Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/28dec22_news1-thumbnaila1962b5dd-f704-46a9-a185-b9c717267e73.jpg?sfvrsn=c0b4212c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERINTIS-ARTILERI-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA-MERAIHKAN-ULANG-TAHUN-KE-50
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/PERINTIS-ARTILERI-ANGGOTA-KERAHAN-PERKHIDMATAN-NEGARA-MERAIHKAN-ULANG-TAHUN-KE-50
PERINTIS ARTILERI ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA MERAIHKAN ULANG TAHUN KE-50
28 Dec 2022 | PEOPLE

PERINTIS ARTILERI ANGGOTA KERAHAN PERKHIDMATAN NEGARA MERAIHKAN ULANG TAHUN KE-50

LATIHAN MENJERIHKAN YANG DILALUI DALAM PERKHIDMATAN NEGARA TELAH MEMBANTU PENEMBAK VETERAN INI MEMBINA IKATAN HUBUNGAN YANG ERAT. TAHUN INI, MEREKA MERAIHKAN ULANG TAHUN MEREKA KE-50 SEMENJAK DITAULIAHKAN SEBAGAI PEGAWAI ARTILERI.

Dalam satu latihan, perintis artileri terpaksa memikul beban seberat 100kg lebih dan berjalan sejauh 20km merentasi rupa bumi yang kasar.

Kumpulan penembak veteran yang telah melalui asam-garam bersama-sama, kini kekal sebagai rakan selama 50 tahun.

Masih muda semasa mula bertemu sebagai rekrut, mereka merupakan antara pasukan perintis yang mengendalikan mortar 120mm – meriam seberat 100kg yang sering dibongkar dan dipikul di atas belakang askar.

Pada 10 Dis tahun ini, ramai daripada mereka dalam lingkungan usia 70-an, berkumpul untuk meraihkan Jubli Emas mereka, genap 50 tahun selepas pentauliahan mereka daripada Kursus Pegawai Kadet Asas Artileri (7 BAOC) ke-7 pada 10 Dis 1972.

Kumpulan pegawai Artileri ke-7 di perbarisan pentauliahan mereka pada 10 Dis 1972, dan meraihkan Jubli Emas mereka pada hari yang sama 50 tahun kemudian (gambar di bawah).
1-UP-B-caption

Mortar 120mm dipek askar

Menurut Encik Maurice Alphonso, 70 tahun, askar Artileri pada masa itu memang orang yang agak istimewa. "Muncung mortar 120mm (kami terpaksa pikul) adalah kira-kira 5 kaki dan beratnya hampir 45kg."

"Bahagian atasnya tidak akan stabil jika anda tidak ada ketinggian tertentu untuk membawanya. Dan plat pangkalnya juga lebih lebar, dan anda memerlukan seseorang yang sama tinggi untuk membawanya," kata Encik Alphonso, mantan Leftenan NS, hampir 2m tinggi!

Mortar seberat 108kg dengan semua komponennya, merupakan senjata artileri pertama yang dibeli oleh Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

Sebagai tugasan mengendalikan mortar 120mm, askar terpaksa cepat membukanya dan mengangkut komponennya secara fizikal. Inilah kenangan menggerunkan bagi perintis yang disebut "dipek askar".

"Dipek askar merupakan salah satu latihan paling sukar yang kami perlu lakukan," kata Encik David Choo, 73, mantan Kapten NS. "Ia adalah untuk mensimulasikan situasi perang di mana anda tidak ada kenderaan dan musuh sedang menembak ke arah anda.

"Anda perlu membuka pek mortar, menjunjung bahagian-bahagiannya di atas bahu anda dan membawanya. Dan apabila anda di tempat baharu, anda perlu bersedia untuk mula menembak."

