TECHNOLOGY

PERCUBAAN RSAF AI DAN ROBOTIK UNTUK TRANSFORMASI PANGKALAN UDARA PINTAR

30 Jun 2021

ANGKATAN UDARA REPUBLIK SINGAPURA (RSAF) MEMANFAATKAN PERKEMBANGAN DALAM ROBOTIK, ANALISIS DATA DAN KECERDASAN BUATAN (AI) AGAR LEBIH TANGKAS DAN CEKAP DALAM MENGENDALIKAN OPERASI PANGKALAN UDARANYA.

30jun21_news2_photo1

Story by

Photos by


Sebuah dron sedang meninjau perimeter pangkalan udara.

Dron meronda perimeter pangkalan udara dan melakukan penilaian kerosakan landasan kapal terbang, kenderaan berautomat untuk mengangkut logistik dan personel dan cara yang lebih pantas dan lebih efisien untuk memuatkan amunisi ke dalam pesawat – ini adalah beberapa tugasan yang boleh diperkuat dengan teknologi baharu yang sedang diuji oleh RSAF sebagai sebahagian daripada pembangunan pangkalan udara pintarnya.

"Pangkalan udara pintar adalah berkenaan pembangunan tenaga udara dengan cara yang lebih berkesan dan cekap, di samping menjimatkan tenaga kerja dan masa. Ini boleh mengubah tentera udara agar menjadi lebih kuat dan berdaya tahan,” kata Kolonel (KOL) Mark Lim, Pangkalan Udara Komander Paya Lebar.

"Dengan memanfaatkan teknologi revolusi industri ke-4, kami merancang untuk membolehkan tentera udara beroperasi dalam lingkungan tempo tinggi dan dalam persekitaran yang paling kompleks.”

Dilengkapi roda Mecanum pelbagai arah, pengisi amunisi tertingkat amat mudah dikendalikan, mudah dikawal dan hanya memerlukan satu orang untuk mengisi amunisi.

Pengisian amunisi yang lebih pantas dan tepat

Salah satu inisiatif ini adalah pengisi amunisi tertingkat yang menyediakan cara lebih pantas untuk mengisi amunisi ke dalam pesawat tempur. Dan ia dipasang ke dalam analisis data canggih dan teknologi robotik untuk menghasilkan kecekapan yang lebih tinggi.

Contohnya, pengisi tertingkat memerlukan hanya memerlukan seorang personel untuk beroperasi berbanding sekumpulan tiga orang yang ada sekarang. Ini menjimatkan tenaga kerja sebanyak 66 peratus.

Dimajukan bersama RSAF, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan firma kejuruteraan tempatan Hope Technik, pengisi tertingkat ini juga menjimatkan masa yang diperlukan untuk mengisi amunisi sebanyak 30 peratus.

Pengisi yang ada sekarang mengguna diesel, bising dan memerlukan sekumpulan tiga orang untuk memuatkan peluru.

Salah satu ciri utama pengisi amunisi tertingkat ialah roda Mecanum pelbagai arah, yang memudahkan pengendaliannya di ruang yang ketat seperti hangar pesawat. Ia bukan sahaja membolehkan pengisi bergerak ke depan dan ke belakang malahan juga secara lateral dan menyerong. Ia juga boleh melakukan putaran 360 darjah setempat!

"Salah satu maklum balasnya ialah anggota pasukan perlu menggerakkan pengisi yang ada sekarang ke depan dan ke belakang berulang kali untuk mengisi amunisi ke dalam pesawat kerana ruang di hangar amat kecil," kata Wee Qiquan, pengurus projek (pusat program Air Systems) dari DSTA.

"Justeru, kami menghasilkan roda Mecanum pelbagai arah, yang tidak terdapat di mana-mana. Ini menjadikan pergerakan pemuat lebih pantas dan tepat, sehingga meningkatkan operasi.”

Dari kiri: ME2 Gopinathan, KOL Lim dan En Wee mengatakan bahawa pengisi amunisi tertingkat adalah satu perkembangan yang hebat berbanding pengisi yang ada sekarang.

Pengisi amunisi tertingkat juga lebih selamat untuk pengendali. Ia dikuasai tenaga elektrik, jauh lebih senyap berbanding versi semasa yang mengguna diesel.

"Amat sukar untuk berkomunikasi di antara satu sama lain semasa mengendalikan pengisi semasa kerana bunyinya kuat dan bising dan kami terpaksa bergantung pada isyarat tangan," kata Pakar Tentera (ME) 2 Gopinathan A/L Bala Chandran.

Instruktor Penerbangan Latihan Penyelenggaraan dari Kumpulan 7 Kejuruteraan dan Logistik Udara adalah salah satu pengendali yang bekerja bersama dengan Encik Wee tentang memberi maklum balas untuk reka bentuk. "Pengisi tertingkat adalah jauh lebih senyap, menjadikan ia mudah untuk kami berkomunikasi dan menjadikannya lebih selamat untuk dikendalikan," kata ME2 Gopinathan.

