MILESTONES

PERTAHANAN NEGARA BERMULA DENGAN SAYA

15 Dec 2018

Tiada siapa yang boleh mempertahankan negara kami dengan lebih baik daripada kami. Dan Perkhidmatan Nasional (NS) adalah penting dalam menyediakan warga Singapura dengan keupayaan untuk berbuat demikian. Inilah utusan Presiden Halimah Yacob kepada pegawai baharu dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), di Perbarisan Pentadbiran Kursus Pegawai Kadet yang diadakan di Institut Ketenteraan SAFTI pada 15 Disember.

DES_4369

// LAPORAN BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE


Ibu bapa 2LT Haidi menyematkan epaulet pegawai pada pakaian seragamnya.
Kontinjen berkawad dalam hujan melepasi Presiden Halimah.
Pegawai RSN 2LT Subash yang baru dilantik mengatakan bahawa latihannya telah memberinya keyakinan dan pengetahuan untuk memimpin anggota pasukannya dengan baik.
Adik-beradik kembar 2LT Clarence Lim (kiri) dan 2LT Clemence Lim mempunyai penghargaan baharu untuk NS, dan berharap dapat menyemaikan penghargaan itu di dalam anggota pasukan di bawah pimpinan mereka.
Presiden Halimah menyampaikan anugerah Pedang Kehormatan kepada Pegawai RSN 2LT Audrey Tey.

Tiada siapa yang boleh mempertahankan negara kami dengan lebih baik daripada kami. Dan Perkhidmatan Nasional (NS) adalah penting dalam menyediakan warga Singapura dengan keupayaan untuk berbuat demikian.

Inilah utusan Presiden Halimah Yacob kepada pegawai baharu dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), di Perbarisan Pentadbiran Kursus Pegawai Kadet yang diadakan di Institut Ketenteraan SAFTI pada 15 Disember.

Seramai 384 kadet, yang meliputi 300 daripada Tentera Darat, 34 daripada Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan 50 daripada Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), ditugaskan sebagai pegawai SAF.

Walaupun hujan turun dengan lebatnya, askar-askar tetap berdiri tegak dan berkawad dengan bersungguh-sungguh, menerima tepukan dan sorakan yang gemuruh daripada keluarga dan rakan mereka di granstan.

Presiden Halimah dalam ucapannya kepada para graduan, berkata: "SAF memberi kami pemberat untuk berdiri teguh dan bertindak balas terhadap intimidasi, dan kekuatannya terletak pada generasi anggota tentera dan wanita yang telah bekerja kuat selama bertahun-tahun, untuk berjuang demi negara mereka dan orang yang mereka sayangi."

"Anggota tentera dan wanita kami berada di garis depan setiap hari untuk menegakkan kedaulatan Singapura dan memastikan keselamatan warga Singapura."

Sebagai penutup ucapannya, Presiden Halimah mengingatkan pegawai baharu mengenai tanggungjawab mereka dalam melindungi negara. "Ingatlah bahawa pertahanan kemerdekaan dan kedaulatan Singapura berada di tangan anda, dan anda perlu melakukan yang terbaik untuk melindunginya."

"Kami tidak boleh memandang remeh mengenai hal-hal sedemikian, sebaliknya kami perlu kekal berhati-hati kerana pelbagai bentuk ancaman akan datang tanpa diduga.”

Nasihat beliau diterima dengan baik oleh pegawai-pegawai baharu. Kata 2LT Muhammad Haidi bin Azaman. "Singapura ialah sebuah negara kecil, dan kami amat terdedah kepada ancaman luar. Sekiranya kami tidak mempunyai pertahanan yang kuat, aspek-aspek lain seperti ekonomi akan turut terjejas," kata Pegawai Infantri berusia 19 tahun.

"Saya percaya bahawa NS adalah penting kerana tanpa pertahanan yang kukuh, kami tidak dapat bertahan. Ia mendorong saya untuk melatih diri dan anggota pasukan saya dengan baik, sehingga kami tetap bersedia apabila butang ditekan.”

Pegawai Tentera Laut Leftenan ke-2 (2LT) Subash a / l Satapha, 22, juga setuju. Untuk mempertahankan Singapura, kami memerlukan pegawai tentera laut yang tegap dan tentera laut yang kukuh."

Menurutnya lagi, latihan di Sekolah Pegawai Kadet (OCS) telah menyediakan dirinya dengan baik untuk peranan akhirnya di RSN. Latihan itu amat mencabar dari segi fizikal dan mental dengan pembelajaran dan ujian yang tidak berkesudahan, katanya.

"Tentera Laut beroperasi dengan sepenuhnya (dengan itu) kapalnya selalu keluar mempertahankan perairan kami... Itulah sebabnya kami perlu tekun belajar, untuk memahami sepenuhnya mengenai (bagaimana kami beroperasi)."

Jurutera Kombat Tentera 2LT Clarence Lim, 19, menyimpulkannya dengan mengatakan: "Sebagai NSF (Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa), kami dapat memberikan sumbangan dari segi... kami membentuk sebahagian besar daripada kuasa yang lebih besar yang melindungi Singapura dan memastikan keselamatannya."

Bagi saudara kembarnya dan rakan graduan Clemence Lim 2LT, dia mempunyai penghargaan baharu untuk NS dan peranannya dalam memimpin anggota pasukannya.

Komander Receiving Only Station (ROS) di RSAF, yang bekerjasama dengan juruterbang Kenderaan Udara Tanpa Pemandu untuk menghantar rakaman yang dikumpulkan kepada komander untuk dianalisis, mengakui dengan terus-terang "Pada mulanya saya memasuki NS dengan pemikiran untuk memanfaatkan yang terbaik dalam dua tahun ini dan tidak memikirkan mengenainya lagi."

"Tetapi setelah sembilan bulan di OCS, saya kinimenyedari mengenai tujuan yang lebih besar tentang kenapa kami melakukannya. Matlamat saya sebagai pegawai adalah untuk menjadikan NS lebih bermakna bagi diri saya dan begitu juga bagi anggota pasukan di bawah kepimpinan saya.

"Saya mahu mereka meninggalkan NS dengan kesedaran bahawa mereka telah mempelajari sesuatu yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Apabila mereka meninggalkan NS dan membina keluarga sendiri, mereka boleh menceritakan kepada anak-anak mereka betapa bermaknanya dua tahun itu di NS."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story