SARJAN PLATUN BERHATI MULIA

05apr22_photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/05apr22_photo11858966b-2f76-4265-9fbd-50a03c7dc7fa.jpg?sfvrsn=c2e53661_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJAN-PLATUN-BERHATI-MULIA
SARJAN PLATUN BERHATI MULIA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/SARJAN-PLATUN-BERHATI-MULIA
05 Apr 2022 | PEOPLE

SARJAN PLATUN BERHATI MULIA

1SG (NS) Ralph Lim, yang mengetuai badan amal makanan Mummy Yummy, berharap dapat menginspirasikan lebih ramai orang untuk tampil ke hadapan dan membantu mereka yang memerlukan.

//KISAH KOH ENG BENG

//FOTO AMOS CHEW & IHSAN MUMMY YUMMY & CFC (NS) LIM

1SG (NS) Lim (tengah), dengan rakan-rakannya daripada Mummy Yummy.
English 华文
English 华文

Dari Isnin hingga Jumaat, Sarjan Pertama (1SG) (NS) Ralph Lim berada di latihan kem bersama-sama askarnya. Menjelang hujung minggu, dia akan pergi dari rumah ke rumah, mengagih makanan percuma kepada mereka yang memerlukan di pangsapuri sewa. Beginilah keadaan kehidupannya dari 2019 hingga 2021.

Pada masa itu, 1SG (NS) Ralph Lim, seorang Pegawai Tetap Tentera telah berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Mummy Yummy, sebuah badan amal makanan yang menyediakan makanan vegetarian percuma kepada keluarga yang kurang bernasib baik.

Selain mengagihkan makanan, dia juga berkawan dengan benefisiari bantuan.

Apabila tanggungjawabnya di badan amal makanan semakin meningkat, dia minta dilepaskan daripada kerjaya ketenteraannya untuk memainkan peranan sebagai Ketua Mummy Yummy tahun lepas.

1SG (NS) Lim adalah sarjan platun pengakap di 48 SAR.

"Pada tahun 2020, pemimpin generasi terdahulu (Mummy Yummy) menemui saya untuk mengambil alih peranan itu," kata 1SG (NS) Lim, seorang sarjan platun pengakap. "Bagi saya jika saya benar-benar berniat untuk membantu orang, saya harus berusaha sedaya upaya."

Kata lelaki yang berusia 27 tahun itu lagi, bekerja dalam badan amal adalah lanjutan usahanya sebagai Anggota Tentera Tetap - berkhidmat kepada masyarakat.

1SG (NS) Lim (kiri) menyediakan hidangan bersama rakan sekerjanya di dapur tengah Mummy Yummy.
Mummy Yummy mengedarkan kira-kira 30,000 hidangan sebulan kepada golongan yang memerlukannya.

Kerja sepanjang 24/7

Sebagai Ketua badan amal, 1SG (NS) Lim mengetuai operasi Mummy Yummy. Dia memulakan kerjanya  pada pukul 7 am dan seringkali berlarutan sehingga pukul 2 am keesokan harinya.

"Ia seakan-akan latihan di medan lapangan," katanya tentang waktu bekerja yang panjang, sambil bergelak. "Tetapi Tentera Darat telah melatih saya dengan baik untuk berfungsi tanpa banyak rehat."

Mummy Yummy mengendalikan restoran yang berfungsi sebagai dapur pusatnya. Tugasan 1SG (NS) Lin melibatkan perancangan untuk penghantaran harian, dan membantu  menyediakan makanan.

Dia juga membuat lawatan ke rumah untuk meneliti benefisiari mereka, dan juga berjalan di jalanan untuk mencari orang miskin yang mungkin memerlukan bantuan.

Dedikasi untuk membantu insan lain

1SG (NS) Lim berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu golongan yang memerlukan. Contohnya, semasa lawatan ke rumah tahun lalu, dia meluangkan masa beberapa jam untuk memujuk seorang lelaki tua, yang telah jatuh teruk, untuk menjalani pembedahan.

"Seperti kebanyakan warga emas, pemikiran mereka sangat tradisional. Dia dan isteri tidak yakin dengan perubatan barat," katanya.

Setiap hari selama dua minggu, dia akan membawa isteri orang tua itu melawatnya di hospital. Dia juga melayan panggilan telefon si isteri pada waktu pagi, bertanyakan tentang keadaan suaminya.

"Mereka berasa sungguh terharu," kata 1SG (NS) Lim. "Mereka bertanya kepada saya, kenapa saya bersusah payah membantu mereka sedangkan anak-anak mereka sendiri tidak berbuat demikian? Saya mengatakan saya memang suka membantu orang."

Menggalakkan anggota tenteranya berbuat baik

Apabila 1SG (NS) Lim mula berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Mummy Yummy pada 2019, dia mendapati pengalaman itu sungguh bermakna, dan mengajak rakan-rakan sekerjanya dan Anggota Perkhidmatan Negara (NSF) Sepenuh Masa dari Batalion Ke-48, Rejimen Berperisai Singapura (48 SAR) untuk menyertainya.

