Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/08feb21_photo15cac8e63-912f-42b5-bb53-fca2a937bc11.jpg?sfvrsn=eaf5b7e6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJAN-SARJAN-PLATUN-JATUH-CINTA
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJAN-SARJAN-PLATUN-JATUH-CINTA
SARJAN-SARJAN PLATUN, JATUH (CINTA)!
08 Feb 2021 | PEOPLE

SARJAN-SARJAN PLATUN, JATUH (CINTA)!

MEREKA "CHIONG SUA" BERSAMA, JATUH CINTA, BERKAHWIN DAN KINI MENIMANG CAHAYA MATA

Sarjan Pertama (1SG) Shamim Shafiq Loo dan Sarjan Staf (SSG) Venice Ng merupakan sarjan platun di Batalion 5, Rejimen Infantri Singapura (5 SIR) di mana mereka bertemu pertama kalinya pada tahun 2018.

Anda boleh bayangkan sejauh mana mereka saling mengenali, setelah melihat yang lain maju – dan bersusah-payah menjalani – latihan tentera yang lasak.

1SG Loo melamar SSG Ng di seting “kawasan jauh”.

Pasangan ini suka dengan sifat-sifat yang terserlah pada diri masing-masing. Dan setelah sekian lama berpacaran, 1SG Shamim, seperti askar infantri sejati, melamarnya di sebuah "kawasan kem" di East Coast Park.

Mereka diijabkabulkan pada 2019 dan menyambut kelahiran Harley rekrut terbaharunya pada Ogos tahun lepas.

PIONEER dalam temu bualnya dengan pasangan tersebut untuk mengetahui kisah cinta mereka, dan bagaimana mereka menghadapi cabaran sebagai pasangan suami isteri di angkatan tentera.

Pasangan ini saling mengenali semasa berkhidmat sebagai sarjan platun di 5 SIR.

Apakah yang anda lakukan di Angkatan Tentera Darat?

1SG Loo: Saya menjalani Perkhidmatan Negara (NS) mula sekali sebagai anggota pasukan dalam 6 SIR dari 2009 ke 2011. Kemudian saya menuntut pengajian diploma kejuruteraan aeroangkasa di Politeknik Singapura, dan mengambil Skim Diploma Politeknik-SAF Bersama (JPSDS). Saya kembali menyertai Angkatan Tentera Darat pada 2015.

Sekarang, saya memegang jawatan sebagai Penolong Jurulatih Platun di Institut Latihan Infantri Bermotor di mana saya menjalankan latihan untuk unit aktif dan unit NS bagi beroperasi dan bertempur bersama-sama Kenderaan Pengangkut Infantri Terrex.

SSG Ng: Saya menuntut pengajian Media Baru di Politeknik Republik dan mendaftar untuk JPSDS pada 2012. Saya mendaftar pada 2015 dan menghabiskan tiga tahun pertama saya di 5 SIR sebagai komander seksyen isyarat dan seterusnya, sebagai sarjan platun.

Kini, saya bertugas sebagai penolong jurulatih di Institut Isyarat, melatih pengendali isyarat untuk menjalankan set isyarat serta Sistem Pengurusan Medan Perang untuk Terrex.

Pengantin lelaki dan perempuan di majlis perkahwinan mereka pada 2019.

Apakah yang menarik minat anda terhadap satu sama lain?

1SG Loo: Kami datang dari unit yang sama, 5 SIR. Ketika itu, dia seorang sarjan platun, dan saya pula, saya sarjan platun infantri.

Tidak dapat dinafikan, saya amat tertarik dengan wajah manisnya yang mendorong saya untuk mengorak langkah permulaan - dialah gadis anggota tentera yang ingin dikenali oleh orang ramai dalam Instagram! (ketawa)

Tetapi daya tarikan utama yang mengeratkan perhubungan kami – bagaimana saya tahu dialah "Satu-satunya" – adalah betapa (mesra) sebatinya kami dalam pergaulan kami. Saya sering bercakap secara terang-terangan dan tidak mempunyai ramai rakan wanita. Tetapi saya berasa selesa berbual dengannya.

SSG Ng: Bagi saya, setentunya personalitinya yang kuat dan lantang. Dia juga sangat berdisiplin dan rajin.

Salah satu sifat terbaik yang terserlah pada dirinya ialah layanannya yang ikhlas dan mesra terhadap askar-askarnya. Contohnya, salah seorang bekas askarnya kini menjadi rakan keluarga kami. Setahun selepas ORD (Tarikh Sedia Beroperasi), mereka masih bermain bola keranjang bersama.

Adakalanya, dia akan datang melawat kami dan Shamim akan meluangkan masa bersamanya kerana dia tinggal bersendirian di Singapura (sebagai Pemastautin Tetap) dan tidak dapat melawat ibu bapanya di Malaysia semasa COVID-19.

Pasangan ini mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan komandan mereka untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa.

Bagaimana perasaannya sebagai pasangan tentera?

1SG Loo: Satu perkataan: sukar! Pertembungan rancangan, berturut-turut (latihan) di kawasan jauh, tempo latihan tinggi – senarainya panjang dan berterusan.

Di sebalik cabaran yang dihadapi, kami berasa besar hati mengetahui pihak atasan kami sangat memahami keadaan kami, lebih-lebih lagi dengan kelahiran bayi kami. Mereka berusaha sebaik-baiknya untuk memastikan kami mempunyai keseimbangan kehidupan bekerja, dan mereka juga berkongsi pengalaman sendiri supaya kami boleh menguruskan keibubapaan kami dengan lebih sempurna.

