MILESTONES
RSAF MESTI DITERUSKAN UNTUK MENARIK MINAT GOLONGAN YANG BETUL: PM LEE
01 Sep 2018
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mesti diteruskan untuk menarik perhatian lelaki dan wanita yang mempunyai dan semangat dan jiwa yang betul, ucap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di dalam RSAF.
Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) mesti diteruskan untuk menarik perhatian lelaki dan wanita yang mempunyai dan semangat dan jiwa yang betul, ucap Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kerana ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di dalam RSAF.
Beliau berucap pada Perbarisan Ulang tahun RSAF50 yang diadakan di Pangkalan Udara Tengah pada 1 Sep – 50 tahun selepas pembentukan Markas Pertahanan Udara Singapuran Pada 1968.
Berucap dihadapan 1,400 tetamu termasuk anggota perkhidmatan RSAF yang masih berkhidmat dan sudah bersara yang berkumpul bagi menandakan peristiwa penting ini, Encik Lee berkata: Apa sahaja yang kita perolehi….. kita selalu berusaha untuk mengekstrak nilai yang maksimum daripada pemerolehan yang baru dan mengintegrasikan ia ke dalam sistem sensor, radar, kod perintah dan kawalan rangkaian."
"Tetapi angkatan Tentera Udara kelas pertama bukan sekadar mempunyai peralatan dan teknologi yang terkini. Jika tidak sama atau lebih penting, ialah bagi RSAF menjunjung tinggi disiplin, kerjasama dalam pasukan dan komitmen, nilai-nilai teras yang ditunjukkan oleh pegawai perintis dan di wariskan kepada pegawai seterusnya."
Beliau juga menambah oleh kerana dedikasi dan pengorbanan oleh para perintis ini yang telah menjadikan RSAF sebuah angkatan tentera udara yang professional pada hari ini.
Demikian juga ucapan Panglima Tentera Udara Mejar-Jeneral Mervyn Tan yang menyatakan semua anggota perkhidmatan RSAF adalah penggerak utama perjalanan bagi membentuk generasi RSAF yang seterusnya.
Berucap di perbarisan ulang tahun tersebut, beliau menyatakan: "Daya penggerak bagi melakukan perubahan dan transformasi ini adalah, asas pembangunan RSAF yang berterusan, iaitu aset kami yang paling kritikal – anggota kami. Ini adalah anggota perkhidmatan yang kompeten dan professional, di mana apabila bekerjasama, akan membentuk satu pasukan yang mengagumkan untuk mencapai kejayaan misi bagi RSAF."
Tema "Memperingati yang Lama, Meraikan yang Sekarang dan Memberi Inspirasi untuk Masa Hadapan", perbarisan ulang tahun RSAF50 memaparkan 10 kontinjen perbarisan, formasi bergerak 10 kenderaan tentera yang di pimpin oleh para perintis RSAF, 20 pameran aset dan terbang lalu oleh 20 pesawat.
Turut hadir Menteri di Pejabat Perdana Menteri Ng Chee Meng (yang juga bekas Panglima Tentera Udara dan Panglima Pasukan Pertahanan), Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dan Menteri Negara Kanan bagi Pertahanan – Encik Heng Chee How.
Acara ini menandakan buat kali pertama para perintis RSAF menyertai perbarisan ulang tahun RSAF, ucap Pengerusi Perbarisan RSAF50 Kolonel Lau Boon Ping. Sembilan para perintis RSAF memimpin perarakan kenderaan tentera 6-tan.
Kolonel Lau berkata: "Mereka telah memberi sumbangan yang signifikan terhadap pembangunan pada masa lepas…. kita mahu menghargai dan meraikan kejayaan mereka.
Selepas perbarisan, Encik Lee melawat pesawat pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan Airbus A330 yang terbaru, yang pertama kali dipamerkan dan telah diberi taklimat mengenai kemampuannya.
Sebagai menggantikan pesawat tangki udara KC-135 yang lama, A330-MRTT mempunyai ketahanan, dan kargo serta kapasiti penumpang yang lebih besar dari model sebelumnya.
Keupayaannya untuk menyalurkan lebih banyak minyak kepada pesawat yang lain membantu meningkatkan ketahanan pesawat pejuang RSAF. Ia boleh digunakan di dalam misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana.
Encik lee membuka tirai Mural Peringatan RSAF50, yang memaparkan 50,000 gambar-gambar yang telah dikumpulkan sepanjang pertunjukan RSAF di kawasan perumahan dan juga dari media sosial.
Mural tersebut memaparkan RSAF pada awal pembentukannya, dengan jet pejuang F-15SG terbang melintasi menunjukkan lanskap yang beroperasi sehingga kini. Anggota perkhidmatan RSAF dipaparkan di tengah-tengah mural, beserta logo RSAF.
Selepas acara perbarisan, mural berukuran 10m dan 4 meter itu akan dipamerkan di Museum Tentera Udara.
Orang awam yang ingin membuat ucapan untuk memperingati Ulang tahun Jubli Emas RSAF, Pos Singapura telah melancarkan set setem peringatan pada 1 September.
Setem tersebut mempunyai tujuh rekaan dan memaparkan platform dan kerjaya yang berbeza di dalam perjalan transformasi RSAF.
Untuk maklumat lanjut berkaitan perbarisan, sila lihat album gambar sekitar Perbarisan RSAF50.
https://mindef.sg/rsaf50_album
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).





