MILESTONES
RENJER WANITA PERTAMA DALAM SAF
24 Oct 2023
KPT Yap Hui Jun terpaksa mengharungi tempoh berminggu-minggu dengan kurang makan dan tidur semata-mata untuk menamatkan pengajian Kursus Renjer SAF yang menjerihkan dalam percubaan keduanya.
Walaupun dia seorang yang sukakan cabaran, Kapten (KPT) Yap Hui Jun tidak pernah menghadapi cabaran seperti ini. Tahun lalu, dia mendaftar untuk menjalani Kursus Renjer Tentera Singapura yang menjerihkan.
Di sini – kursus yang dianggap paling sukar dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – para pelatih mengharungi misi kepimpinan tempur yang paling sengit, mendedahkan mereka kepada situasi "masa perang" yang sukar.
Walaupun menghadapi kekurangan makanan dan tidur, mereka akan terus mengendalikan misi termasuk operasi di udara dan amfibia, bimbingan udara terminal, tembakan langsung dan latihan di medan lapangan.
KPT Yap gagal melepasi fasa kedua daripada tiga fasa dalam kursus selama 65 hari itu.
Wanita berusia 27 tahun yang gigih itu mendaftar semula dalam kelompok ke-50 tahun ini – dan pada 16 Okt, menjadi wanita pertama yang menamatkan pengajian Kursus Renjer.
"Saya tidak menepati standard Renjer (tahun lalu). Tetapi kali ini, saya berusaha bersungguh-sungguh dari segi perancangan dan pemahaman Taktik Unit Kecil – bagaimana melawan, menyerbu dan menyerang hendap," kata KPT Yap, tentang perbezaannya kali ini.
"Saya bersedia dan juga mampu memikul bebanan yang lebih berat (kali ini). Inilah cara saya boleh membantu detasmen."
Kesamarataan antara lelaki dan wanita
Bertubuh kurus dan kecil molek semasa diketemui PIONEER di majlis tamat pengajian di Kem Pasir Ris pada 16 Okt, KPT Yap mengakui tidak tahu dia perlu mencukur rambutnya untuk kursus itu.
"Ia adalah satu pengorbanan kecil yang harus dilakukan kerana saya memang beriya-iya untuk menyertai Rangers. Tetapi ia bukan sesuatu yang mudah kerana ketika itu rambut saya panjang," kata Pegawai Perisikan Tentera Darat.
Menurutnya lagi, bercukur adalah atas sebab kebersihan kerana pelatih renjer akan bertugas selama beberapa hari dan minggu tanpa mandi semasa menjalani misi di medan lapangan.
"Jadi jika anda memikirkan kesemua itu, anda tidak akan berasa begitu sedih," katanya sambil bergelak.
Menjadi botak bukan satu-satunya cara untuk mendapat layanan sama rata dengan lelaki
"Anda harus melakukan perkara yang sama seperti pelatih lelaki - perbarisan tempur 20km masih tetap perbarisan tempur 20km. Anda berjalan sama jauh, membawa bebanan yang sama berat," kata KPT Yap.
Ini adalah termasuk mengangkat peralatan seperti Mesingan Kegunaan Am (GPMG) dan MATADOR (Man-portable Anti-Tank, Anti-DOoR) semasa menjalani latihan pemindahan mangsa.
"Sebagai seorang wanita, anda mungkin menghadapi lebih banyak perkara (mental) daripada pelatih lelaki kerana anda perlu membuktikan kelayakan anda sebagai Renjer. Kursus Renjer ini tidak melibatkan isu jantina" tambahnya.
Penunjuk-IPPT 100
Ia mungkin tidak mengejutkan mengetahui KPT Yap gemar bersukan.
Dia menganggotai pasukan Aquathlon Universiti Nasional Singapura (NUS) dan masih menjalani latihan hariannya sehingga hari ini. Sukan ini melibatkan larian berterusan dan berenang untuk jarak-jarak tertentu.
Panglima Platun bersama dengan Sayap Latihan Pegawai Kadet, Kursus Pegawai Kadet Perisikan, dia sering menyertai latihan dan senaman seperti perbarisan pantas selang dengan anak-anak buahnya.
Sekiranya anda tertanya-tanya, ya, dia memperoleh 100-mata untuk Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangannya.
"Kursus Renjer bukan untuk mereka yang lemah semangat... Anda menyertai kursus itu secara sukarela dan harus bersedia untuk menghadapi apa sahaja," katanya, berkenaan disiplin dalam latihannya.
Bila ditanya kenapa dia membuat keputusan untuk menyertai SAF, KPT Yap berkata: "Orang ramai menyumbang kepada negara mengikut keupayaan masing-masing; dan bagi saya berpakaian hijau adalah penyeruan saya. Inilah cara saya menyumbang balik kepada masyarakat."
Bagaimanakah perasaan KPT Yap setelah dinobatkan sebagai Renjer wanita yang pertama? Dan kenapa menawarkan diri untuk menjalani kursus yang paling sukar dalam SAF? Ketahuinya di sini:
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

