MILESTONES
SAFRA MERAIHKAN KEAKRABAN ANGGOTA PERKHIDMATAN NEGARA SEPANJANG 50 TAHUN
02 Dec 2022
Sekiranya anda berkhidmat di SAF, disah serta dicop anda pernah ke Kelab SAFRA.
Sekiranya anda berkhidmat di SAF, disah serta dicop anda pernah ke Kelab SAFRA.
Terletak di seberang Singapura dari Gunung Faber ke Toa Payoh, Jurong, Yishun, Punggol dan Tampines, rumah kelab SAFRA membentuk sebahagian penting dalam kehidupan ramai anggota tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan keluarga mereka.
Selama bertahun-tahun, ramai anggota perkhidmatan negara serta keluarga mereka telah meluangkan masa bersama dalam program kecergasan, aktiviti mesra kanak-kanak, dan menikmati juadah tradisional yang lazat di kelab-kelab ini.
Untuk meraikan jubli emasnya, SAFRA mengadakan majlis makan malam pada 1 Dis di SAFRA Mount Faber. Sempena sambutan yang penting itu, seramai 168 penerima diberi penghargaan terhadap perkhidmatan dan sumbangan mereka dalam komuniti Perkhidmatan Negara (NS).
Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun SAFRA ke-50 juga menandakan berakhirnya kempen mengumpul dana selama setahun, yang dipelopori oleh sukarelawan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi, untuk membantu golongan warga Singapura yang memerlukan.
Setakat ini, lebih $800,000 telah dikumpul untuk benefisiari daripada Cabaran Presiden, SAF Care Fund, Rainbow Center dan lain-lain.
Pelbagai inisiatif amal termasuk Cabaran Amal Roda & Kaki SAFRA dan Berenang untuk Harapan SAFRA. Inisiatif Let's Gift For A Reason masih diteruskan sehingga 18 Dis.
Di majlis makan malam ulang tahun SAFRA yang ke-50, Dr Ng (gambar atas, kedua dari kiri) menyampaikan cek kepada Kolonel (NS) Abu Bakar Mohd Nor, Pengerusi Inisiatif SAFRA Prihatin dan ahli Jawatankuasa Penganjur SAFRA50 (kiri).
Turut bersama mereka adalah Encik Aubeck Kam, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Cabaran Presiden (dua dari kanan); dan Leftenan Jeneral Melvyn Ong, Panglima Angkatan Pertahanan dan Pengerusi Lembaga SAF Care Fund (kanan sekali).
Penerima Anugerah Jasa Gemilang (Emas) Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Terence Quek telah menjadi sukarelawan SAFRA sejak 2009. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif SAFRA Toa Payoh.
"Semasa saya berkhidmat secara sukarela dengan sesuatu organisasi, adalah sangat penting bagi saya untuk berkhidmat untuk sesuatu yang lebih besar daripada diri saya. Dan misi SAFRA (untuk mengeratkan keakraban dalam kalangan anggota Perkhidmatan Negara) betul-betul menepati institusi Perkhidmatan Negara," kata lelaki berusia 47 tahun itu, yang berkhidmat dengan Tentera Laut Republik Singapura.
"SAFRA telah berkembang selama bertahun-tahun. Umpamanya, semasa pandemik, kami telah mengalihkan banyak aktiviti bersemuka ke dalam talian agar para anggota boleh terus berhubung. Salah satu sebab saya masih terus berkhidmat adalah kerana saya sedar tentang perkaitan SAFRA dan para sukarelawan yang giat bekerja."
Sepanjang tempoh perkhidmatan tiga tahun beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur bagi Let's Gift For A Reason, LTC (NS) Quek memainkan peranan penting dalam mengembangkan usaha jangkauan untuk inisiatif Adopt A Wish dan Adopt A Bag bagi kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik.
Bermula dengan 360 penerima daripada lima pusat benefisiari pada 2019, bilangan ini meningkat sepuluh kali ganda menjelang 2021, dengan 3,546 penerima daripada 16 pusat benefisiari.
Dalam ucapan Dr Ng di majlis makan malam itu, beliau memberi penghormatan kepada mendiang Dr Goh Keng Swee, Menteri Pertahanan pada masa itu, yang melancarkan SAFRA pada 1972 berasaskan dua matlamat.
Yang pertama adalah untuk menunjukkan penghargaan kepada anggota Perkhidmatan Negara dengan menyediakan kemudahan rumah kelab yang berpatutan dan mudah didatangi oleh mereka dan keluarga mereka. Yang kedua adalah untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan anggota SAF dan membina hubungan erat dan perpaduan sesama mereka.
Dr Ng menyatakan bahawa "mungkin sokongan paling padu bagi SAFRA, adalah daripada anggota Perkhidmatan Negara dan ahli keluarga mereka"– hampir 475,000 anggota Perkhidmatan Negara dan ahli keluarga mereka menganggotai SAFRA, dengan lebih daripada 3,000 ahli mengunjungi rumah kelab setiap hari.
Pada tahun depan, anggota Perkhidmatan Negara dan ahli keluarga mereka boleh menunggu pembukaan rumah kelab ketujuh SAFRA di Choa Chu Kang.
"Selepas lima puluh tahun, SAFRA telah memenuhi misinya dengan cemerlang. Tetapi untuk mengekalkan kesesuaian dan tarikannya, kita mesti berusaha mengadaptasi cita rasa generasi baharu anggota Perkhidmatan Negara dan ahli keluarga mereka yang kian berubah," tambah Dr Ng.
"Dengan input dan sumbangan aktif sukarelawan anggota Perkhidmatan Negara dan sokongan daripada sektor perniagaan dan komuniti, saya yakin SAFRA akan terus berkembang maju dalam dekad-dekad yang akan datang."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

