PEOPLE
PERENANG YANG LEMAH MENJADI MARSYAL LAUT
07 Dec 2020
Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Gary Tan tidak segan untuk mengakui bahawa dia pernah terpaku dengan ketakutan di puncak menara selam 5m selama lebih dari satu jam semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).
Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Gary Tan tidak segan untuk mengakui bahawa dia pernah terpaku dengan ketakutan di puncak menara selam 5m selama lebih dari satu jam semasa menjalani Latihan Asas Tentera (BMT).
Dia bukan seorang perenang yang bagus dan setentunya tidak mampu menginjak-injak air untuk bertahan hidup. Malahan, dia juga tidak yakin boleh berenang kembali dengan baik.
Akhirnya, setelah menerima banyak sokongan daripada rakan sekelompoknya dan pujukan Master Sarjannya, CFC (NS) Tan pun terjun menjunam.
Seterusnya, dia berjaya mengorak langkah yang lebih besar sebagai askar Pasukan Keselamatan Laut (ASSeT) Skuadron 180 Pasukan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN)..
Sebagai menghargai kerja keras dan tingkah laku teladannya semasa Perkhidmatan Negara (NS), pegawai berusia 24 tahun itu dipilih sebagai salah satu penerima Anugerah Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) Tahun 2020.
Marsyal laut
CFC (NS) Tan tamat kursus BMT bersama kelompok pengambilan mono Unit Penyelam Tentera Laut. Walaupun dia tidak terpilih sebagai juruselam, namun latihannya dengan pasukan elit telah membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan kemahiran berenangnya.
Dia akhirnya ditugaskan sebagai Operator ASSeT, peranan yang mencabar dari segi fizikal.
Dikenali sebagai Marsyal Laut, anggota tentera ini bekerja sepanjang masa sebagai Pasukan Petugas Keselamatan Maritim untuk melakukan pengawasan dan memastikan laluan yang selamat bagi kapal dagang yang melintasi Selat Singapura.
Walaupun bertugas selama berjam-jam – adakalanya berlarutan selama lapan jam atau lebih - CFC (NS) Tan menawarkan diri secara sukarela untuk melanjutkan perkhidmatannya selama dua bulan hingga 24 Ogos, untuk membantu menangani pandemik COVID-19.
Dia menyertai pasukan yang tinggal terpencil di pangkalan, dan meneruskan operasi menaiki kapal di laut.
“Terdapat kekurangan tenaga kerja kerana tindakan kohort, (jadi) saya ingin menyumbang dan menyokong skuadron saya dengan menawarkan diri saya untuk menambahkan kiraan kepala operasi,” katanya.
Pelayaran di lautan yang bergelora
CFC (NS) Tan, yang kini mahasiswa di Institut Teknologi Singapura, menganggap penyertaannya di Exercise Eagle Indopura 2019 sebagai salah satu pengalaman NS yang tidak dapat dilupakan.
Pada masa itu, Operator ASSeT ini bertugas sebagai penolong ketua pasukan naiki kapal, walaupun hanya satu-satunya anggota NSF dalam pasukan.
Pasukan RSN bekerjasama dengan pasukan dari Angkatan Laut Indonesia untuk merancang dan menjalankan operasi menaiki kapal. "Pada mulanya, operasi ini menakutkan saya kerana saya adalah anggota termuda dan tidak berpengalaman dalam latihan luar negara," katanya.
Pada hari latihan, pasukan terpaksa menghadapi keadaan laut yang mencabar ketika mereka mendekati kapal komersial yang disimulasikan dengan menaiki Rigid Hull Inflatable Boat.
"Ketinggian ombak sama tinggi dengan saya dan kami berasa seolah-olah menaiki roller coaster melawan arus. Kami terpaksa memegang kuat pada tempat duduk sepanjang pelayaran," kata CFC (NS) Tan.
Mereka berasa gembira dengan pencapaian yang diperoleh setelah pasukan dua-hala berjaya menyelesaikan misi mereka. "Pada keseluruhannya, pengalaman itu membuka mata saya dan saya belajar dari pasukan menaiki kapal Indonesia ... sambil berkongsi pengetahuan ops saya."
Menimba ilmu daripada orang lain adalah bagaimana CFC (NS) Tan meningkatkan perkembangan diri sepanjang tempoh NSnya.
Mengenai pengiktirafan NSF Tahunan, dia berkata: "Tidak pernah terlintas di fikiran saya sebagai NSF, bahawa saya akan memenangi anugerah, kerana saya tidak mempunyai kecergasan atau pengetahuan yang terbaik. Tetapi saya selalu memberi 100 peratus pada sebarang tugasan yang diberikan kepada saya."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

