TECHNOLOGY

SAF KE ARAH KEHIJAUAN, TUBUH PEJABAT MAPAN SAF YANG BAHARU

03 Mar 2021

Sebagai sebahagian daripada usaha MINDEF dan SAF ke arah kehijauan, beberapa pesawat F-16 RSAF akan menjalani ujian penggunaan bahan api penerbangan hijau.

03mar21_news1-1

// BERITA TEO JING TING

// FOTO PIONEER PHOTOGRAPHERS


Sebagai sebahagian daripada usaha MINDEF dan SAF ke arah kehijauan, beberapa pesawat F-16 RSAF akan menjalani ujian penggunaan bahan api penerbangan hijau.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan bertemu, dan dalam beberapa kes kawasan utama, telah melebihisasaran nasional yang ditetapkan di bawah Rancangan Hijau Singapura 2030.

Ini akan dijalankan melalui tiga cara: mengurangkan pertumbuhan pengeluaran karbon, penggunaan air dan sisa.

Contohnya, MINDEF akan mengurangkan pertumbuhan pengeluaran keseluruhannya sebanyak dua pertiga menjelang 2030, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa perbahasan tentang belanjawan pertahanan dengan Jawatankuasa Pembekalan pada 1 Mac. Menjelang 2050, ia akan mengurangkan jumlah pengeluaran dari tahap 2030 kepada separuh.

SAF akan mengurangkan pelepasan dari platformnya, "apabila penggantian tersedia dan berkesan kos, dan tanpa kehilangan keberkesanan operasi, kompromi dalam keselamatan atau kenaikan mendadak dalam perbelanjaan pertahanan,” tambahnya.

Lebih banyak panel solar akan digunakan di kem dan pangkalan SAF sehingga penggunaan solar berlipat ganda.

Mengurangkan pengeluaran karbon

Sumber pengeluaran utama di MINDEF dan SAF datangnya dari infrastruktur bangunan dan platform ketenteraan, kata Dr Ng.

Untuk mengatasinya, lebih banyak panel solar akan digunakan di dalam kem dan pangkalan SAF. Ini akan menggandakan penggunaan solar MINDEF dan SAF daripada 20 hingga 50 puncak mega-watt – sama dengan penggunaan elektrik oleh 12,500 isi rumah empat bilik– menjelang 2025.

MINDEF juga bertujuan untuk mencapai Anugerah Tanda Hijau Platinum Tenaga Amat Rendah untuk semua bangunan besar dan yang baru dipasang.

Perubahan ini akan mengurangkan pertumbuhan pengeluaran karbon MINDEF sekitar 40 peratus menjelang 2030, kata Dr Ng

Tambahnya lagi, Tentera Darat akan menggantikan kenderaan pentadbirannya sekarang sepenuhnya dengan kenderaan elektrik menjelang 2030. Prasarana mengecas akan didirikan di kem dan pangkalan secara berperingkat.

Kapal yang lebih baharu seperti Kapal Misi Littoral akan dilengkapi lampu LED jimat tenaga dan sistem pemadaman api kabus air bebas ozon.

Tentera Laut Republik Singapura (RSN) akan melengkapkan kapal yang lebih baharu seperti Kapal Misi Littoral dengan lampu LED cekap tenaga dan sistem pemadam kebakaran kabut air tanpa ozon. Ia juga akan meninjau penggunaan penukar bahan buangan untuk mengurangkan volum bahan buangan.

Bagi Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), beberapa jet F-16 akan menguji penggunaan bahan api penerbangan hijau.

"(Ujian ini akan membantu RSAF) memahami kejuruteraan, logistik dan kerja-kerja prasarana yang diperlukan untuk meningkatkan (penggunaan bahan api penerbangan hijau) apabila ia menjadi lebih berkesan kos," kata Dr Ng.

Air yang dikitar semula digunakan untuk mencuci kenderaan.

Mengguna semula air & mengurangkan sisa makanan

Dr Ng menjelaskan pada 2030, SAF bertujuan untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus dan mengurangkan bahan pembuangan sebanyak 30 peratus.

Contohnya, kelengkapan air akan diganti secara berperingkat dengan alat yang lebih cekap yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tanda rait di bawah Skim Melabel Penjimatan Air. SAF juga akan terus melabur dalam sistem kitar semula air, seperti dalam pencucian kenderaan.

Menjelang 2024, SAF akan melaksanakan proses pengasingan dan pengitaran semula sisa makanan di semua tempat masaknya.

Berkaitan pembaziran makanan, SAF telah melaksanakan proses pengasingan dan kitar semula di 14 tempat masak. Ini akan dilakukan di semua tempat masak menjelang 2024. Terdapat juga kontrak pembuangan sampah untuk mengitar semula dan mengguna semula jenis bahan buangan lain seperti bahan kimia dan besi buruk.

Mengambil Kuasa Milik

Untuk berjaya dalam inisiatif hijau di seluruh SAF ini, unit-unit perlu diberi kuasa untuk menyumbangkan usaha yang terbaik, kata Dr Ng.

Sistem meter utiliti pintar akan dipasang secara progresif di semua bangunan, agar setiap unit tahu jumlah pengeluaran, sisa dan penggunaan airnya.

Dr Ng menjelaskan bahawa ini akan memberi kuasa kepada membolehkan para komandan mengambil kuasa milik, menanda aras unit mereka terhadap orang lain, dan mengambil keputusan yang lebih tepat untuk penghijauan SAF.

Dia juga mengumumkan bahawa MINDEF akan menubuhkan Pejabat Mapan SAF yang baharu untuk memberikan panduan dan memastikan kemapanan usaha-usaha penghijauan mereka.

Peranan Ketua Pegawai Kelestarian SAF akan dipegang oleh Ketua Staf Bersama-Staf SAF, dan pejabat tersebut akan diberi nasihat oleh panel penasihat luaran yang merangkumi pakar daripada pelbagai bidang.

"Struktur perintah ini, dengan nasihat yang sewajarnya, akan menempatkan kita dalam trajektori terbaik dalam usaha jangka panjang ini," kata Dr Ng.

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story