Askar-askar sering berlatih berjam-jam lamanya dalam latihan sedemikian. Dalam cabaran pek askar terakhir semasa kursus pegawai kadet, mereka terpaksa berjalan sejauh 20km dari Ulu Sembawang ke Taman Jurong – suatu kawasan yang masih mundur dengan rupa bumi yang kasar pada masa itu, kata Encik Alphonso sambIl mengenang kembali.

"Latihan dijalankan sedemikian untuk memastikan kami saling bergantung antara satu sama lain. Ia meyakinkan kami agar tidak berputus asa – seandainya kami berputus asa, mortar tidak boleh menembak," katanya lagi.

Hari ini, formasi Artileri mengendalikan serangkaian penderia dan sistem seperti Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi dan howitzer, memberi mereka ketepatan dan kuasa api di medan perang.

Askar artileri semasa latihan tembakan hidup dengan mortar 120mm.

Membina lelaki kebal

Apa jua senjata api yang mereka bawa, askar-askar ini memadankan dengan latihan fizikal.

Hari-hari mereka bermula dengan lima latihan asas (atau 5BX), yang sering melangkaui enam atau tujuh latihan.

"5BX kami berada di sekitar Kem Taman Jurong, iaitu kira-kira 2.5km," kata Encik Chris Bala, 70. Sepanjang perjalanan, askar-askar akan menjalani pelbagai latihan, termasuk tekan tubi, bangun tubi, berjalan itik dan kereta sorong.

"Apabila kami kembali ke kem, kami betul-betul basah kuyup dengan peluh. Tetapi semuanya adalah sebahagian daripada proses menjadi tahan lasak untuk bersedia menjalani operasi secara langsung," kata Encik Bala, yang bersara sebagai Kapten SAF.

Ia juga membantu mereka membina ikatan yang kukuh selain saling menyokong satu sama lain sambil melalui latihan yang menjerihkan, katanya. "Keakraban yang terbina hasil latihan yang dilalui merupakan sesuatu yang berkekalan selamanya."

Encik Bala (kiri) dan Encik Alphonso meneliti semula beberapa foto hari latihan masa lampau, yang dipamerkan di New Ubin Seafood.

Jalinan ikatan yang erat

Meraikan ulang tahun ke-50 mereka, para pegawai ini bertemu di cawangan YMCA New Ubin Seafood – kebanyakan mereka kini menjadi bapa dan juga datuk. (Pemilik New Ubin Seafood, Encik Pang Seng Meng, merupakan perintis Artileri dalam kalangan pegawai kumpulan ke-12 yang tamat kursus.)

Mereka menyapa satu sama lain dengan mesra seperti rakan-rakan lama – bersandar untuk 'chest bumps' dan menepuk-nepuk belakang, tidak sabar bertanya khabar dan keadaan masing-masing.

"Satu sifat unik kumpulan kami, ada beberapa pegawai dalam kumpulan yang saya gelarkan 'penyatu'. Mereka akan menjemput untuk makan, dan merekalah yang mengekalkan momentum itu," kata Encik Bala.

Untuk menandakan ulang tahun ke-50 mereka, pegawai Artileri kumpulan ke-7 telah menulis dan menerbitkan sebuah buku peringatan, dengan kata pengantar daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Selain perhimpunan tetap mereka sendiri, pegawai kumpulan ke-7 juga bergaul mesra dengan seluruh formasi Artileri di Gunners Rendezvous yang diadakan pada setiap suku tahun di Kem Khatib.

Menurut Encik Teo "Pegawai dahulu dan sekarang serta pegawai tidak bertauliah akan berkumpul untuk tradisi ini. Jadi ia mengeratkan lagi ikatan ini."

Saksikan perintis Artileri mengenang kembali latihan mereka yang menjerihkan:

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
28 Dec 2022

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
28 Dec 2022

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
28 Dec 2022

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
28 Dec 2022

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
28 Dec 2022

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
28 Dec 2022

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
28 Dec 2022

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
28 Dec 2022

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
28 Dec 2022

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
28 Dec 2022

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.