PEOPLE
PERTAHANAN YANG BERLAINAN
03 Feb 2021
Sepanjang hidupnya, Pakar Tentera (ME) 4 Devaraj Chandramoorthi menyangka dia akan menjadi peguam, mempertikaikan kes dan membela keadilan.
Sepanjang hidupnya, Pakar Tentera (ME) 4 Devaraj Chandramoorthi menyangka dia akan menjadi peguam, mempertikaikan kes dan membela keadilan.
Tetapi kesemuanya berubah selepas pengajian modul tertentu di University of Liverpool di United Kingdom, di mana dia mengambil ijazah undang-undang. Kursus tentang undang-undang antarabangsa membuka matanya kepada geopolitik dan bagaimana negara menangani ancaman bukan konvensional seperti ancaman siber.
Dia sedar dia ingin memain peranan dalam membantu negara memerangi ancaman tersebut.
Berjiwa masyarakat
Pada masa itu, ME4 Devaraj tidak tahu banyak tentang Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Dia menjalani Perkhidmatan Negaranya di Pasukan Polis Singapura.
Ayahnya, Encik Subramaniam Chandramoorthi, pernah menjadi Spesialis Krew Udara di Angkatan Udara Republik Singapura, tetapi dia menyimpan pengalamannya untuk dirinya kerana dia sedar anaknya bercita-cita untuk menjadi peguam.
"Ayah saya bangga kerana saya mahu menjadi peguam, dan dia mahu saya memberi tumpuan untuk mencapai matlamat saya dan tidak mahu mempengaruhi keputusan saya," kata pegawai berusia 27 tahun itu.
Tetapi ME4 Devaraj selalu memiliki semangat untuk perkhidmatan awam dan berminat dalam angkatan tentera.
Setelah modul yang mengubah hidupnya, dia mengambil keputusan untuk berdaftar dengan SAF dan menyertai formasi Komando, Kawalan, Komunikasi, Komputer dan Perisikan (C4I) sebagai Pakar Perisikan Tentera.
"Saya berminat dalam bidang seperti keselamatan siber dan cetak rompak. Saya berkongsi visi SAF untuk meramal dan menangani cabaran yang baharu dan dinamik daripada domain konvensional dan bukan konvensional, supaya tetap efektif sebagai kekuatan pertahanan."
Pada mulanya, keluarga dan rakannya terkejut dengan keputusannya, tetapi sejak itu menjadi penyokong terbesar dan tonggak kekuatannya.
Abang ada di rumah
Walaupun keputusan untuk menukar kerjaya adalah sesuatu yang mudah, namun yang sukar ialah menyesuaikan diri dengan kursus Latihan Asas Tentera (BMT). Berusia 26 tahun ketika mendaftar pada 3 Jul 2019, dia menghadapi masalah untuk memenuhi keperluan latihan fizikal.
Kata bekas atlet sekolah, yang merupakan pelari pecut dan pemain pedang: "Saya anggap diri saya aktif secara fizikal. Tetapi apabila saya menyertai kursus BMT, sya mendapatinya sukar kerana kecergasan fizikal adalah berlainan dengan kecergasan tempur." Untuk mengekalkan kecergasannya, dia berlatih sendiri semasa keluar dari kem.
Dia juga mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukannya, yang jauh lebih muda daripadanya. Dia mengimbas kembali pada mulanya, apabila rakan seksyennya teragak-agak untuk mendekatinya atau bercakap dengannya kerana jurang usia mereka.
Tetapi dia tidak terkilan: "Untuk bergaul dengan mereka, saya baca tentang apakah aktiviti kegemaran golongan millennial," katanya sambil tergelak. "Saya dapati mereka suka bermain permainan mudah alih, jadi saya berbincang dengan mereka tentangnya, dan (akhirnya) mereka menerima saya."
Sekarang, dia seumpama abang kepada mereka: "Sekarang juga, kami masih saling berhubung. Mereka akan menemui saya untuk mendapatkan nasihat tentang universiti dan kerjaya mereka, dan saya akan berkongsi pengalaman saya dengan mereka. "
Mencari hala tuju diri yang baharu
Walaupun dia mempunyai minat yang mendalam terhadap keselamatan siber dan perisikan tentera, ME4 Devaraj mengakui bahawa ini adalah domain baharu baginya. "Pada mulanya, ia sukar bagi saya kerana saya tidak mempunyai pengetahuan teknikal yang dimiliki oleh rakan-rakan saya," jelasnya.
Tetapi, pengetahuan yang diperoleh setelah bertahun-tahun membaca untuk ijazah undang-undangnya telah memanfaatkannya: "Keketatan undang-undang amat membantu peranan saya sebagai Pakar Perisikan Tentera.
"Saya terpaksa memahami maklumat baharu dengan pantas, mensintesis dan memahaminya dalam masa yang singkat, dan berfikir secara kritis dan analitis. Inilah perihal perisikan tentera."
Bagi mereka yang ingin menukar kerjaya pertengahan untuk menyertai SAF seperti dirinya, dia berharap kisahnya akan menggalakkan mereka untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
"Walaupun sukar bagi saya untuk menjalani kursus BMT dan sekolah perintah pada usia saya, namun saya masih dapat mengatasinya. Saya berharap saya boleh menjadi teladan kepada sesiapa yang masih ingin menukar kerjayanya."
ALSO READ IN PEOPLE
Adik-beradik seperjuangan
02 Jun 2026
Pada usia lima tahun, MAJ Shivashanker telah berjanji untuk menjadi contoh yang baik kepada adik lelakinya yang baru lahir. Hari ini, beliau terus menjadi mentor kepada ME4A Sri Sakthi R, yang mengikut jejak langkahnya untuk menjadi seorang askar.
Mengiktiraf dedikasi selama beberapa dekad
26 May 2026
Lelaki-lelaki ini telah melakukan lebih daripada sekadar bahagian yang sewajarnya melangkaui kitaran NS biasa. Temui Encik Syed Mahazir dan Encik Surindranath, yang telah berkhidmat selama 45 tahun secara keseluruhan dalam Tentera Darat Singapura.
Temui pembantu baharu Presiden
25 May 2026
CPT Ahmad Hafizuddin dan CPT Siow Jing Yi adalah dua daripada 18 muka baharu yang dilantik sebagai pembantu Presiden tahun ini.

