MILESTONES

RSS INDEPENDENCE MENANG MELALUI SIKAP KEPROFESIONALAN

25 Jun 2019

Tahun lepas adalah tahun yang sibuk tetapi luar biasa bagi anak-anak Kapal Misi Littoral (LMV) RSS Independence.

25jun19_1-1

// LAPORAN OLEH CHIA CHONG JIN

// GAMBAR OLEH CHAI SIAN LIANG


(Dari kiri) Mejar Choy, Pakar Tentera 2 Leow, Pakar Tentera 3 Ong dan Pakar Tentera 2 Kesavan S / O Nachiappan. Pakar Tentera 2 Kesavan adalah Penyelia Sistem Marin di atas RSS Independence .
RSS Independence adalah unit barisan hadapan yang mengawal perairan Singapura.
Kru RSS Independence di Pusat Arahan Bersepadu.

Tahun lepas adalah tahun yang sibuk tetapi luar biasa bagi anak-anak Kapal Misi Littoral (LMV) RSS Independence.

Setelah ditugaskan untuk pelbagai operasi keselamatan di perairan Singapura seperti Sidang Kemuncak Trump-Kim Singapura dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-33, adalah tidak mengejutkan bahawa LMV kelas pertama ini telah muncul sebagai Unit Keselamatan Maritim Terbaik (MARSEC) tahun ini di Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura.

Mejar (MAJ) Gabriel Choy, Pegawai Pemerintah RSS Independence, menekankan bahawa set minda, kerja keras dan sikap profesionalisme merupakan sebab utama mereka berjaya merangkul gelaran tersebut pada tahun ini.

"Dari hari pertama saya tiba di RSS Independence, saya mendapati bahawa sikap profesionalisme dari anak-anak kapal ini adalah sangat tertinggi," kata Mejar Choy. Beliau mengambil alih tugas kepimpinan kapal pada Julai 2018.

"Sebagai sebuah unit MARSEC, kami adalah unit barisan hadapan ... Apabila dipanggil, kami mesti pergi, dan kadang-kadang kita perlu pergi dengan segera, dan bukan sesuatu yang kita dapat memberitahu ahli keluarga kita terlebih dahulu," beliau menerangkan. "Ia mungkin sukar, tetapi semua anak-anak kapal kami menerima bahawa ini adalah profesion dan tugas mereka, dan kerana komitmen mereka inilah yang membantu kami memenangi gelaran ini pada tahun ini."

Pakar Tentera (ME) 2 Pearlyn Leow bersetuju dengan Mejar Choy, dan menekankan bahawa sokongan keluarga memainkan peranan penting pada tahun-tahun yang lepas. "Ahli keluarga saya adalah tonggak utama kekuatan dan semangat saya," kata Penyelia Arahan dan Kawalan.

Pakar Tentera 2 Leow teringat semasa anak-anak kapal membawa keluarga mereka untuk satu hari belayar ke laut, untuk memberi keluarga mereka gambaran tentang apa yang mereka lakukan sehari-hari.

"Ia adalah satu peluang yang baik untuk membolehkan ramai anggota keluarga anak-anak kapal  untuk merasai apa yang kami lakukan ketika kami berada di laut semasa operasi," kata ME2 Leow. "Adalah penting bahawa mereka mempunyai pemahaman bahawa kita perlu bertugas, dan berpotensi untuk berada jauh dari rumah."

Anak-anak kapal menghabiskan masa, secara purata, 13 hari jauh dari rumah pada setiap bulan. Digabungkan dengan latihan yang ketat dan masa yang dihabiskan bersama-sama, ramai yang menganggap RSS Independence sebagai keluarga kedua mereka.

ME3 Edwin Ong menekankan betapa pentingnya disiplin dan kesejahteraan kru di atas kapal, dan bagaimana ia mempengaruhi moral dan keberkesanannya.

"Sangat penting bagi anak-anak kapal untuk memahami apa tujuan kami di sini- adalah untuk mempertahankan kedaulatan Singapura," kata juragan RSS Independence.

Semasa ditanya mengenai apa yang difikirkannya mengenai kapal yang memenangi Unit MARSEC Terbaik tahun ini, beliau berkata: "Saya berasa sangat bernasib baik untuk menjadi sebahagian daripada RSS Independence. Anak-anak kapal kami sangat rapat, dan itu adalah bahan utama bagi kejayaan kami dalam merangkul anugerah tersebut. Dengan semangat juang kami yang kuat, kami dapat mengatasi sebarang halangan. "

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story