SSG Ng: Sekiranya kami masing-masing menjalani latihan di kawasan luar atau latihan malam pada hari yang sama, dan tidak dapat mengambil bayi kami dari pusat penjagaan bayi, kami akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga kami untuk menjemputnya pulang atau untuk menjaganya.

1SG Loo: Memandangkan kami adalah ibu bapa anggota tentera yang bekerja, kami tidak ada banyak masa lapang untuk diluangkan bersama anak kami, terutama pada hari-hari bekerja. Adakalanya kami terlewat menjemput anak kami sehingga dia sudah tertidur kerana waktu tidurnya adalah seawal 9 pm. Saya masih terkenang malam-malam di mana salah seorang akan pulang dan mendapati yang satu lagi pula sudah tertidur bersama anak!

Adakah COVID-19 membawa cabaran baharu dalam hidup anda sebagai pasangan suami-isteri?

1SG Loo: Sejujurnya, tidak seperti yang kami jangkakan. Boleh dikatakan impak terbesar dalam hidup kami adalah gangguan kepada rancangan perjalanan kami, memandangkan kami gemar sekali mengembara. Semasa berpacaran, kami akan merantau ke tempat-tempat seperti Cebu, Thailand dan Malaysia.

Tetapi pandemik ini telah mengeratkan hubungan kami sekeluarga – lebih masa untuk bergaul di rumah, menonton Netflix dan mencari tempat baharu untuk berjoging pada setiap hujung minggu.

Hadiah Terrex buatan tangan dari 1SG Loo untuk isterinya, yang melatih pengendali Signal untuk mengendalikan set isyarat dan Sistem Pengurusan Battlefield untuk Terrex.

Bagaimana anda akan menyambut Hari Valentine?

1SG Loo: Hari Valentine pasti hari yang istimewa dalam hati kami kerana ia juga merupakan hari lahir Venice! Kami telah merancang cuti inap untuk meluangkan masa berkualiti dengan anak kami. Saya juga menyediakan beberapa hadiah buatan tangan tetapi saya akan meninggalkannya buat sementara waktu kerana ia adalah suatu kejutan bagi mereka!

Apakah perkara paling romantis yang pernah anda lakukan untuk satu sama lain?

1SG Loo: Saya rasa perkara yang paling romantis adalah apabila saya melamarnya dengan pengalaman seakan-akan di kawasan jauh di East Coast Park, atau apa yang digelarkan sebagai glamping oleh orang ramai hari ini.

Di samping itu, setiap kali saya pergi ke kawasan jauh, saya sering menemui logam sekerap, ranting kering dan bunga untuk membentuk cincin atau hadiah buatan tangan yang kecil baginya.

Cincin buatan tangan daripada 1SG Loo.

SSG Ng: Hmmm, saya tidak membuat apa-apa perkara yang romantis...

1SG Loo: Sebenarnya, dia ada melakukannya. Dia tahu saya gemar Pokemon dan berusaha untuk mencari kek dengan watak Charmander bagi saya. Dia akan mencari sesuatu yang unik, yang boleh menyentuh hati saya.

SSG Ng membuat hadiah ini untuk 1SG Shamim supaya dia dapat merasai cintanya walaupun dia berada jauh di kem.

Anda tahu, kami berdua bekerja di angkatan tentera dan tidak mempunyai banyak masa lapang. Ramai yang berpendapat kami menggunakan wang untuk mengimbangi kekurangan masa. Tetapi Venice seorang insan yang selalu membuktikan sebaliknya. Dia akan menghabiskan masa untuk mendapatkan hadiah yang anda pasti akan hayati.

Adakah ia membawa manfaat bagi pasangan yang turut bekerja di SAF?

1SG Loo: Menjelang Mei ini, ia akan menandakan tahun kelapan saya di Tentera Darat dan tahun keenamnya bagi isteri saya. Adalah amat membantu mempunyai seseorang yang memahami pekerjaan anda dan jumlah masa dan dedikasi yang perlu kami berikan.

Kami amat memahami sekiranya salah satu daripada kami perlu bermalam di kawasan luar, manakala yang satu lagi pula akan menguruskan semua hal lain di rumah.

Hari Valentine merupakan hari istimewa bagi pasangan ini kerana ia adalah juga hari jadi SSG Ng.

Apakah nasihat tentang hubungan yang boleh anda berikan kepada pasangan yang lain?

1SG Loo: Bagi anggota tentera seperti kami, masa lapang kami adalah terhad kerana sifat pekerjaan kami. Pada pendapat kami, adalah penting bagi pasangan untuk menghargai masa bersama, tanpa mengambil kira jangka masa panjang atau singkat.

Isteri saya selalu menyuarakan: "Jika anda bersama dengan orang yang sempurna bagi anda, setiap hari adalah Hari Valentine. Tetapi jika anda bersama orang yang salah ... "

SSG Ng: Setiap hari bagaikan hari neraka! (ketawa) Menjelang Hari Valentine pula, ia adalah satu-satunya hari anda mempamerkan gaya romantis itu.

1SG Loo: Ya! Apakah gunanya sekiranya anda hanya berasa gembira untuk tiga atau empat kali sahaja dalam setahun, dan sepanjang tahun yang lain, tidak gembira? Justeru, luangkan masa bersama orang yang anda sayangi, dan pastikan anda menghargai masa itu!

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
08 Feb 2021

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
08 Feb 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
08 Feb 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
08 Feb 2021

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
08 Feb 2021

She used to serve on the Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
08 Feb 2021

She used to serve on the Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
08 Feb 2021

She used to serve on the Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
08 Feb 2021

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
08 Feb 2021

She used to serve on the Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
08 Feb 2021

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.