MILESTONES

SAMBUTAN RSAF50 DILANCARKAN DENGAN SKIM CAT KHAS F-15SG

07 Feb 2018

Pesawat yang sebelum itu berwarna kelabu kusam kini berwarna biru yang menarik perhatian. Logo RSAF50, d mana nombor 50 telah direka untuk menyerupai simbol infinti, dicat di bahagian atas dan pada ekor F-15SG yang berasaskan warna biru.

07feb18_news1

// LAPORAN TEO JING TING

// GAMBAR CHUA SOON LYE


Puan Halimah memperkenalkan F-15SG bertemakan RSAF50. Beliau diiringi oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen (di sebelah kanan beliau) dan Ketua Tentera Udara Mejar Jeneral (MG) Mervyn Tan (di sebelah kiri beliau).
The RSAF50-themed F-15SG bertemakan RSAF50 muncul buat kali pertamanya semasa pertunjukan udara Singapore Airshow 2018, bersama-sama dengan dua buah F-16C.
Seorang pengunjung berswafoto di stesen mural RSAF50. Gambar beliau akan menyumbang kepada montaj 50,000 gambar.
Jet-jet pejuang RSAF menyampaikan tabik hormat keemasan, satu formasi untuk memberikan tabik hormat kepada kakitangan RSAF pada masa lalu dan sekarang.
Logo RSAF50, di mana nombor 50 telah direka untuk menyerupai symbol infiniti, dicat di bahagian atas dan ekor F-15SG yang berasaskan warna biru.
Aset-aset yang dipamerkan pada persembahan udara termasuk F-15SG, F-16C dan helikopter CH-47 Chinook RSAF.
Kakitangan RSAF memberi taklimat kepada Puan Halimah pada satu pameran di astaka RSAF50. Beliau diiringi oleh MG Tan (di sebelah kiri beliau) dan Menteri Kanan Pertahanan Negara Dr Maliki Osman (berbaju ungu).

Pesawat yang sebelum itu berwarna kelabu kusam kini berwarna biru yang menarik perhatian. Logo RSAF50, d mana nombor 50 telah direka untuk menyerupai simbol infinti, dicat di bahagian atas dan pada ekor F-15SG yang berasaskan warna biru.

Pameran udara RSAF pada Singapore Airshow (SA) 2018, menampilkan F-15SG dengan skim cat khas bersama-sama dua buah F-16C.

Presiden Halimah Yacob, yang melancarkan sambutan RSAF50 pada SA 2018 di Pusat Pameran Changi pada 7 Feb, juga melancarkan F-15SG bertemakan RSAF50 apabila tiga buah F-15SG membuat terbang lintas hormat di ruang udara.

Semasa ucapan beliau, Puan Halimah memuji anggota lelaki dan wanita RSAF kerana membantu Singapura berkembang dari pasukan yang hampir tidak memiliki keupayaan pertahanan udara hingga menjadi kuasa menggerunkan yang boleh bertindak dengan pantas dan tegas terhadap spektrum penuh ancaman. Secara khusus, beliau berterima kasih kepada perintis RSAF yang telah membentangkan asas yang kukuh.

Beliau menyatakan: "Kepada semua kakitangan lelaki dan wanita yang menyumbang kepada kejayaan RSAF, saya mengucapkan terima kasih atas profesionalisme dan komitmen anda yang tidak berbelah bahagi. Saya yakin bahawa RSAF akan terus memastikan ruang udara kita bebas dan selamat."

Puan Halimah juga melawati pameran statik RSAF dan melancarkan Mural RSAF50 di Astaka RSAF50. Apabila lengkap nanti, mural tersebut akan menampilkan 50,000 gambar yang disumbang oleh warga Singapura yang dikumpul semasa pelbagai acara sambutan RSAF50.

Di sepanjang beberapa bulan yang akan datang, RSAF akan mempamerkan aset-aset mereka di lima lokasi kawasan tengah. Menjelang hujung minggu Hari Kebangsaan, warga Singapura juga akan dipersembahkan dengan terbang lintas hormat oleh lebih daripada 20 aset udara dan juga pameran di udara oleh F-15SG, F-16C/D dan AH-64D.

Untuk maklumat lanjut tentang sambutan tersebut, sila lawati www.mindef.gov.sg/RSAF50.

 

 

 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story