perempuan anda?

SSG Farah: Pada masa sekarang, Hilmy seorang jurulatih di Institut Latihan Pertahanan Pulau, dan waktu bekerjanya berbeza dengan saya tetapi, bila ada masa lapang, kami akan merebut peluang untuk pergi bekerja bersama-sama. Kem kami terletak bersebelahan (saya di Kem Kranji II dan dia di Kem Mowbray), jadi kami akan cuba makan tengah hari bersama-sama sekiranya masa mengizinkan. Begitulah caranya kami meluangkan masa untuk satu sama lain.

3WO Hilmy: Kunci kejayaan kami adalah komunikasi. Kami akan berbincang panjang lebar dan bagaimana untuk mengurus dan meluangkan masa bersama. Kini, dengan adanya anak-anak, adalah lebih penting untuk merancangkan masa untuk bersama.  Saya yakin kami perlu bersikap terbuka tentang matlamat kerjaya kami, jadi apabila Farah berkata dia telah mendaftar, kami akan berbincang dan merancang masa depan kami.

SSG Farah: Adakalanya, (salah seorang daripada kami terpaksa membatalkan) rancangan hujung minggu kerana tugasan kami, tetapi jarang sekali kami marah tentang perkara seperti itu (kerana) kami sedar ia adalah tanggungjawab pekarjaan kami. Atau kami tidak boleh mengambil anak perempuan kami bersama-sama dan apabila kami pulang ke rumah, mereka sudahpun bersedia untuk tidur malam. Tetapi kami amat bersyukur dengan adanya sokongan padu daripada kedua-dua ibu bapa kami. Ini membolehkan kami untuk menumpukan perhatian terhadap pekerjaan kami.

Pasangan itu percaya bahawa kunci kepada perkahwinan yang bahagia adalah komunikasi dan bersikap terbuka tentang matlamat mereka. Mereka juga merancang masa mereka dengan teliti untuk memastikan mereka saling meluangkan masa yang berkualiti untuk satu sama lain dan bersama-sama anak perempuan mereka walaupun mereksa sentiasa sibuk bekerja.

Bagaimanakah perasaan anda bekerja bersama dalam Tentera Darat?

3WO Hilmy: Pengetahuan Farah sebagai pakar logistik memang banyak membantu saya. Saya selalu berpaling kepadanya untuk mendapatkan nasihat.

SSG Farah: Begitu juga dengan saya. Sebagai Waran Ops di Pusat Pangkalan Bekalan, saya menguruskan keperluan asas askar-askar kami. Hilmy bertugas sebagai Polis Tentera dan sekiranya saya perlukan nasihat tentang disiplin, saya akan merujuk kepadanya.

Saya juga suka sikap professional kami di tempat kerja. Setiap kali saya memerlukan nasihat, saya akan menghantar e-mel kepadanya. Dan kami tidak ada gelaran manja seperti "sayang" (sayang dalam bahasa Melayu); sebaliknya, saya akan berkata: "Hai Encik, saya perlukan nasihat anda tentang sesuatu perkara."

 

3WO Hilmy bersyukur kerana SSG Farah menenangkan fikirannya dengan menjaga keluarga apabila dia sibuk dengan kerja. Sebaliknya, dia akan bangun tengah malam untuk menjaga anak-anak, supaya isterinya mendapat rehat yang secukupnya.

Selepas 15 tahun dan dua anak, apakah sifat yang paling anda hargai terhadap satu sama lain?

3WO Hilmy: Kesabaran dan pemahaman dia. Saya tidak fikir ramai orang boleh memahami saya kerana saya menghabiskan banyak masa di tempat kerja. Dan dia sentiasa menyokong keputusan saya. Saya memang bertuah adanya dia, kerana dia adalah teras kekuatan saya.

Bila saya sibuk bekerja, saya tahu dia ada di rumah menjaga keluarga. Jadi saya akan membalas dengan bangun pada waktu malam apabila anak-anak bangun. Walaupun saya pulang pada pukul 2 pagi dan mereka bangun pada pukul 3 pagi, saya tetap akan menjaga mereka. Ini suatu perkongsian, kami tidak merungut.

SSG Farah: Setiap kali saya berasa agak malas dengan kerja rumah, dia akan menguruskannya dengan senyap. Dan bila saya nak menguruskannya pula, eh semuanya dah disiapkan! Dia tidak pernah merungut tentang perkara yang belum disiapkan, dia sendiri akan melakukannya.

Dia seorang yang sangat berdisiplin dan sistematik, walaupun semasa di bangku sekolah.  Itulah yang membuat saya suka padanya, dia tahu apa yang dia mahu. Ia memberi saya rasa kestabilan.

3WO Hilmy: Seperkara lagi ialah apa jua yang dia mahu, dia pasti akan melakukannya. Ketabahan dan keazamannya memang kuat semenjak saya mula-mula mengenalinya – itulah sebabnya dia mendaftar! Dia akan menjayakan sesuatu untuk saya, untuk keluarganya, dan juga untuk keluarga saya.

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
21 Feb 2022

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
21 Feb 2022

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
21 Feb 2022

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
21 Feb 2022

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
21 Feb 2022

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
21 Feb 2022

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
21 Feb 2022

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
21 Feb 2022

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
21 Feb 2022

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
21 Feb 2022

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.