MILESTONES

RSS VALIANT MENANG UNIT ARMADA TERBAIK

29 Jun 2023

Ini adalah kemenangan keempat korvet peluru berpandu itu.

29jun23_news2-thumbnail-herobannera
Dari kiri: 3SG (NS) Low, ME2 Tan, MEJ Choy dan ME3 Murugesh adalah anak kapal kebanggaan RSS Valiant.

// KISAH TEO JING TING // FOTO KENNETH LIN


English 华文
English 华文

Komited, terikat seperti keluarga.

Inilah kata-kata yang disuarakan oleh anak-anak kapal untuk menggambarkan perasaan bekerja di korvet peluru berpandu RSS Valiant – yang baru sahaja mencatat kemenangan keempat mereka dalam Pertandingan Unit Terbaik tahunan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), merangkul anugerah Unit Armada Terbaik.

Korvet peluru berpandu (MCV) kelas Victory sebelum ini menang pada 1993, 1998 dan 2012 – Ketika anugerah itu dikenali sebagai anugerah Kapal Terbaik.

RSS Valiant (kanan sekali) menyertai Latihan Singsiam 2022 bersama dengan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Thai pada Mac lalu. [Foto: RSN]

Pegawai Pemerintah Mejar (MAJ) Choy Seng Tuck, 36, berkata: "Kami mempunyai semangat boleh yang tinggi. Apa jua kami lakukan, kami akan lakukan tanpa ragu-ragu dan dengan terbaik.

"Kami sentiasa bekerja bersama dan mempunyai ikatan kuat yang membolehkan kami menjalankan tugas dengan lebih baik. RSS Valiant umpama keluarga kedua dan kami semua sangat prihartin antara satu sama lain."

Anak kapal RSS Valiant bekerja bersama di Pusat Maklumat Tempur.

Umpama sebuah keluarga

Berkaitan saling berjaga-jaga antara satu sama lain, itulah sesuatu yang sering dirasai oleh penyelia sistem komunikasi Pakar Tentera (ME) 2 Amy Tan sepanjang dua tahun beliau bertugas di MCV.

Semasa membesar, ME2 Tan memang sangat rapat dengan neneknya dan sentiasa merinduinya semasa dia belayar. Kini neneknya berada di rumah jagaan orang tua, menyukarkan lawatan, terutamanya apabila jadual kerja menjadi semakin padat.

"Anak-anak kapal perasan saya amat merindui nenek, mereka sentiasa memastikan saya sihat dan ada cukup masa untuk bersama-samanya," kata ME2 Tan.

"Jika jadual mengizinkan, saya boleh bercuti atau habis tugasan awal semata-mata untuk meluangkan masa bersama dengan nenek saya. Anak kapal akan membantu menguruskan kerja saya sekiranya perlu."

RSS Valiant meronda perairan Singapura. [Foto: RSN]

Rasa prihatin dan kemesraan yang erat menyebabkan pegawai berusia 35 tahun seronok bertugas di kapal itu sejak dua tahun lalu. Walaupun dia sudah hampir 12 tahun dengan Angkatan Tentera Laut, inilah pertama kalinya dia bertugas di kapal yang lebih kecil seperti MCV.

"Di kapal yang lebih besar, kami lazim bekerja dan berinteraksi dengan orang di jabatan kami sahaja tetapi di kapal kecil, kami bekerja dengan semua orang dan hubungan kami semakin mesra – ia suatu perasaan yang bagus sekali."

Pasukan yang padu: Anak-anak kapal berjaga-jaga di jambatan.

Megah dengan kemahiran persenjataan mereka

November lalu, RSS Valiant menyertai Latihan Malapura 2022, memperingati ulang tahun ke-30nya pada tahun itu.

Latihan maritim berskala besar itu memperlihatkan kapal mengasah kemahiran mereka dalam suatu siri bersiri – termasuk tembakan meriam, pengawasan maritim, latihan olah gerak dan komunikasi – dengan Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Latihan Malapura sentiasa menjadi latihan utama bagi MCV. Terdapat banyak penekanan pada prestasi senjata api untuk kapal semasa kami dihantar untuk menjalani latihan itu," kata Ketua Kluster Senjata ME3 Murugesh S/O Velasamy.

November lalu, RSS Valiant menyertai Latihan Malapura 2022, yang merupakan siri latihan skala terbesar setakat ini. [Foto: RSN]

Ini bererti tekanan kepada ME3 Murugesh, yang memastikan kesediaan sistem senjata kapal.

"Kami sentiasa konsisten dan bagus dalam prestasi persenjataan kami, justeru apabila kami diletakkan di atas pentas seperti Latihan Malapura, ia semata-mata harus bertenang dan meneruskan apa yang kami lakukan walaupun terdapat tekanan tambahan," gelak pegawai berusia 36 tahun itu.

"Satu perkara yang menghubungkaitkan kami adalah identiti Spartan kami. (Seperti orang Spartan,) kami tidak goyah dan jika anda melemparkan apa-apa kepada kami, kami akan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Inilah semangat yang memacu kami ke hadapan."

Sebagai pakar sistem komunikasi, 3SG (NS) Low (kiri) bekerja rapat dengan penyelia sistem komunikasinya, ME2 Tan.

Rahmat untuk menjadi anggota kapal

Bagi Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Low Wen Xi, menghabiskan sebahagian besar Perkhidmatan Negara (NS)nya di kapal RSS Valiant merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Walaupun keluk pembelajaran agak curam, 3SG (NS) Low berusaha bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya. Turut membantu adalah kesabaran dan kesanggupan anak kapal untuk membimbing dan melatihnya.

Malahan, pakar sistem komunikasi yang berusia 22 tahun itu bekerja dengan gigih, sehingga beberapa anak kapal menyuruhnya untuk berehat.

"Anak-anak kapalnya sangat peramah dan mesra sejak mula lagi," jelas 3SG (NS) Low, yang menamatkan Perkhidmatan Negaranya sepenuh masanya pada 29 Apr.

"Walaupun saya membuat kesilapan, mereka bersikap baik hati lagi pemaaf dan hanya menasihatkan saya agar tidak melakukannya lagi – inilah budaya dan mentaliti dalam kapal yang menjadikan perjalanan Perkhidmatan Negara ini satu rahmat bagi saya."

MEJ Choy berasa bangga dan gembira kerana angkatan tentera laut mengiktiraf sumbangan RSS Valiant.

Anak kapal yang kuat dan komited

Semasa disoal tentang perasaannya terhadap kemenangan RSS Valiant, 3SG (NS) Low berkata dia berasa bangga menjadi anak kapal itu.

"Ia adalah kemenangan yang patut diberikan berdasarkan semua yang saya pelajari daripada anak kapal."

Bagi MEJ Choy, merangkul Unit Armada Terbaik merupakan detik yang membanggakan serta menggembirakan.

"Kami tidak berhasrat untuk menang tetapi kami memberi usaha terbaik dalam mana-mana aktiviti yang ditugaskan kepada kami. Kami mempunyai anak kapal yang sangat kuat dan komited dalam segala penglibatan mereka dan terbukti hasilnya.

"Ia merupakan suatu pertarungan yang sukar dan kami akan terus melakukan yang terbaik."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story