1SG (NS) Lim (depan, kanan sekali) memberi taklimat kepada sukarelawan sebelum pengagihan makanan mereka pada Januari 2020. Antaranya adalah NSF daripada batalionnya.

"Platun" sukarelawannya semakin meningkat apabila berita tentang kerja sukarela hujung minggunya tersebar ke seluruh batalion.

Katanya, hasil yang baik, ialah anggota tenteranya lebih prihatin dan mempunyai rasa empati yang lebih kuat. Sebelum menyertainya untuk kerja sukarela, ramai tidak sedar tentang kehidupan golongan yang kurang bernasib baik, seperti mereka yang mungkin kurang upaya atau ibu tunggal.

"Sesudah berinteraksi dengan golongan yang kurang bernasib baik ini, ia menimbulkan kesedaran dalam anak-anak buah saya kerana kebanyakan mereka membesar tanpa perlu bimbang tentang wang atau hidangan makanan yang seterusnya," katanya.

CFC (NS) Lim bersama dengan seorang benefisiari semasa pengagihan makanan pada 2021.

Menurut anggota tentera Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Lim Cheng Zhi, 24 yang berkongsi pengalamannya: "Saya tahu bahawa ada kemiskinan di Singapura tetapi saya tidak sedar setakat mana – beberapa keluarga dengan anak-anak tinggal bersama-sama di pangsapuri satu bilik sambil cuba bertahan."

Kini, lebih kurang 50 askarnya masih menjadi sukarelawan dengan Mummy Yummy. Malahan ramai yang bekerja bersungguh-sungguh untuk membantu benefisiari, kata 1SG (NS) Lim.

Contohnya, apabila mereka bertemu dengan warga tua yang merupakan penyorok yang kompulsif, mereka akan menawarkan diri untuk membersih rumah pangsa mereka.

Bagi 1SG (NS) Lim, dia berasa sangat gembira melihat anggota tenteranya membantu golongan yang memerlukan. "Jika saya boleh mengubah seorang anak buah saya untuk menjadi orang yang lebih baik sesudah menamatkan kursus NS mereka, saya sudahpun menjalankan tugas saya sebagai panglima."

1SG Lim menandatangani kontrak sebagai Anggota Tentera Tetap di pertengahan kursus NS sepenuh masanya pada 2017.

Mengambil iktibar daripada pengalamannya di Angkatan Tenteranya

Mengendalikan sebuah pertubuhan bukan untung adalah sesuatu bidang yang baharu bagi 1SG (NS) Lim. Tetapi dia dapat memanfaatkan pengalaman kepimpinan dan kemahiran komunikasi yang diperoleh dalam Tentera Darat.

"Pengalaman saya telah membantu saya meningkatkan pemahaman tentang cara memimpin orang, membimbing mereka, dan menghasilkan sistem untuk memastikan operasi kami berjalan lancar," katanya.

NSF daripada 48 SAR berkumpul sebelum memulakan pengedaran makanan mereka untuk Mummy Yummy pada 2021.

Contohnya, dia mengendalikan rangkaian sukarelawannya seperti organisasi ketenteraan yang berpengalaman. Semasa pengedaran makanan, sukarelawan yang berpengalaman akan mengambil peranan kepimpinan seperti Level IC (In-Charge), Block IC dan Area IC.

Menurutnya, peranan-peranan ini adalah seperti peranan panglima seksyen, sarjan platun, dan sarjan kompeni.

Bertekad untuk membantu lebih ramai orang

Melangkah ke hadapan, 1SG (NS) Lim mahu Mummy Yummy meluaskan perkhidmatan bantuannya kepada lebih ramai orang.

Contohnya, ia telah mula mendekati mereka yang menetap di rumah pangsa tiga bilik, yang mata pencarian mereka terjejas teruk akibat wabak COVID-19.

Satu cabaran besar yang mereka hadapi ialah mendapatkan lebih ramai sukarelawan untuk menjalankan program perkhidmatan bantuan semasa wabak COVID-19. "Kami terpaksa melitupi seluruh Singapura (untuk mencari mereka yang memerlukannya), dan itu bukan mudah," katanya.

Tetapi segala usaha mereka telah membuahkan hasil, tegasnya. "Melihat mereka meluahkan rasa terima kasih dan bersyukur atas bantuan dan sokongan yang anda berikan, kepuasan yang ditimba daripada  pengalaman ini jauh berbeza daripada mana-mana pekerjaan lain."

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
05 Apr 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
05 Apr 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
05 Apr 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
05 Apr 2022

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
05 Apr 2022

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
05 Apr 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
05 Apr 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
05 Apr 2022

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
05 Apr 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
05 Apr 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.