Setelah selesai menjalankan ujian, pengisi amunisi tertingkat dijangka akan digunakan untuk menjalankan operasi tahun ini.

Tidak lama lagi, AV akan digunakan untuk mengangkut logistik dan personel di kawasan pangkalan udara. Logistik berautomat dan pengangkutan personel

Logistik berautomat dan pengangkutan personel

Sebagai sebahagian daripada inisiatif RSAF untuk menjadi hijau, ujian juga dijalankan berkaitan penggunaan Kenderaan Berautomat (AV) di kawasan pangkalan udara.

Kenderaan tanpa pemandu ini yang sedang menjalani ujian tiga-tahun digunakan untuk mengangkut muatan dan personel logistik, menyediakan kaedah yang lebih mudah dan cepat untuk mengelilingi pangkalan udara di sepanjang laluan yang deprogram terlebih dahulu.

Aplikasi mudah alih juga akan dibangunkan untuk membolehkan pengguna mendapat perkhidmatan feri atas permintaan. Ini akan meningkatkan kecekapan dalam pengangkutan di kawasan pangkalan udara.

AV masih berada dalam fasa pertama ujian mereka di mana ia digunakan untuk mengangkut muatan logistik. Tahap kedua – yang akan menguji pengangkutan personel – akan bermula pada Ogos tahun ini.

Dalam masa dekat, dron boleh digunakan untuk menilai kerosakan di landasan kapal terbang.

Dron untuk penilaian kerosakan

Ujian juga dikendalikan untuk dron menilai kerosakan di landasan kapal terbang. Dipertingkatkan dengan AI, dron boleh mengesan, mengklasifikasi dan berkongsi data tentang tahap kerosakan dalam masa nyata.

Kini, mereka boleh mengisih kerosakan ke dalam empat kategori, termasuk kawah besar dan sederhana, lubang serta serpihan benda asing. Seterusnya, Sistem Sokongan Keputusan akan memproses data dan mengutamakan operasi pembaikan yang harus dilakukan terlebih dahulu untuk meminimumkan gangguan penerbangan.

Dikawal dari jarak jauh, dron ini akan menjimatkan tenaga kerja dan masa yang diambil untuk menilai kerosakan landasan kapal terbang di samping meningkatkan keselamatan personel.

Dipertingkat dengan AI, dron dapat mengesan dan mengklasifikasi tahap kerosakan dalam empat kategori, iaitu kawah besar dan sederhana, lubang, dan juga serpihan benda asing.

Rondaan tanpa pemandu di pangkalan udara

Rancangan juga sedang diusahakan untuk mengguna dron dalam rondaan perimeter. Dengan keupayaan untuk mengesan, mengenal pasti dan menjejak sasaran, serta memberi paparan situasi masa nyata melalui suapan video langsung, dron akan diguna untuk meningkatkan keamanan pangkalan udara.

Dron ini akan beroperasi bersama dengan pasukan keselamatan, memberi mereka penjejakan langsung yang terkini dan cara yang lebih cekap untuk mengesan potensi penceroboh. Contohnya, bila dron mengesan sasaran yang dicurigai, ia akan menjejak orang tersebut. Kemaskini masa nyata akan memaklumkan askar-askar yang berdekatan ke lokasi tersebut lantas menangkap penceroboh itu.

Dron juga dilengkapi sensor infra-merah untuk pengesanan dan penjejakan visual yang lebih baik semasa rondaan malam.

Dron boleh mengenal pasti dan menjejak penceroboh dalam waktu nyata, seperti yang ditanda dengan kotak hijau pada skrin, semasa pasukan berdekatan (ditanda dengan kotak putih) bergerak untuk menangkap sasaran.

Pemeriksaan dan penyenggaraan pesawat berautomat.

Di bidang penyenggaraan pesawat, RSAF sedang membangunkan sistem pemeriksaan pesawat berautomat untuk menjimatkan masa pusing balik pesawat dan beban kerja jurutera pesawat.

Sensor hangar pesawat yang sedia ada dipertingkatkan dengan algoritma AI yang lebih maju untuk mengklasifikasi dan mengesan kecacatan dengan lebih baik. Sejak Jun, ujian juga dimulakan untuk kenderaan darat tanpa pemandu untuk melakukan pemeriksaan pesawat.

Selain itu, RSAF merancang untuk menguji Sistem Pengurusan Armada Pintar untuk meningkatkan wawasan tentang prestasi pesawat dan tindakan penyenggaraan yang lebih awal.

Semasa ditanya bagaimana RSAF akan menguruskan penggunaan teknologi ini, KOL Lim menjelaskan: "Semua inisiatif ini akan dikendalikan secara progresif dan dengan bekerjasama erat DSTA, dan diguna sesudah penilaian dan pengujian yang ketat dilaksanakan."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story