MILESTONES
PIMPIN DENGAN HORMAT, PIMPIN UNTUK INSPIRASI
16 Dec 2017
Sebelum Kadet Pegawai (OCT) Tan Chern Heng menjalani Kursus Keyakinan Hutan (JCC), saudara kembar beliau OCT Chern Yoong menulis surat untuk memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Sebelum Kadet Pegawai (OCT) Tan Chern Heng menjalani Kursus Keyakinan Hutan (JCC), saudara kembar beliau OCT Chern Yoong menulis surat untuk memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
Sebelum Kadet Pegawai (OCT) Tan Chern Heng menjalani Kursus Keyakinan Hutan (JCC), saudara kembar beliau OCT Chern Yoong menulis surat untuk memberikan kata-kata semangat kepada beliau.
OCT Chern Yoong menyatakan: "Di dalam surat saya kepada beliau, saya memberitahu beliau supaya tidak berputus asa dan orang ramai akan bergantung harapan pada beliau. Oleh itu beliau perlu menjadi pemimpin dan tidak menyerah kalah dengan keletihan dan mengakhiri surat tersebut dengan 'Lakukan sesuatu yang tidak mampu saya lakukan.' "
Ayat terakhir ialah faktor motivasi bagi OCT Chern Heng kerana beliau takut menjalani kursus tersebut. Ironinya, OCT Chern Yoong, yang menggemari aktiviti-aktiviti di luar, tidak berpeluang untuk menjalani JCC kerana beliau menyertai Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).
OCT Chern Heng mengimbas kembali: "Saya tahu bahawa beliau (abang saya) mahu menyertainya dan apabila beliau menulis 'Lakukan sesuatu yang tidak mampu saya lakukan', saya sedar bahawa saya perlu memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang diperolehi, menjalani kursus tersebut dan membuatkan beliau rasa bangga."
Oleh kerana mereka berada pada laluan yang berbeza -- OCT Chern Heng dalam bidang infantri dan OCT Chern Yoong dalam pasukan tentera udara -- dua beradik ini sering berkongsi kisah dengan satu sama lain selama berjam-jam bila-bila mana mereka pulang daripada kursus masing-masing.
Secara kebetulan, selepas pentauliahan, kedua-dua mereka akan ditugaskan di dalam pasukan tentera udara. OCT Chern Yoong akan menyertai tentera udara sebagai Pegawai Peperangan Udara di unit Pertahanan Udara Berpangkalan di Darat manakala OCT Chern Heng akan berkhidmat di Skuadron 505 RSAF untuk menyelia kerja baik pulih landasan.
OCT Chern Yoong berkata: "Saya tidak sabar untuk berkongsi pengalaman bersama kerana kami berdua berada dalam pasukan tentera udara. Berkongsi perkara yang kami kedua-duanya tahu dan belajar perkara baru tentang kerjaya masing-masing."
Pasangan kembar berumur 19 tahun ini merupakan antara 377 kadet yang telah menerima pentauliahan sebagai pegawai di Institut Ketenteraan SAFTI pada 16 Dis.
Bercakap pada majlis perarakan memeriksa perbarisan pegawai, Presiden Halimah Yacob menekankan peranan penting yang dimainkan oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dalam berurusan dengan keganasan. Selain daripada membentuk pasukan petugas dengan tahap kesediaan yang tinggi, SAF telah bekerjasama secara aktif dengan Home Team dan mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan serantau bagi meningkatkan usaha menentang keganasan.
Beliau menyatakan: " SAF telah berkembang untuk menjadi adaptif dan responsif. Pada peringkat antarabangs, SAF ialah rakan kongsi yang berharga kepada banyak pasukan tentera dan organisasi yang sudah mantap."
Puan Halimah juga mengingatkan para graduan tentang peranan penting yang digalas oleh pegawai SAF dan mengetuai dan memberikan inspirasi kepada para anggotanya: " SAF bergantung pada anda untuk mengamalkan kepimpinan melalui teladan, keyakinan, semangat dan kepercayaan yang membawa anda kepada standard keberanian moral dan integriti yang tinggi, supaya anda boleh menjalankan tugas anda dengan baik."
Kata-kata beliau disokong oleh OCT Muhamad Rais Raiyan Bin Muhamad Redza. Anggota yang berumur 19 tahun itu telah belajar kepentingan kepimpinan sepanjang beliau berada dalam OCS.
Mengimbas kembali misi apabila beliau dilantik sebagai Komander Platun (PC) buat kali pertama, beliau menyatakan ianya mencabar kerana beliau tidak tahu bagaimana seorang PC sepatutnya menerajui platun. Terdapat banyak keputusan yang perlu diambil dan beliau tidak pasti sama ada keputusan tersebut betul atau salah. Mujurlah, beliau mendapat sokongan PC unit beliau yang membimbing beliau dalam proses membuat keputusan.
OCT Rais menyatakan: "Saya sedar bahawa sebagai seorang PC, terdapat banyak perkara yang akan perlu anda putuskan untuk orang di sekeliling anda. Keputusan-keputusan ini adalah sukar kerana bukan hanya nyawa dipertaruhkan semasa perang sebenar, ia perlu dibuat dengan cepat kerana situasi pada waktu tersebut mungkin tidak dapat dilupakan."
Memandangkan beliau akan ditugaskan di Pusat Latihan Ketenteraan Asas sebagai PC selepas pentauliahan, beliau berharap untuk memupuk keazaman dan ketabahan di kalangan rekrutnya.
"Dalam OCS, terdapat banyak situasi sukar dan banyak kali saya ingin menyerah kalah namun saya sedar bahawa adalah bermanfaat untuk meneruskan langkah dan ini adalah sesuatu yang saya mahu setiap rekrut mengetahuinya," tegas alumni Temasek Junior College.
"Peralihan daripada orang awam kepada kehidupan tentera adalah bukan mudah dan perubahan dalam persekitaran mungkin berbeza untuk semua orang dan lebih sukar bagi sesetengahnya. Jadi dengan memiliki nilai-nilai ini akan mendorong mereka untuk melangkah lebih jauh dan menjadikan mereka berazam sejauh yang mereka mampu dalam tempoh dua tahun kehidupan mereka."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).




