PEOPLE

PERTAMA DALAM KELUARGA UNTUK MENDAFTAR, BELAJAR MEMIMPIN

18 May 2023

Ia merupakan latihan medan lapangan pertamanya dan Sarjan Ketiga (3SG) Jerrald Capuno Caballa terpaksa menyedarkan semula kasualti yang tidak sedar sebagai sebahagian daripada simulasi.

18may23_news1-thumbnail

//KISAH THRINA THAM / FOTO AMOS CHEW


Ibu bapa 3SG Caballa selepas mengenakan chevron padanya semasa perbarisan tamat pengajiannya pada 18 Mei.

Ia merupakan latihan medan lapangan pertamanya dan Sarjan Ketiga (3SG) Jerrald Capuno Caballa terpaksa menyedarkan semula kasualti yang tidak sedar sebagai sebahagian daripada simulasi.

"Apa yang kami boleh dengar hanyalah soalan yang bertanya sama ada kami tahu apa yang kami lakukan, dan kami hanya diberi beberapa minit untuk Bersiap sedia menjalankan prosedur perubatan."

Kadet pakar berusia 21 tahun itu sedang diuji kemahirannya dalam kecemasan barisan hadapan. Ini juga merupakan kali pertamanya di Stesen Kasualti Batalion.

Meskipun berasa tertekan, dia masih boleh memanfaatkan latihannya dan berjaya membantu pegawai perubatan dalam menyediakan peralatan dan menyedarkan sambil menstabilkan kasualti.

Pakar dan pakar ketenteraan yang baru dicetak menandakan tamat kursus mereka dalam satu perbarisan di Kem Pasir Laba.

Yang pertama dalam keluarganya

Bagi 3SG Caballa, ini adalah salah satu acara kemuncak semasa beliau semasa Kursus Kadet Pakar (SCC).

Dia adalah di kalangan 942 kadet yang menamatkan pengajian sebagai Pakar dan Pakar Tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 18 Mei. Mereka terdiri daripada 819 daripada Angkatan Tentera Singapura, 48 daripada Angkatan Tentera Laut Republik Singapura dan 75 daripada Perkhidmatan Digital dan Perisikan.

Majlis tamat pengajian ini adalah begitu manis bagi 3SG Caballa – pemastautin tetap warga Filipina dan generasi ke-2 itu, memandangkan dia adalah ahli pertama dalam keluarganya untuk mendaftar dalam perkhidmatan negara (NS).

Walaupun beberapa sepupunya telah mendaftar sebelumnya, namun mereka tidak menjalani kursus Pakar Juruteknik Perubatan Kecemasan selama empat bulan yang membentuk sebahagian daripada SCCnya.

3SG Caballa lulus sebagai medik tempur SAF pada 18 Mei.

Walaupun dia khuathir dengan ketidakpastian yang berlaku, tetapi latihan bersama dengan rakan-rakannya telah manjadikan kursusnya lebih menyeronokkan. Ini juga membantu meningkatkan semangat semasa mengharungi latihan yang menjerihkan di medan lapangan atau latihan persediaan angkatan tentera.

3SG Caballa, yang bahasa ibundanya ialah Tagalog, turut belajar bertutur dalam bahasa Mandarin dan Melayu daripada rakan sekursusnya.

Salah seorang rakannya juga belajar menyebut "mas mabilis ang mga kamay ko" daripadanya, yang dialih bahasa kepada "tangan saya lebih pantas daripada tangan awak", untuk mengusiknya apabila mereka perlu menyediakan tetesan intravena dengan pantas.

Memimpin semasa tembakan langsung

Rakan graduan 3SG Abdul Alim Bin Iskandar Dzulkhairi Kajai juga berkongsi sentimen yang sama, mengatakan rakan sekursusnya yang menjadikan perjalanan NSnya seronok lagi sukar dilupakan.

Pakar Artileri itu terpaksa kutip dan ingat prosedur baharu semasa mengerjakan sistem senjatanya – Belrex Mortar.

3SG Alim Bin selepas menerima chevron pangkatnya daripada ibu bapanya. Dia menggalas peranan komander detasmen semasa tembakan langsung dan terpaksa mengetuai anak kapalnya sambil memastikan keselamatan mereka.

"Kami terpaksa belajar tentang formula pengiraan trajektori bom mortar kami untuk mengacu mortar... Sungguh mengujakan untuk melihat hasil pengiraan kami memanfaatkan tembakan langsung kami – sesuatu yang tidak dapat disaksikan dalam kehidupan seharian," katanya.

Lelaki berusia 21 tahun itu juga mengambil peranan sebagai komander detasmen semasa latihan menembak secara langsung.

"Saya terpaksa memberi arahan dan kawalan terhadap anak buah saya yang mengendalikan tiub mortar, memastikan mereka melakukan sesuatu dengan selamat semasa berkomunikasi dengan Panglima Platun saya – kesemua serentak dengan peletupan bom hidup (di latar belakang)," ujar 3SG Alim.

Setentunya dia telah melakukan dengan terbaik kerana dia dianugerahkan Bayonet Perak semasa majlis perbarisan tamat pengajian – dihadiahkan kepada kadet-kadet terbaik dalam kohort.

Encik Chee memeriksa perbarisan. Dalam ucapannya, dia mengingatkan para graduan untuk memimpin dengan sifat empati.

Perbarian Tamat Pengajian Kadet Pakar ke-55 telah diperiksa oleh Menteri Negara Kanan bagi Kewangan dan Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat.

Semasa berucap di hadapan para graduan, Encik Chee mengatakan mereka diamanahkan untuk menjalankan tugas memimpin mereka di bawah jagaan mereka.

"Berikan inspirasi kepada mereka di bawah jagaan anda, dan wujudkan persekitaran yang mendorong anak-anak buah anda untuk mencapai potensi mereka. Jadilah tunggak kekuatan pasukan anda untuk mengharungi masa getir dan kesusahan," katanya.

"Ada masa tertentu anda harus membuat keputusan yang sukar, tetapi lakukannya demi kepentingan terbaik pasukan anda, dan pimpin dengan sifat empati."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story