PEOPLE
PERTAMA DALAM KELUARGANYA
08 Sep 2021
Bagi kebanyakan orang, menjadi pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), adalah suatu penghormatan yang besar. Tetapi bagi Leftenan ke-2 (2LT) Muhammad Ilham Rizqullah Bin Rohaizad, pentauliahannya membawa erti yang istimewa baginya kerana dia adalah ahli pertama dalam keluarga besarnya untuk menjadi pegawai.
Bagi kebanyakan orang, menjadi pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), adalah suatu penghormatan yang besar. Tetapi bagi Leftenan ke-2 (2LT) Muhammad Ilham Rizqullah Bin Rohaizad, pentauliahannya membawa erti yang istimewa baginya kerana dia adalah ahli pertama dalam keluarga besarnya untuk menjadi pegawai.
Tampil ke Hadapan
Walaupun pegawai berusia 21 tahun itu telah memegang jawatan kepimpinan di Kor Kadet Negara dan Kelab Silat politekniknya, 2LT Ilham ingin melayakkan diri ke Sekolah Pegawai Kadet (OCS) hanya semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).
"Semasa di bangku sekolah, saya tidak banyak memikirkannya. Saya ingin menjadi pegawai semasa di BMT, apabila saya sedar saya ingin meingkatkan diri untuk memimpin anggota pasukan saya," katanya.
Bapa saudara 2LT Ilham, yang telah dikecualikan daripada Perkhidmatan Nasional (NS) kerana tidak sihat, juga merupakan faktor utama yang mendorongnya untuk melayakkan diri ke OCS.
Menurutnya: "Pak cik saya berkongsi pengalaman rakan-rakannya yang menjalani Perkhidmatan Negara, dan juga pengalaman mereka (yang masih berkhidmat). Saya menimba inspirasi mendengar kisah-kisah kejayaan mereka semasa menyertai Sekolah Pegawai Kadet walaupun kriteria pemilihannya adalah ketat. Saya ingin mencabar diri sendiri."
Sokongan rakan sebaya
Walaupun 2LT Ilham tidak menghadapi banyak kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan latihan fizikal di BMT kerana dia telah berlatih sebelum mendaftar, tetapi latihan fizikal di OCS amat berbeza sekali.
"Latihan fizikal di OCS memang lasak. Kami terpaksa membuat larian ketahanan sejauh 4km sebelum beralih ke larian 6km untuk menyesuaikan kecergasan kami. Kami juga didorong oleh jurulatih OCS kami untuk mencapai Anugerah Emas dalam Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) kami," kata 2LT Ilham sambil mengenang semula.
Tambahnya lagi: "Detik paling rendah semasa di OCS adalah apabila kami terpaksa mengangkut beban-beban berat sepanjang tempoh latihan lima hari. Kami semua berasa letih sekali dan saya pula ingin terus berhenti.
"Saya berjaya bertahan dengan sokongan daripada rakan-rakan sebaya. Merekalah yang selalu mendekati dan menyokong saya. Saya pula tidak mahu mengecewakan mereka," katanya.
Menyentuh tentang rakan sebayanya, 2LT Ilham tidak dapat melupakan masanya di OCS. Ini adalah kerana pendaftarannya dikendalikan bersama dengan Pengawal melalui pengambilan mono, dan beralih ke OCS bererti berinteraksi dengan kadet-kadet daripada unit-unit yang lain.
"Saya ingin mengalami sembilan bulan ini bersama-sama kadet-kadet lain tanpa menghiraukan Formasi atau asal-usul unit mereka. Di SAF, kami juga akan bekerja bersama-sama unit-unit yang lain," katanya.
Ujar 2LT Ilham: "Saya yakin talian persahabatan yang terjalin semasa di OCS dengan para kadet daripada pelbagai bangsa dan agama akan memudahkan saya untuk bekerja dengan orang lain sebagai pemimpin SAF pada masa akan datang."
Kebanggaan ibunya
Menurut 2LT Ilham yang berasal daripada keluarga ibu tunggal, ibunya memang amat bangga dengan pencapaiannya. "Saya adalah seorang anak tunggal, jadi ibu menaruh harapan besar terhadap saya untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh."
Melangkah ke hadapan, 2LT Ilham bercadang untuk mendaftar sebagai Regular dan terus berkhidmat untuk negara sebagai Pengawal. "Saya ingin menyumbang kepada pertahanan negara saya dan membanggakan ibu saya."
ALSO READ IN PEOPLE
Saya sentiasa menyokong anda
11 Feb 2026
Dia seorang pegawai Tentera Darat, dan dialah anggota (NS) yang menyokong impiannya. CPT Koh Xinci dan 3SG (NS) Nitro Chan berkongsi kisah cinta mereka dengan kami – termasuk perkahwinan mereka yang unik!
Beliau seorang Komando NSF & pemain lawan pedang yang memenangi pingat
28 Jan 2026
Pasukannya memenangi pingat emas di Sukan SEA 2025, dan beliau berharap dapat mewakili Singapura dalam lebih banyak pertandingan akan datang. Temui pemain lawan pedang CPL Samuel Elijah Robson, yang berkhidmat sebagai Komando semasa NS sepenuh masanya.
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.

